Pakatan Harapan (PH) akan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih dalam anggaran majoriti 1,989 undi.
Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, angka itu diperolehi dari kira-kira simulasi yang dilakukan untuk PRK kali ini.
Jelasnya, isu pertandingan empat penjuru juga bukan pertama kali dihadapi mereka di dalam PRK.
"Kita sudah ambil kira wakil kita yang menang, kalau buat simulasi 1,989 undi majoriti.
"Untuk Barisan Nasional dan Pas pula itu usaha mereka untuk bergabung, itu masalah mereka, tidak tahu siapa tunggang siapa.
"Pas tunggang UMNO atau UMNO tunggang Pas," katanya semasa sidang media selepas Majlis Pengumuman Calon PH untuk PRK Semenyih di sini, pada Khamis.
PRK DUN Semenyih diadakan susulan penyandangnya dari Pakatan Harapan (PH), Bakhtiar Mohd Nor, 57 tahun, meninggal dunia di Hospital Kajang pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.
BACA: Muhammad Aiman calon PH PRK Semenyih
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei tahun lalu, Bakhtiar menewaskan penyandangnya daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Johan Abdul Aziz serta dua lagi calon iaitu Mad Shahmiour Mad Kosim (Pas) dan S Arutchelvan mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Bakhtiar mengalahkan Johan daripada UMNO yang menjadi wakil rakyat di kerusi itu selama dua penggal dengan majoriti 8,964 undi selepas memperoleh 23,428 undi.
Dalam pada itu kata Muhyiddin, PRK Semenyih akan menjadi medan tujuh Ahli Parlimen yang juga bekas pemimpin UMNO yang kini menyertai Bersatu membuktikan kesetiaan masing- masing.
"Mereka mungkin akan turun, ini platform uji kesetiaan dan komitmen. Insya-Allah mereka akan turun berkempen," ujarnya.
Mereka adalah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing); Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor); Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut); Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah).
Wan Syamsul Amly
Thu Feb 14 2019

Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Semenyih Memilih: Hari undi awal bermula
858 daripada 951 anggota Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan menunaikan tanggung jawab mereka hari ini.

PRK Semenyih: Ikut simulasi PH menang 1,989 undi - Muhyiddin
Pakatan Harapan (PH) akan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih dalam anggaran majoriti 1,989 undi.

Menteri ramai ke Semenyih bukan isu - Azmin
Mohamed Azmin Ali berkata kawasan Semenyih menerima pembangunan pesat sejak 2008 apabila gabungan parti pembangkang ketika itu mentadbir kawasan berkenaan dan daerah Hulu Langat.

PH tetap akan tawan semula DUN Semenyih - Penganalisis
Pakatan Harapan (PH) tetap akan menawan semula Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu 2 Mac nanti.

PRK Semenyih 2 Mac ini
Tarikh penamaan calon telah ditetapkan pada 16 Feb manakala pengundian awal pada 26 Feb.

SPR terima notis kekosongan kerusi DUN Semenyih
SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh penting Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih.

ADUN Semenyih meninggal dunia
Ahli Dewan Undangan (ADUN) Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor meninggal dunia pada pukul 4.45 pagi Jumaat di Hospital Kajang dipercayai akibat serangan jantung.