KUALA LUMPUR:Buku tulisan bekas peguam negara, Tan Sri Tommy Thomas, 'Justice in the wilderness' disifatkan sebuah nukilan 'balas dendam' dan tidak beretika yang mencemarkan institusi kehakiman di negara ini.
Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee menegaskan, buku tersebut tidak layak diangkat sebagai penulisan ilmiah dari aspek perundangan malah kedangkalannya terserlah apabila kandungannya dikatakan turut mensasarkan kemarahan terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Justeru pada hemat saya, penerbit dan penulis buku tersebut yang didakwa mengandungi fakta tidak benar, menghina dan berunsur fitnah perlu segera disiasat dan seterusnya diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikatakan telah menerima lebih 150 laporan polis berhubung buku itu. Berdasarkan kecaman dan laporan polis dibuat oleh pelbagai pihak, maka saya berharap pihak berkuasa mengharamkan buku tersebut kerana kesan penulisan itu boleh menjatuhkan integriti dan maruah serta institusi perundangan negara selain pegawai undang-undang sendiri.
“Tindakan Tommy yang didakwa membuat rujukan dan komen mengenai pelbagai isu negara sepanjang memegang jawatan itu dalam bukunya, disifatkan bertentangan dan melanggar sumpah jawatan,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya pada Selasa.
BACA: Isu Tommy Thomas: Tun Mahathir perlu berhenti pertahan diri sendiri - Bersatu Kepong
BACA: Memoir Tommy Thomas tersenarai antara 'best seller' Amazon
Dalam pada itu Syed Ali juga khuatir, penulisan, penerbitan dan penyebaran buku tersebut akan menyebabkan masyarakat antarabangsa hilang rasa hormat terhadap Jabatan Peguam Negara khususnya sistem penghakiman serta perundangan negara.
Jelasnya, kesilapan perlantikan Tommy sebagai Peguam Negara dibuat oleh Dr Mahathir pada tahun 2018 sebaik sahaja Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan selepas kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14(PRU14).
Sebelum ini, Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kepong, Datuk Norizan Ali menegaskan, Dr Mahathir hendaklah berhenti membuat kenyataan seolah-olah cuba mempertahankan dirinya sendiri berhubung sebarang isu melibatkan pelantikan Tommy.
Jelasnya, kesilapan jelas dilakukan bekas Perdana Menteri itu dalam pelantikan Peguam Negara yang sepatutnya diperuntukkan kepada individu Melayu.
Dr Mahathir sebelum ini menyatakan kekesalannya melantik Tommy sebagai Peguam Negara, individu yang telah mengkritik beliau dalam memoirnya.
Seandainya diberi peluang untuk mengundurkan waktu, Dr Mahathir berkata, beliau tentu sekali tidak akan memilih Tommy, sebaliknya, melantik individu lain untuk mengisi jawatan berkenaan.
Astro Awani
Tue Feb 09 2021

Syed Ali menegaskan, buku tersebut tidak layak diangkat sebagai penulisan ilmiah dari aspek perundangan. - Foto Astro AWANI

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

1,404 polis dikenakan hukuman tatatertib tahun lepas
Sebanyak 1,404 anggota polis dikenakan hukuman tatatertib sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

Ambil tahu aduan didedahkan Edisi Siasat, elak persepsi - JIPS
Pemerhatian terhadap saluran itu mendapati banyak tuduhan dibuat adalah tidak berasas dan telah membina persepsi tidak baik masyarakat terhadap warga polis.

Hejira Travel masih disiasat, polis nafi tidak bertindak
Sebanyak 141 laporan polis telah diterima sehingga 7 Februari 2025, membabitkan kerugian RM3,015,412.

192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution
Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.

Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sevan Doraisamy hari ini, seperti yang dilaporkan menerusi beberapa portal berita.

PDRM umum pertukaran 36 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 36 pegawai kanannya berkuat kuasa 10 Mac.

KDN jamin keselamatan negara terkawal, tindakan tegas terhadap jenayah senjata api
Keselamatan awam dan ketenteraman negara kekal menjadi keutamaan KDN dengan PDRM berada dalam keadaan kesiapsiagaan terbaik.

TH saran bakal haji furada, mujamalah guna khidmat PJH berlesen
Bakal jemaah haji yang memperoleh visa furada atau visa mujamalah disaran menggunakan perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang telah dilesenkan Tabung Haji (TH).