SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menangguhkan semua jenis permohonan kebenaran berkahwin di negeri ini mulai hari ini ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19.
Pengarahnya Datuk Mohd Zaidi Ramli berkata bagaimanapun bagi pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin sebelum tarikh itu adalah dibenarkan namun perlu dilakukan di JHEAINS atau Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) masing-masing mengikut kekosongan tarikh yang dijadualkan.
"Bagi pasangan yang telah mendapat tarikh untuk majlis akad nikah di PAID pada ketetapan diberikan, majlis berkenaan akan tetap dilangsungkan melainkan ada makluman pembatalan daripada JHEAINS atau PAID.
"Kita hanya tangguhkan dahulu permohonan nikah baharu, yang lama memang diteruskan, bagi permohonan yang dihantar sebelum tarikh penangguhan dan belum mendapat kebenaran, mereka tidak perlu buat permohonan baharu, hanya hubungi PAID untuk dapat kebenaran selepas tempoh penangguhan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya juga akan melanjutkan tempoh kebenaran berkahwin selama tiga bulan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat sekiranya kebenaran itu sudah melepasi 90 hari dan pemohon perlu ke PAID untuk pelanjutan tempoh secara percuma.
Dalam pada itu, beliau berkata JHEAINS masih menerima pakai keputusan saringan HIV yang hanya sah selama enam bulan sebelum ini melalui pelanjutan tempoh sah lakunya sehingga tiga bulan selepas PKP dan pemohon perlu ke PAID masing-masing untuk mendapatkan pelanjutan tempoh berkenaan.
Mohd Zaidi turut berkata semua pemohon yang ingin mendapatkan kebenaran berkahwin perlu mengikuti Kursus Praperkahwinan Islam terlebih dahulu yang ditawarkan mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri bagi membolehkan majlis perkahwinan dilangsungkan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 28 2021
![Negeri Sembilan tangguh kebenaran nikah bermula hari ini Negeri Sembilan tangguh kebenaran nikah bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71622198839_NikahGeneric.jpg)
Pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin sebelum ini dibenarkan meneruskan pernikahan di JHEAINS atau PAID. - Gambar hiasan
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128485_Uzbekistanflag.jpg)
ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan
Pinjaman itu bagi membantu Uzbekistan meningkatkan penjagaan pranatal untuk wanita hamil dan bayi mereka.
![Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721127722_NurFarahKartini.jpg)
Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
Kakak ipar mangsa Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata mereka sekeluarga masih terkejut dan sedih atas kejadian yang menimpa Nur Farah Kartini.
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Polis siasat kes lelaki dakwa ditumbuk Orang Besar Undang Luak Rembau Polis siasat kes lelaki dakwa ditumbuk Orang Besar Undang Luak Rembau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708227777_TBDZAFFIR.jpg)
Polis siasat kes lelaki dakwa ditumbuk Orang Besar Undang Luak Rembau
Polis menyiasat kejadian seorang lelaki yang mendakwa ditumbuk oleh Orang Besar Undang Luak Rembau ketika menghadiri sebuah majlis berkaitan Adat, Khamis lalu.
![Negeri Sembilan lipat ganda usaha pastikan sasaran 8 juta pengunjung tercapai Negeri Sembilan lipat ganda usaha pastikan sasaran 8 juta pengunjung tercapai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720412831_portdickson.jpg)
Negeri Sembilan lipat ganda usaha pastikan sasaran 8 juta pengunjung tercapai
Kerajaan Negeri Sembilan terus melipatgandakan usaha memperkasakan program pelancongan bagi menarik kedatangan orang ramai sekali gus memastikan hasrat lapan juta pengunjung pada tahun ini dicapai.
![1,088 permit sembelihan luar dikeluarkan di N.Sembilan sempena Aidiladha 1,088 permit sembelihan luar dikeluarkan di N.Sembilan sempena Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707105699_TBJALIAS.jpg)
1,088 permit sembelihan luar dikeluarkan di N.Sembilan sempena Aidiladha
Ia membabitkan 2,233 lembu, 488 kambing atau bebiri dan 56 kerbau.
![Piala FA: Kehadiran Faisal Halim cetus inspirasi Selangor jinakkan NS 4-0 Piala FA: Kehadiran Faisal Halim cetus inspirasi Selangor jinakkan NS 4-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718455754_tbSelangorFC.jpg)
Piala FA: Kehadiran Faisal Halim cetus inspirasi Selangor jinakkan NS 4-0
Selangor FC mara ke peringkat suku akhir Piala FA 2024/2025 dengan bergaya selepas menjinakkan Negeri Sembilan FC 4-0.
![Faisal Halim buat kemunculan di Stadium MBPJ Faisal Halim buat kemunculan di Stadium MBPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718446675_tbFaisalHalim.jpg)
Faisal Halim buat kemunculan di Stadium MBPJ
Tonggak utama Selangor FC (SFC) Faisal Halim muncul di tempat duduk penonton di Stadium Majlis Bandara Raya Petaling Jaya (MBPJ) menjelang sepak mula Piala FA di antara Selangor dan Negeri Sembilan.
![Rasuah permohonan tanah: Penjawat awam Negeri Sembilan ditahan SPRM Rasuah permohonan tanah: Penjawat awam Negeri Sembilan ditahan SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718084665_SPRMsuspek.jpg)
Rasuah permohonan tanah: Penjawat awam Negeri Sembilan ditahan SPRM
SPRM Negeri Sembilan menahan reman seorang penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM10,000 sebagai dorongan menguruskan permohonan tanah di negeri tersebut.
![Kastam Negeri Sembilan rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM600,000 Kastam Negeri Sembilan rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM600,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61717074739_MuhammadIlyasQueek.jpg)
Kastam Negeri Sembilan rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM600,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan menumpaskan sindiket pengedaran rokok dan bir tidak sah dianggarkan bernilai lebih RM600,000.
![Undang Luak Rembau meninggal dunia Undang Luak Rembau meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715745103_DatukMuhamadSharip.jpg)
Undang Luak Rembau meninggal dunia
Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman meninggal dunia pada 9.15 pagi Rabu di kediaman rasminya.
![Lembu berkeliaran, PBT laksana tangkapan secara agresif Lembu berkeliaran, PBT laksana tangkapan secara agresif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715225383_Lembujpg.jpg)
Lembu berkeliaran, PBT laksana tangkapan secara agresif
Semua PBT di Negeri Sembilan diarahkan melaksanakan tangkapan lembu secara lebih agresif bagi mengelakkan kemalangan jalan disebabkan binatang ternakan berkenaan.
![Negeri Sembilan arah PBT kenal pasti pokok risiko tumbang di tanah persendirian Negeri Sembilan arah PBT kenal pasti pokok risiko tumbang di tanah persendirian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715158716_JARULKUMARjpg.jpg)
Negeri Sembilan arah PBT kenal pasti pokok risiko tumbang di tanah persendirian
Kesemua PBT di Negeri Sembilan diarah mengenal pasti semua pokok yang berbahaya dan berisiko tumbang terutama di kawasan tanah persendirian.