KLANG: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan akibat cuaca panas dan kering yang dijangka melanda negara sehingga Ogos ini.
Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pihaknya sedang memantau rapat di kawasan yang terkesan akibat cuaca berkenaan terutamanya di negeri di bahagian utara Semenanjung membabitkan isu seperti masalah bekalan air, pembakaran di tanah terbuka dan kebakaran di tanah gambut.
Menurutnya, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) selaku badan pengawalseliaan kebangsaan untuk industri air dan pembentungan, telah mengadakan perbincangan dengan operator air di seluruh negara bagi memastikan bekalan air cukup di setiap negeri.
"Jadi buat masa ini, SPAN sedang pantau untuk pastikan kita dapat uruskannya dengan sebaik mungkin, tetapi memang pelan itu sudah ada dan diketahui operator-operator air sendiri," katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran MADANI Reusable Bag dan Kempen Tanpa Beg Plastik di 99 Speed Mart, di sini hari ini.
"Di kawasan utara terutamanya mengalami cuaca kering, tapi kalau ikut ramalan akan sampai ke seluruh Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.
"Tapi kita tengok dalam beberapa minggu ini di Lembah Klang, hujan masih turun, namun kita akan terus pantau dan lihat pada ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia," katanya.
Dalam pada itu, mengenai kegiatan orang awam mengambil air dari dalam tanah, beliau berkata perkara itu harus dipantau memandangkan sumber air tersebut mungkin terkandung bahan logam tinggi yang boleh menjejaskan kesihatan.
Terdahulu, Nik Nazmi dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan 99 Speed Mart yang tidak lagi membekalkan beg plastik kepada pengguna di semua cawangannya dan memperkenalkan MADANI Reusable Bag berharga RM2 yang boleh ditukarkan baharu sekiranya rosak.
Dalam pada itu katanya, kerajaan kini sedang mengorak langkah memperluas Kempen Tiada Beg Plastik yang kini dilaksanakan di semua premis tetap kepada semua premis perniagaan secara beransur-ansur dalam tempoh 2022 hingga 2025.
Beliau berkata kempen tersebut yang dilaksana di bawah tanggungjawab kerajaan negeri merupakan satu daripada pelan jangka panjang kerajaan dalam menangani isu pencemaran sisa plastik sekali guna di Malaysia.
Antara negeri telah menjalankan kempen berkenaan ialah Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Negeri Sembilan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2023
Nik Nazmi (kiri) melancarkan 'MADANI Reusable Bag' dan Kempen Tanpa Beg Plastik di Wisma 99 Speedmart, Taman Berkeley Sdn Bhd hari ini. -Bernama
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Malaysia bukti komitmen matlamat iklim dengan dasar yang konsisten - Nik Nazmi
Malaysia memperkukuh komitmen menghadapi perubahan iklim melalui beberapa inisiatif yang konsisten bagi mengurangkan pelepasan karbon.
Malaysia desak negara maju tingkatkan pembiayaan iklim di COP29
Malaysia menempelak negara-negara maju yang sanggup membelanjakan trilion dolar untuk konflik dan peperangan tetapi menafikan pembiayaan tindakan iklim untuk negara membangun.
COP29: Malaysia dan ASEAN kukuhkan kerangka pasaran karbon untuk ekonomi mampan
Malaysia memimpin usaha membangunkan kerangka karbon menyeluruh di peringkat ASEAN, dengan inisiatif yang dimulakan oleh Kumpulan Kerja Pasaran Karbon.
Gombak-Hulu Langat Geopark diharap dapat pengiktirafan UNESCO - Nik Nazmi
Pengisytiharan Gombak-Hulu Langat (GHL) Geopark sebagai geopark kebangsaan pertama di Selangor diharap mampu menerima pengiktirafan sebagai UNESCO Global Geopark (UGGp).
6 Harimau Malaya mati dilanggar sejak 2023, habitat terganggu jadi punca - Nik Nazmi
Sebanyak enam ekor Harimau Malaya mati dilanggar kenderaan sejak tahun lalu, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Pelan pengurusan hidupan liar dilaksana tangani impak projek ECRL
Pelan Pengurusan Hidupan Liar (Wildlife Management Plan) telah dilaksanakan bagi mengurangkan impak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kepada khazanah biodiversiti negara.
Polis, Perhilitan kesan pencuri bahagian tubuh harimau belang maut digilis
Siasatan masih berjalan bagi mengenal pasti individu yang dipercayai mencuri beberapa bahagian daripada bangkai mamalia itu.
Kerajaan tidak mahu lagi negara jadi transit pembuangan e-sisa dari negara luar - Nik Nazmi
Kerajaan akan memastikan Malaysia tidak lagi menjadi tempat pembuangan dan transit sisa elektronik berjadual dari luar negara.
Pihak industri perlu bersama lupus sisa elektronik secara lestari, bukan lepas tangan - Nik Nazmi
Kaedah pengurusan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) melalui konsep Peluasan Tanggungjawab Pengeluar (EPR) akan diperkasa.
Penggunaan ODS di Malaysia menurun 70 peratus pada 2023 - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata, kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk mengurangkan penggunaan ODS, termasuk melarang pengimportan CFC.