SUNGAI PETANI: Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai apabila bot dinaikinya disambar petir, ditemui lemas tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata mayat Mohd Nasir Marzuki, 23, ditemui nelayan tempatan kira-kira 10 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh di muara Sungai Merbok pada pukul 12.30 tengah malam.
"Pihak bomba (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) telah bertindak ke lokasi dan membawa naik mayat mangsa, dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Mayat nelayan itu telah disahkan oleh ahli keluarga dan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Shah untuk bedah siasat.
"Operasi SAR (mencari dan menyelamat) ditamatkan dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd Nasir dikatakan keluar untuk menangkap ikan bersama seorang rakannya dari Jeti Pengkalan Bakar Arang, dekat sini kira-kira 12 tengah malam.
Pada pukul 4 pagi semalam ketika berada kira-kira 300 meter dari pantai, bahagian hadapan bot mereka tiba-tiba disambar petir menyebabkan Mohd Nasir pengsan dan terjatuh ke dalam sungai, lalu terus hilang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 09 2021

Mayat nelayan itu telah disahkan oleh ahli keluarga dan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Shah untuk bedah siasat.- Gambar hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Tekong hilang ketika menangkap ikan
Kejadian disedari pada jam 8 pagi selepas Ahamadkamaroodin gagal dihubungi serta kedudukan bot yang digunakan tidak dapat dikesan.

Banjir: 'Culvert 10' jadi tumpuan pemburu ikan sungai
Paras air Sungai Lachang yang mulai surut selepas banjir gelombang ketiga memberi rezeki kepada penggemar ikan sungai di sekitar Rantau Panjang.

Bekas ADUN disiasat kes tangkap ikan guna renjatan elektrik
Bekas ADUN Terengganu dipanggil bagi memberi keterangan susulan penularan video memaparkan tindakan beliau menangkap ikan menggunakan alatan terlarang.

Program 'ngoca ikan' beri pengalaman berharga kepada generasi muda
Program ngoca itu membolehkan seseorang merasai pengalaman menangkap ikan secara tradisional seperti pada zaman dahulu.

Remaja 18 tahun tercucuk anak panah di hidung sewaktu menangkap ikan
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun cedera setelah hidungnya tertusuk anak panah sewaktu menangkap ikan pada petang Khamis.

Banjir bawa rezeki tak terduga kepada penduduk sekitar Chaah
Selain penduduk kampung, ramai warga asing turut ambil kesempatan menjala ikan bagi mendapatkan lauk 'percuma' untuk hidangan di rumah.

Tangkap ikan di kawasan larangan, APMM tahan bot tunda kelas B, tiga kru
Tangkapan berkenaan dilakukan oleh bot Maritim Malaysia ketika rondaan di sekitar Perairan Pulau Sembilan.

Seorang nelayan lemas, seorang hilang di perairan Pontian selepas keluar tangkap ikan
Seorang nelayan ditemui lemas, manakala seorang lagi masih hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Pontian, petang semalam.

APMM rampas 225 set bubu naga
Hasil pemantauan dan siasatan selama sebulan mendapati, berlaku peningkatan aktiviti penggunaan bubu naga di sepanjang perairan Kedah.

Kapal TLDM selamatkan nelayan tempatan terjatuh laut
KD MAHAMIRU, berjaya menyelamatkan seorang nelayan tempatan yang dipercayai terjatuh ketika menangkap ikan di waktu malam.