Kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) untuk melaksanakan pemeriksaan keselamatan di semua sekolah tahfiz dalam tempoh tiga bulan.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sekiranya ada pusat tahfiz yang tidak menepati aspek keselamatan yang ditetapkan terutama dalam spesifikasi bangunan seperti disyaratkan JBP, akan diarahkan tutup serta merta.
"Spesifikasi oleh bomba mestilah dipatuhi oleh pusat tahfiz dan kerajaan negeri tidak akan berkompromi dari segi keselamatan dan jika terdapat bangunan yang tidak dipatuhi, kita akan tutup dan jika berdegil kita akan heret ke mahkamah.
"Hal ini ditegaskan oleh saya kerana ini berkenaan nyawa anak-anak yang tidak berdosa dan kita akan mula memeriksa dalam tempoh tiga bulan semua pusat-pusat tahfiz bagi mengelakkan berlaku kemalangan jiwa," katanya kepada pemberita di Program Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 di sini, pada Isnin.
Turut hadir Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Mat Ali Hassan.
Dalam perkembangan lain, Mohamad yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) berkata kerajaan menyasarkan kesemua 16 buah sekolah agama bantuan kerajaan akan menawarkan subjek hafazan sebagai mata pelajaran wajib menjelang tahun 2025.
"Buat masa ini hanya tiga sekolah agama bantuan kerajaan yang ada aliran tahfiz.
"Saya menyeru supaya mata pelajaran hafazan tidak diabaikan kerana ini demi masa depan anak-anak kita. Dengan dasar yang kita bincangkan, ia dapat memberi peluang kepada pelajar yang berminat belajar tahfiz untuk mengikutinya di sekolah agama bantuan kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2017
![Negeri Sembilan arah bomba periksa sekolah tahfiz Negeri Sembilan arah bomba periksa sekolah tahfiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/51499322004_MohamadHasan.jpg)
Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sekiranya ada pusat tahfiz yang tidak menepati aspek keselamatan yang ditetapkan terutama dalam spesifikasi bangunan seperti disyaratkan JBP, akan diarahkan tutup serta merta.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Tak dapat ikut piawaian keselamatan antara faktor pusat tahfiz tidak berdaftar - Zahid Tak dapat ikut piawaian keselamatan antara faktor pusat tahfiz tidak berdaftar - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720866271_ZahidHamidi.jpg)
Tak dapat ikut piawaian keselamatan antara faktor pusat tahfiz tidak berdaftar - Zahid
Tidak dapat mengikuti syarat dan piawaian keselamatan yang ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia merupakan antara faktor masih banyak pusat tahfiz di negara ini yang tidak berdaftar.
![Warga emas tinggal sendirian ditemukan maut dalam kebakaran Warga emas tinggal sendirian ditemukan maut dalam kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635002688_BOMBA.jpg)
Warga emas tinggal sendirian ditemukan maut dalam kebakaran
Halimah dijumpai anggota bomba di bilik air dalam keadaan tertiarap dan melecur pada beberapa bahagian anggota badan.
![Dua kanak-kanak maut, ibu kritikal dalam kebakaran rumah kedai Dua kanak-kanak maut, ibu kritikal dalam kebakaran rumah kedai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720697021_TBmaut.jpg)
Dua kanak-kanak maut, ibu kritikal dalam kebakaran rumah kedai
Dua kanak-kanak maut manakala ibunya kritikal dipercayai sesak nafas akibat terhidu asap tebal di sebuah bilik sewa di Plaza Mahkota Melaka pada petang Khamis.
![Dua mayat ditemui kembung, berbau dalam kereta di tepi jalan Dua mayat ditemui kembung, berbau dalam kereta di tepi jalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720656555_Duamayatditemuike.jpg)
Dua mayat ditemui kembung, berbau dalam kereta di tepi jalan
Siasatan awal mendapati kedua-dua si mati berkemungkinan sudah meninggal dunia lebih daripada lima hari.
![Lapangan terbang di California terbakar Lapangan terbang di California terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720397239_waterdropping.jpg)
Lapangan terbang di California terbakar
Namun, lapangan terbang kecil berkenaan tidak melibatkan sebarang operasi kapal terbang komersil.
![Warga emas, cucu dilapor hilang ketika ke kebun durian Warga emas, cucu dilapor hilang ketika ke kebun durian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718554923_TBNenekHiilang.jpg)
Warga emas, cucu dilapor hilang ketika ke kebun durian
Seorang wanita warga emas berusia 62 tahun bersama cucunya yang berusia 12 tahun dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke kebun durian di Bukit Buluh Telur, Kuala Kubu Baharu pada Ahad.
![Tiga maut, seorang parah nahas BMW dengan lori Tiga maut, seorang parah nahas BMW dengan lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718153723_mautparahlorib.jpg)
Tiga maut, seorang parah nahas BMW dengan lori
Mereka diserahkan kepada polis bagi tindakan susulan manakala seorang lagi mangsa iaitu wanita yang cedera dibawa ke hospital berhampiran
![Tindakan pantas bomba kawal kebakaran selamatkan 340 rumah Tindakan pantas bomba kawal kebakaran selamatkan 340 rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717731024_Kebakaran.jpg)
Tindakan pantas bomba kawal kebakaran selamatkan 340 rumah
Dalam kejadian itu, 13 rumah atas air musnah terbakar dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
![Pemilik premis buat renovasi tanpa kebenaran bomba boleh dihukum Pemilik premis buat renovasi tanpa kebenaran bomba boleh dihukum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717650425_RosdiyanaSudarto.jpg)
Pemilik premis buat renovasi tanpa kebenaran bomba boleh dihukum
Tindakan itu mungkin menjejaskan kecukupan kelengkapan atau pemasangan alat keselamatan kebakaran di sesebuah premis.
![Lebih 1,000 kes pokok tumbang sehingga April - Bomba Lebih 1,000 kes pokok tumbang sehingga April - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717478346_pokoktumbang.jpg)
Lebih 1,000 kes pokok tumbang sehingga April - Bomba
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysian (JBPM) merekodkan 1,085 kejadian pokok tumbang di seluruh negara bagi tempoh empat bulan pada tahun ini.