JEMPOL: Seorang wanita warga emas di sebuah Felda di sini kerugian RM13,000 selepas menjadi mangsa 'love scam' dan 'parcel scam'.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 61 tahun itu merupakan ibu tunggal terpedaya dalam sindiket 'love scam' setelah berkenalan dengan seorang lelaki didakwa dari London.
"Mereka berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp bermula awal Oktober lalu selain suspek bertindak menabur janji manis kepada mangsa.
"Suspek kemudiannya memberitahu mangsa mahu menghantar bungkusan sebagai tanda perkenalan malah mahu menjalinkan hubungan serius," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Ujarnya, susulan itu pada 26 Oktober lalu suspek memberitahu mangsa akan memberi pakej hadiah dan wang tunai AS$50,000 sebagai tanda perkenalan.
"Mangsa seterusnya menerima satu pesanan mesej melalui Whatsapp dari nombor tidak diketahui memaklumkan kiriman barang sudah sampai di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) namun barang berkenaan dirampas oleh kastam.
"Mangsa dimaklumkan supaya membayar kepada ejen dan Kastam bagi melepaskan barang berkenaan.
"Disebabkan teruja, mangsa telah membuat beberapa kali pindahan wang kedalam satu akaun bank milik individu lain dari 30 Oktober sehingga 10 November lalu di sebuah bank di Bahau," katanya.
Chang Hook berkata, pada 11 November, mangsa sekali lagi diminta membuat pembayaran berjumlah RM10,000 tetapi dia tidak berbuat demikian kerana berasa ditipu.
"Mangsa bertindak membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Nov 26 2023
Mereka berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp bermula awal Oktober lalu selain suspek bertindak menabur janji manis kepada mangsa. - Gambar hiasan
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Tiada pengakuan direkod selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Atiqah Mohammed @ Mohamad Said kerana kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Warga emas maut dalam kemalangan libat dua kereta
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM46, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.
Warga emas lemas ketika memukat ikan
Seorang warga emas ditemukan lemas ketika memukat ikan di kawasan lopak air dalam ladang sawit di Jerangau Barat, Ajil, pagi tadi.
Warga emas Kuala Pilah diberi pendedahan mengenai keselamatan siber
Ia satu pendekatan baik dalam memberi pendedahan kepada warga emas mengenai pentingnya keselamatan siber dan melindungi data peribadi.
Yayasan PEKEMA lancar program Charity BOX, nafas baharu kepada aktiviti kebajikan
Dalam program berkenaan sumbangan berjumlah RM40,900 disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Sri Mesra.
Warga emas rugi RM136,000 terperdaya tawaran perniagaan dalam talian
Seorang lelaki warga emas kerugian RM136,000 setelah terperdaya dengan penipuan perniagaan dalam talian, kata Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili..
24,000 warga emas di Terengganu disahkan hidap diabetes
Sebanyak 24,000 atau kira-kira 20 peratus daripada 115,000 warga emas di Terengganu disahkan menghidap penyakit diabetes atau kencing manis setakat hari ini.
Warga emas didakwa cederakan rakan
Seorang warga emas lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mencederakan rakannya hingga parah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.