ISKANDAR PUTERI: Sekumpulan empat nelayan tempatan mendakwa bot penguat kuasa Singapura melanggar dan merosakkan jaring udang di kawasan perairan Selat Tebrau, berhampiran Jambatan Link Kedua, pada Isnin.
Nelayan, Faizan Wahid, 42, berkata, kejadian pada kira-kira jam 7 pagi itu berlaku apabila dia bersama tiga lagi nelayan sedang memasang jaring untuk menangkap udang.
"Tujuh jaring dipasang di tempat biasa kami mencari rezeki dan kawasan itu memang dalam kawasan perairan Malaysia. Tiba-tiba bot penguat kuasa Singapura datang ke arah jaring. Habis rosak semua jaring dilanggar bot.
"Saya ada tanya mengapa langgar jaring, anggota penguat kuasa itu hanya menjawab mereka tidak perasan. Jawapan itu bagi saya agak mengelirukan kerana jaring tersebut masih berada di atas permukaan air," katanya pada sidang akhbar di Kampung Pendas pada Rabu.
Faizan memberitahu laporan polis telah dibuat dan menganggarkan kerugian akibat jaring yang rosak hampir RM1,000.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Pandak Ahmad kesal dengan tindakan pihak berkuasa Singapura apabila melanggar jaring nelayan tempatan.
"Apa yang dikesalkan, kes membabitkan penguat kuasa Singapura dan nelayan tempatan bukan pertama kali berlaku. Sudah beberapa kali nelayan berdepan kejadian sama sebelum ini.
"Pada Oktober tahun lepas, nelayan tempatan didakwa dihalau penguat kuasa Singapura dan kejadian itu tular di media sosial," katanya.
Dalam pada itu, Pandak berharap pihak berkuasa seperti Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mengambil tindakan sewajarnya termasuk meningkatkan penguatkuasaan di kawasan perairan negara.
"Dianggarkan seramai 100 nelayan dari Kampung Pendas, Tanjung Adang dan Tanjung Kupang menangkap ikan dan menjaring udang di kawasan Selat Tebrau.
"Saya mencadangkan agar Pulau Merambong di sempadan perairan negara dan Singapura dijadikan pangkalan Maritim Malaysia sekali gus dapat menjaga sempadan negara agar tidak sewenang-wenang diceroboh pihak luar," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 16 2023

Kumpulan nelayan terbabit memberitahu laporan polis telah dibuat dan menganggarkan kerugian akibat jaring yang rosak hampir RM1,000. - Gambar/ Sinar Harian

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nelayan dakwa jaring dilanggar bot pihak berkuasa Singapura
Sekumpulan empat nelayan tempatan mendakwa bot penguat kuasa Singapura melanggar dan merosakkan jaring udang di kawasan perairan Selat Tebrau, berhampiran Jambatan Link Kedua, pada Isnin.

Isu nelayan antara yang dibincangkan Malaysia-Vietnam
Pencerobohan nelayan Vietnam di perairan Malaysia antara isu yang dibincangkan dalam mesyuarat dua hala ketika lawatan Perdana Menteri ke negara itu.