KUALA LUMPUR: Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) mencadangkan alternatif berbanding menetapkan nilai ambang persetujuan 75 peratus dikenali juga sebagai 'jualan en-bloc' yang boleh menyusutkan harta pemilik.
HBA dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan bahawa sebarang rancangan pembangunan semula, pembaharuan atau memberikan nafas baru perlu mendapat persetujuan semua pemilik.
"Jika diteruskan dengan nilai ambang persetujuan dengan kadar undi majoriti mana-mana kadar akan merugikan beberapa pemilik hartanah.
"Oleh itu, undang-undang pembangunan semula yang dikatakan akan melanggar Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan, dan pengecualian undang-undang sedemikian tidak akan mengesahkan pemilikannya," menurut kenyataan itu.
Selain itu, HBA memaklumkan pemilik rumah perlu mempunyai kebebasan untuk memutuskan bagaimana untuk membangunkan semula skema perumahan mereka tanpa undang-undang yang membenarkan majoriti dan pihak ketiga untuk menolak hak konstitusi pemilik minoriti yang mungkin tidak mempunyai ahli keluarga yang masih hidup ataupun suara.
Menurut persatuan itu, negara sudah mempunyai Akta Pengambilan Tanah, termasuk prosedur untuk memastikan tiada pemerolehan paksa dilakukan tanpa mempertimbangkan kepentingan dan pendapat semua pemilik, bukan majoriti semata-mata.
"Selain itu, jangka hayat hartanah boleh diperbaiki dengan menjalankan penyelenggaraan berkala yang dapat mengekalkan, memulihkan dan malah memulihara bangunan yang terbiar melalui pembaharuan yang jauh lebih mampan," tambahnya.
Pada 12 Dis tahun lepas, media tempatan melaporkan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata bahawa kementerian mencadangkan nilai ambang persetujuan 75 peratus untuk jualan en bloc melibatkan projek pembangunan semula.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024

HBA memaklumkan bahawa sebarang rancangan pembangunan semula, pembaharuan atau memberikan nafas baru perlu mendapat persetujuan semua pemilik.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Nilai ambang persetujuan 75 peratus boleh menyusutkan harta pemilik - HBA
HBA mencadangkan alternatif berbanding menetapkan nilai ambang persetujuan 75 peratus dikenali juga sebagai 'jualan en-bloc' yang boleh menyusutkan harta pemilik.

Qu Dongyu dipilih semula sebagai Ketua Pengarah FAO
Mengikut prosedur, pemilihan itu dijalankan melalui undian tanpa nama, disertai 182 negara anggota.

PRK Semenyih: Ikut simulasi PH menang 1,989 undi - Muhyiddin
Pakatan Harapan (PH) akan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih dalam anggaran majoriti 1,989 undi.

Abe dipilih semula sebagai PM Jepun dalam sesi khas parlimen
Kedua-dua dewan telah bersidang pada Rabu untuk satu sesi khas berikutan pemilihan pada 22 Okt di dewan rendah yang menyaksikan parti gabungan yang memerintah meraih kemenangan.