Seorang nelayan hilang dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki bersama dua lagi nelayan karam akibat angin kuat dan ombak besar ketika keluar menangkap ikan hari ini.
Bot nelayan kelas B yang dinaiki mereka dilaporkan karam pada jarak kira-kira tiga batu nautika dari perairan Bagan Tengkorak, Tanjong Karang pada kira-kira 9.10 pagi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata nelayan yang hilang itu dikenali sebagai Ah Hua, berusia lingkungan 50-an.
Dua lagi rakannya Lim Ching Chong, 46, dan Teoh Eng Chuan, 56, terselamat apabila dibantu nelayan lain yang kebetulan berada di kawasan berhampiran.
"Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan pada 2.30 petang sejurus selepas laporan diterima dengan kekuatan sembilan anggota dibantu enam nelayan bersama dua buah bot," kata Mohd Sani ketika dihubungi Bernama.
Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang turut membuka pusat kawalan operasi bomba di kawasan jeti Bagan Pasir bagi membantu mencari dan menyelamatkan mangsa yang masih hilang. -- Bernama
Bernama
Tue Apr 18 2017
Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan pada 2.30 petang sejurus selepas laporan diterima dengan kekuatan sembilan anggota dibantu enam nelayan bersama dua buah bot. Gambar fail
HUMS dijangka siap Dis 2025, beroperasi pada Jan 2026 - Zambry
HUSM dibina dengan kapasiti 400 katil, 25 bilik pembedahan, 40 katil rawatan intensif atau rapi serta 145 buah klinik pakar.
Seorang ahli GISB akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok
Individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Tetingkap Tunggal Nasional mudahkan operasi perdagangan - Tengku Zafrul
Inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National Single Window) yang bakal diharmonikan bersama sistem kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan antara Malaysia-China.
'Abang Bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
'Abang Bas' yang ditahan di Pusat Koreksional, Muar, sejak Selasa lalu kerana gagal membayar ikat jamin keseluruhan berjumlah RM40,000 dibebaskan, selepas membayar semua bayaran.
10 Berita Pilihan - (17 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ahmad Zahid gesa pemain industri TVET sokong ekosistem industri halal
Ahmad Zahid berkata kewujudan lebih ramai bakat dan pakar dalam sektor halal akan mengukuhkan lagi peranan Malaysia sebagai peneraju global dalam industri.
#AWANIRingkas 17 September 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 17 September 2024
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
Peruntukan pembangkang, pembangunan kawasan parlimen wajar diperundangkan - Pakar
Mantan Ahli Tetap Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC), Dr. G Manimaran berkata peruntukan kepada pembangkang dan dana pembangunan kawasan parlimen wajar untuk diperundangkan berbanding dibuat secara Perjanjian Persefahaman (MoU) semata-mata. Pada masa yang sama, beliau berpendapat sikap pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata. #AgendaAWANI
MoU peruntukan pembangkang berat sebelah, sepatutnya digubal undang-undang khusus - Pakar
Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat berkata Perjanjian Persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang yang ada ketika ini disifatkan berat sebelah memandangkan hanya menyentuh mengenai pengisytiharan harta oleh pembangkang sahaja. Jelasnya, hal tersebut sepatutnya dilakukan secara saksama oleh semua ahli parlimen dan dilakukan berdasarkan satu Akta khusus berbanding sekadar dalam bentuk MoU. #AgendaAWANI
Nelayan hilang bot dinaiki karam di Tanjong Karang
Bot nelayan kelas B yang dinaiki mereka dilaporkan karam pada jarak kira-kira tiga batu nautika dari perairan Bagan Tengkorak, Tanjong Karang pada kira-kira 9.10 pagi.