KUALA LUMPUR: Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam memohon bantuan China untuk membantu menyelamatkan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar.
Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) dan Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM) menyerahkan memorandum mengenai perkara itu kepada Kedutaan China di sini.
Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim berkata kepada pemberita di luar kedutaan itu bahawa hubungan baik antara China dan Myanmar boleh memberi kelebihan dalam memujuk Myanmar untuk membantu melepaskan rakyat Malaysia yang terlibat.
Katanya, beberapa ratus rakyat Malaysia telah terperangkap di Myanmar sejak awal tahun ini selepas ditipu sindiket itu.
Hishammuddin berkata NGO itu telah memohon bantuan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini minggu lepas, bagi membantu membawa balik rakyat Malaysia di Myanmar.
"Hari ini, bersama-sama keluarga mangsa, kami merayu bantuan China," katanya.
Beliau turut menggesa kerajaan Malaysia untuk mencadangkan Mesyuarat ASEAN Campur Tiga diadakan, bertujuan menghapuskan perdagangan manusia di rantau ini.
ASEAN Campur Tiga merangkumi 10 negara ASEAN serta China, Jepun dan Korea Selatan.
Selain itu, Hishamuddin berterima kasih kepada kerajaan Laos dan Kemboja atas pertolongan mereka membantu menyelamatkan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa kepada sindiket penipuan pekerjaan di kedua-dua negara itu.
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilapor berkata 273 mangsa telah diselamatkan di Kemboja, Laos, Thailand dan Myanmar mulai April hingga Oktober ini daripada 401 kes yang dilaporkan kepada kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 17 2022

Bercakap kepada pemberita di luar Kedutaan China di Kuala Lumpur, Hishamuddin berkata, hubungan baik antara China dan Myanmar boleh memberi kelebihan bagi membantu melepaskan rakyat Malaysia yang terlibat. - Facebook Hishamuddin Hashim
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

PEKB bantu tingkatkan potensi diri golongan B40
Dua NGO EcoDistrict Association (EDA) dan Persatuan Komuniti Kebajikan Pandan (PEKA) dipilih sebagai pelaksana program PEKB tahun ini.

INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40
Institut Keusahawanan Negara menyasarkan untuk melatih 25,000 usahawan menerusi program latihan dan bimbingan bersama agensi serta jabatan termasuk NGO tahun ini.

NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im
Penglibatan semua pihak mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.

Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.

Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO anjur program BeST - Dr Zaliha
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO atau persatuan yang berminat menganjurkan aktiviti pembersihan dan keceriaan di Wilayah Persekutuan.

Kaji akses polis kepada data telefon bimbit dalam undang-undang sedia ada - Lee
Beberapa undang-undang, disaran supaya disemak semula bagi menyediakan garis panduan yang jelas dan khusus terhadap akses polis kepada data telefon bimbit.

Belia bekas banduan antara fokus program golf amal anjuran SAY
Kejohanan Golf Amal yang dianjurkan Selangor Youth Community (SAY) dengan kerjasama Titijaya Land Berhad dan Kelab Bola Sepak Selangor (SFC) di Tropicana Golf & Country Resort.

Banjir: NGO dan swasta ingin salur bantuan dinasihat rujuk JKM, NADMA
Nancy berkata, pelarasan perlu dibuat bagi memastikan agihan bantuan lebih tersusun dan menyeluruh.

Penuntut IPTA direman dua hari bantu siasatan kes penipuan
Suspek yang berusia 23 tahun tiba ke pekarangan mahkamah tersebut dengan dibawa menggunakan kereta polis kira-kira pukul 8.28 pagi.

Pihak ditipu pelajar universiti diminta buat laporan polis
"Kalau ada yang mahu buat laporan polis terhadapnya, dia akan membayar kembali wang yang diterima dan dia turut ugut untuk bunuh diri."