SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan optimis beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak lama lagi, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau berkata ia susulan negeri itu mencapai tahap imuniti kelompok dengan 80.9 peratus individu melengkapkan dos kedua setakat hari ini namun masih terdapat beberapa perkara sedang diteliti iaitu bilangan pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum tindakan selanjutnya diambil.
"Dos pertama sudah capai 97.21 peratus dan dos kedua capai 80.9 peratus. Ini merupakan imuniti kelompok yang kita kejar dari awal.
"Kalau diikutkan capai 80 peratus dah boleh beralih ke Fasa Empat PPN tetapi bergantung kepada beberapa perkara lagi. Kita mampu ke fasa seterusnya dalam tempoh terdekat tetapi pematuhan prosedur operasi standard perlu diteruskan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-14 di sini, hari ini.
BACA: PPN: Melaka beralih ke Fasa 2, Negeri Sembilan ke Fasa 3
Aminuddin turut memberikan penghargaan kepada semua pihak serta rakyat di negeri ini yang bekerjasama baik dalam usaha negeri ini dapat beralih ke Fasa Tiga PPN esok.
Dalam pada itu, Aminuddin berkata sasaran kerajaan negeri selepas ini adalah mengesan mereka yang belum divaksinasi di negeri ini dan tindakan itu diambil selepas semua individu dalam senarai MySejahtera selesai melengkapkan dos pertama masing-masing minggu hadapan.
"Kemungkinan ada antara mereka yang tercicir atau tidak mendaftar disebabkan faktor tertentu termasuk tinggal di kawasan pedalaman atau mempunyai masalah kesihatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 03 2021
Aminuddin berkata Negeri Sembilan mencapai tahap imuniti kelompok dengan 80.9 peratus individu melengkapkan dos kedua setakat hari ini. - Gambar/ Bernama
Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
Laluan Ampang/Sri Petaling akan menjadi laluan ketiga di bawah kendalian Rapid Rail yang memperkenalkan kemudahan koc wanita ini.
22 ahli GISB tiba di Mahkamah Sesyen Selayang untuk sebutan semula kes
Kesemua pemimpin tertinggi itu berdepan satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, sejak 2020 lalu.
Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS
Setakat 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5010/5100 berbanding dolar AS, naik daripada 4.5055/5100 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Kewangan Tabung Haji dan Kaedah Rule of 78: Implikasi ekonomi dan sosial
Gabungan dua isu utama tentang keberkesanan subsidi haji Tabung Haji dan pemansuhan Rule of 78 dalam pembiayaan. Bagaimana dasar ini mencorakkan sosioekonomi, kestabilan kewangan pengguna, dan inovasi kewangan? Analisis mendalam tentang langkah strategik untuk meningkatkan daya tahan kewangan institusi dan memupuk keharmonian sosial.
Google Maps rungkai kes bunuh setahun lalu
Siasatan polis berdasarkan petunjuk Google Maps itu akhirnya menemukan mayat yang sudah mereput di sebuah tanah perkuburan, awal bulan lalu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 Disember 2024]
Fokus AWANI Pagi Bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kes kucing mati ngeri di UM, semakan CCTV dapati diserang anjing liar - Polis
- Jenayah seksual: KPT pandang serius salah laku dalam kalangan IPT
- KKM tidak pandang enteng lebih 6,000 doktor letak jawatan sepanjang lima tahun - Dzulkefly
#AWANIpagi #AWANInews
- Kes kucing mati ngeri di UM, semakan CCTV dapati diserang anjing liar - Polis
- Jenayah seksual: KPT pandang serius salah laku dalam kalangan IPT
- KKM tidak pandang enteng lebih 6,000 doktor letak jawatan sepanjang lima tahun - Dzulkefly
#AWANIpagi #AWANInews
Anggota polis dikhuatiri lemas ditemukan meninggal dunia
Mayat Koperal Muhammad Taufik Sayuti, 39, ditemui pada jam 4.55 pagi tadi selepas operasi mencari dan menyelamat digerakkan.
Bengang konsert batal saat akhir, netizen 'korek' keputusan percubaan SPM penganjur One Love Music
Warga maya terutamanya pembeli tiket meluahkan rasa bengang dengan tindakan yang dilakukan oleh penganjur, Tuff KL.
Liverpool langgar habis Tottenham di London
Gol Liverpool dijelmakan Luis Diaz (m-23, m-85), Mohamed Salah (m-45, m-61), Alexis Mac Allister (m-36), dan Dominik Szoboszlai (m-46).
Apple bangunkan loceng pintu pintar dilengkapi pengecaman wajah
Apple dilaporkan sedang membangunkan loceng pintu pintar yang hadir dilengkapi dengan sokongan pengecaman wajah seumpama Face ID.
N.Sembilan tiada perancangan anjur sambutan ambang tahun baharu 2025 - Aminuddin
Ia bagi menghormati mangsa banjir selain mengelakkan pembaziran serta sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
NADI perlu dimanfaat secara optimum, lahir masyarakat inovatif
Masyarakat di Negeri Sembilan perlu memanfaatkan Pusat Sebaran Nasional (NADI) secara optimum bagi memperkasakan kemahiran pelbagai bidang seterusnya menjadi komuniti proaktif dan inovatif.
Negeri Sembilan perkenal insentif galakan padi
Kerajaan Negeri Sembilan memperkenalkan insentif galakan padi di bawah peruntukan negeri untuk mengalakkan pesawah menjual hasil padi mereka kepada pusat belian tempatan di negeri itu.
Negeri Sembilan tiada halangan teruskan aktiviti penternakan babi di Bukit Pelandok
Kerajaan Negeri Sembilan tiada halangan dengan cadangan untuk meneruskan aktiviti penternakan babi berkeluasan 713.3 hektar di kawasan Pig Farming Area (PFA) di Bukit Pelandok, Port Dickson.
12 kertas siasatan terhadap GISB di Negeri Sembilan dibuka - Aminuddin
Sebanyak tujuh daripada 12 kertas siasatan berhubung syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Negeri Sembilan telah didakwa di mahkamah.
Negeri Sembilan saran kenakan bayaran masuk Pusat Ikan Hiasan, Muzium Tentera Darat
Kerajaan Negeri Sembilan berpendapat supaya bayaran berpatutan perlu dikenakan bagi kemasukan ke Pusat Ikan Hiasan Port Dickson dan Muzium Tentera Darat.
Hanya syarikat berkemampuan dipilih terlibat industri REE - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan bersedia menerima mana-mana syarikat, termasuk pemilik tanah persendirian yang berminat mengusahakan industri unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di negeri ini.
GISB: Negeri Sembilan kekal pendirian rujuk pewartaan sesat Al-Arqam - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan kekal dengan pendirian merujuk dan menggunakan pewartaan sesat bagi Penyelewengan al-Arqam pada 2016.
Pemain industri pelancongan perlu tonjolkan identiti Negeri Sembilan - Tan
Pemain industri pelancongan perlu menonjolkan sembilan identiti Negeri Sembilan yang merangkumi adat, seni bina, makanan tradisional, busana, bunga, muzik, tarian, lagu dan permainan tradisional.
Belanjawan 2025 angkat kepentingan rakyat - Aminuddin
Beliau berkata ia dilihat tertumpu kepada pengukuhan sektor ekonomi penting yang dijangka memberi hasil kepada negara dan memperbaiki kemudahan asas dalam pelbagai sektor.