PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Akauntan Negara (Korporat) Nor Yati Ahmad dilantik sebagai Akauntan Negara yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan Nor Yati itu diumumkan Jabatan Akauntan Negara dalam kenyataan hari ini bagi menggantikan Datuk Dr Yacob Mustafa yang tamat kontrak perkhidmatan pada 2 Ogos lepas.
"Jabatan Akauntan Negara ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada kerajaan atas kepercayaan yang diberikan kepada Nor Yati bagi menggalas tugas dan amanah sebagai Akauntan Negara," menurut kenyataan itu.
Surat pelantikan Nor Yati sebagai Akauntan Negara disampaikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed di Jabatan Perkhidmatan Awam di sini hari ini.
Nor Yati yang mempunyai kelulusan Master Of Accountancy And Financedari University Of Adelaide, Australia dan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), mula menyertai sektor awam pada 1995 sebagai Akauntan di Jabatan Akauntan Negara cawangan Kuala Lumpur.
Sebelum dilantik sebagai Timbalan Akauntan Negara (Korporat), Nor Yati berkhidmat di Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA) Jabatan Akauntan Negara sejak 2011 dan dilantik sebagai pengarahnya pada 2018.
PPPA bertanggungjawab dalam transformasi daripada perakaunan asas tunai ubah suai kepada perakaunan asas akruan sektor awam selaras dengan yang digariskan dalam Model Ekonomi Baharu 2010 yang antaranya membantu meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan dan perakaunan khasnya dalam Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan sektor awam amnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023

Pelantikan Nor Yati (gambar) diumumkan Jabatan Akauntan Negara bagi menggantikan Datuk Dr Yacob Mustafa yang tamat kontrak perkhidmatan pada 2 Ogos lepas. - Foto Jabatan Akauntan Negara

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Nor Yati Ahmad dilantik Akauntan Negara baharu
Timbalan Ketua Akauntan Negara (Korporat) Nor Yati Ahmad dilantik sebagai Akauntan Negara yang baharu berkuat kuasa hari ini.