METMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan negeri di Semenanjung yang terlibat adalah Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Maran dan Rompin, selain Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan.
Ribut petir turut dijangka berlaku di Johor membabitkan Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Situasi sama diramalkan berlaku di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan serta beberapa tempat di Sabah dan Sarawak.
Di Sarawak membabitkan Sibu (Selangau), Mukah dan Bintulu manakala di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Semporna dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan).
-- BERNAMA