KUALA LUMPUR:Nyawa anggota pasukan keselamatan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) lebih berharga daripada penjenayah, kata Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee.
Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, itu menegaskan, sudah ramai anggota polis yang terkorban dalam usaha mempertahankan keamanan negara dan ketenteraman awam yang diakibatkan oleh penjenayah.
"Pelanggaran peraturan serta undang-undang negara oleh seseorang atau secara berkumpulan dianggap kesalahan atau perbuatan jenayah yang perlu dibanteras habis-habisan.
"Tindakan polis dalam apa juga cara untuk memerangi aktiviti jenayah perlu disokong masyarakat selagi tidak bertentangan dengan prosedur operasi standard (SOP).
"Justeru, saya bersetuju dengan ketegasan Polis Johor yang mempertahankan tindakan pegawai dan anggotanya yang menembak mati empat lelaki dipercayai penjenayah di Batu Pahat, pada Jumaat lalu," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya.
BACA: Tindakan polis tembak mati empat suspek ikut SOP - Ayob Khan
BACA: Empat mati ditembak dalam kejadian berbalas tembakan di Batu Pahat
Terdahulu, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tindakan anggotanya menembak mati empat lelaki adalah mengikut SOP dalam usaha mempertahankan diri.
Ayob Khan turut yakin anggotanya mengikut SOP selepas suspek melepaskan tembakan dan mencederakan seorang pegawai dengan senjata kerambit dalam kejadian jam 3.15 pagi Jumaat itu.
Dalam pada itu kata Syed Ali, Ayob Khan yang berkata bahawa anggotanya bertindak demikian untuk mempertahankan diri, tidak perlu dipertikaikan.
"Saya hairan kenapa ada pihak tertentu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempertikaikan tindakan Polis Johor itu dan apakah sebaliknya mereka mahu melihat polis yang dibunuh?
"Saya pelik kenapa NGO berkenaan dikatakan telah menggesa Ayob Khan merujuk semula Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) mengenai SOP melepaskan tembakan ketika menahan suspek," soalnya.
Dalam hal itu, beliau menggesa kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menyiasat dan seterusnya mengharamkan mana-mana NGO yang dilihat mempunyai kecenderungan bersimpati dan membela kegiatan kumpulan penjenayah bagi mengelak kekeliruan masyarakat.
"Pada saya, polis mempunyai tatacara dan kaedah mereka sendiri dalam menjalankan tugas terutama menangani isu penjenayah dan masyarakat pula tidak sewajarnya mempertikaikan tanpa asas yang munasabah," tegasnya.
Astro Awani
Mon Feb 15 2021
![Nyawa polis lebih berharga daripada penjenayah - Syed Ali Nyawa polis lebih berharga daripada penjenayah - Syed Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81613356390_950x600.jpg)
Syed Ali berkata, sudah ramai anggota polis yang terkorban dalam usaha mempertahankan keamanan negara dan ketenteraman awam yang diakibatkan oleh penjenayah. - Foto fail
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Ahli politik disaran lakukan 'gencatan politik' sepanjang Ramadan - Syed Ali Ahli politik disaran lakukan 'gencatan politik' sepanjang Ramadan - Syed Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649235245_MindaSyedAliAlhab.jpg)
Ahli politik disaran lakukan 'gencatan politik' sepanjang Ramadan - Syed Ali
Selagi tiada semangat sebegitu, selagi itulah ahli politik akan saling tuduh-menuduh, aib-mengaibkan dan cabar-mencabar sesama mereka.
![Pemimpin berintegriti dahulukan kepentingan rakyat - Syed Ali Pemimpin berintegriti dahulukan kepentingan rakyat - Syed Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41621831804_syedalialhabshee.jpg)
Pemimpin berintegriti dahulukan kepentingan rakyat - Syed Ali
Realiti rakyat hari ini berdepan dengan kecelaruan politik, ekonomi, sosial dan keyakinan akibat persekitaran semasa yang tidak menentu.
![Bursa Malaysia umum lantikan pengarah berkepentingan awam baharu Bursa Malaysia umum lantikan pengarah berkepentingan awam baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71610510692_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia umum lantikan pengarah berkepentingan awam baharu
Bursa Malaysia Bhd mengumumkan pelantikan Datin Azlina Mahmad sebagai Pengarah Berkepentingan Awam ke Lembaga Pengarahnya bermula 16 Mac.
![Bayaran zakat tidak pernah membebankan - Syed Ali Bayaran zakat tidak pernah membebankan - Syed Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61607060932_PUSATPUNGUTANZAKAT.jpg)
Bayaran zakat tidak pernah membebankan - Syed Ali
Bayaran zakat tidak membebankan kepada umat Islam kerana hanya 2.5 peratus sahaja daripada jumlah harta atau pendapatan yang perlu dizakatkan.
![PPZ-MAIWP sasar kutipan RM800 juta, 500,000 pembayar tahun ini PPZ-MAIWP sasar kutipan RM800 juta, 500,000 pembayar tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41614625309_PusatPungutanZakat.jpg)
PPZ-MAIWP sasar kutipan RM800 juta, 500,000 pembayar tahun ini
PPZ-MAIWP juga menyasarkan peningkatan pembayar zakat kepada sekurang-kurangnya 500,000 tahun ini, berbanding 300,000 pada tahun lalu.
![Nyawa polis lebih berharga daripada penjenayah - Syed Ali Nyawa polis lebih berharga daripada penjenayah - Syed Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81613356390_950x600.jpg)
Nyawa polis lebih berharga daripada penjenayah - Syed Ali
Nyawa anggota pasukan keselamatan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) lebih berharga daripada penjenayah, kata Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee.
![Buku Tommy Thomas satu nukilan 'balas dendam' - Syed Ali Buku Tommy Thomas satu nukilan 'balas dendam' - Syed Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71612661483_TommyThomas.jpg)
Buku Tommy Thomas satu nukilan 'balas dendam' - Syed Ali
Buku tulisan bekas peguam negara, Tan Sri Tommy Thomas, 'Justice in the wilderness' disifatkan sebuah nukilan 'balas dendam' dan tidak beretika yang mencemarkan institusi kehakiman di negara ini.
![Proklamasi darurat: Beri rakyat kefahaman jelas - Syed Ali Proklamasi darurat: Beri rakyat kefahaman jelas - Syed Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/81594036054_syedalialhabshee.jpg)
Proklamasi darurat: Beri rakyat kefahaman jelas - Syed Ali
Kerajaan disaran memberi penjelasan berhubung maksud dan kepentingan proklamasi darurat kepada rakyat secara berterusan bagi mengelak sebarang kekeliruan dan salah tanggapan.
![Bersaralah Tun Mahathir, PH tidak lagi perlukanmu - Syed Ali Bersaralah Tun Mahathir, PH tidak lagi perlukanmu - Syed Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/61592823122_mahathiranwar.jpg)
Bersaralah Tun Mahathir, PH tidak lagi perlukanmu - Syed Ali
Pendedahan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad berkeras masih mahu jawatan Perdana Menteri kali ketiga amat memalukan.
![Tun Mahathir letak jawatan kerana tidak mahu beri jawatan PM kepada Anwar - Syed Ali Tun Mahathir letak jawatan kerana tidak mahu beri jawatan PM kepada Anwar - Syed Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/71446631809_SyedAliAlhabshee.jpg)
Tun Mahathir letak jawatan kerana tidak mahu beri jawatan PM kepada Anwar - Syed Ali
Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana niatnya yang tidak mahu melepaskan jawatan tersebut kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.