KUALA LUMPUR: Pemilik sesebuah premis yang melakukan perubahan struktur premis tanpa kebenaran pihak bomba boleh dikenakan hukuman.
Menurut Pegawai Kanan Bomba Dua (PgKB II) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Rosdiyana Sudarto, ini kerana tindakan itu mungkin menjejaskan kecukupan kelengkapan atau pemasangan alat keselamatan kebakaran di sesebuah premis.
Menurutnya, ia bertepatan seperti yang termaktub di dalam Seksyen 32, Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341 ).
Beliau turut menyeru pemilik premis mendapatkan perakuan bomba atau 'fire certificate' (FC) kerana ia penting untuk perlindungan insurans sesebuah premis.
Ini kerana syarikat insurans juga akan menilai sama ada sesebuah premis itu mementingkan keselamatan termasuk dari aspek kebakaran.
"Jadinya bila itu di luar pengetahuan kami, di Jabatan Bomba, jadinya ia boleh dikenakan tindakan pendakwaan juga di mahkamah.
"Mungkin ini adalah antara aspek yang orang luar tidak sedar selama ini.
"Jadi kita mohon untuk penghuni premis untuk sentiasa peka berkenaan undang-undang sedia ada.
"Kami di Jabatan Bomba sentiasa menerima, mengalu-alukan kedatangan tuan-puan untuk konsultasi dengan kami dan kami boleh menerangkan macam mana untuk tuan-puan mendapatkan perakuan bomba ini sebenarnya,"ujarnya.
Beliau berkongsikan pandangan tersebut dalam program AWANI Pagi pada Khamis.
Sehingga April 2024, sebanyak 8,925 buah premis ditetapkan telah berdaftar dengan JBPM di seluruh negara.
Daripada angka tersebut, sebanyak 716 buah adalah premis kerajaan manakala 8,209 buah merupakan premis swasta.
Justeru itu, penekanan penguatkuasaan tertumpu kepada premis swasta.
Farhan Hakimi
Thu Jun 06 2024
Rosdiyana berkata tindakan itu mungkin menjejaskan kecukupan kelengkapan atau pemasangan alat keselamatan kebakaran di sesebuah premis. - Astro AWANI
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp mengekalkan gelaran sebagai pengeluar kereta terbesar dunia berdasarkan jumlah jualan untuk tahun kelima berturut-turut pada 2024, didorong oleh permintaan kukuh bagi kenderaan hibrid, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
Pemilik premis buat renovasi tanpa kebenaran bomba boleh dihukum
Tindakan itu mungkin menjejaskan kecukupan kelengkapan atau pemasangan alat keselamatan kebakaran di sesebuah premis.
DUN Perak: Dewan persidangan berwajah baharu selepas 25 tahun
Penambahbaikan ini dapat memberikan keselesaan dan suasana yang lebih segar seiring dengan iltizam memartabatkan Dewan Negeri.
Barcelona pindah stadium untuk ubah suai Camp Nou
Satu usaha besar untuk pasukan Catalan itu sedang dalam pembangunan.
Pusat beli-belah AEON Alpha Angle akan jalani proses transformasi selepas 30 tahun
Kerja-kerja pengubah suaian itu dijangka siap sepenuhnya pada April 2022.
Dua lelaki ditahan ubah suai but kereta untuk edar dadah
Polis turut merampas ganja dan ketamin masing-masing seberat 43.9 serta 8.4 kilogram bernilai RM2 juta daripada suspek berusia 44 dan 57 tahun itu.
Projek ubah suai rumah Perdana Menteri UK disiasat
Spekulasi mengatakan perbelanjaan untuk mengubah suai rumah Boris Johnson adalah RM1.14 juta, walaupun geran yang diperuntukkan hanya RM171,000.
Rentas daerah sempadan dibenar dalam 6 zon di Sabah
Rentas sempadan dibenarkan mengikut enam zon yang telah ditetapkan, kecuali bagi daerah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ubah lagu Indonesia Raya: Polis Indonesia tahan suspek warga tempatan
Polis Indonesia menahan seorang pelajar warganegara itu, yang dipercayai terbabit dalam pembikinan video lagu Indonesia Raya, yang diubah suai liriknya dan menghina negara berkenaan.
Tawaran ubah suai feri Pulau Pinang jadi produk pelancongan akan dibuka
Dua buah feri sedia ada akan diubah suai sebagai restoran terapung, muzium atau pelayaran pelancongan.
Tiga lelaki ditahan, polis rampas kenderaan curi bernilai RM300,000
Ketiga-tiga suspek warga tempatan yang berusia 22 hingga 30 tahun itu ditahan dalam keadaan mencurigakan dalam sebuah kereta pada kira-kira 8.30 malam.