Ringkasan AI
- Seorang wanita warga emas berusia 62 tahun dan cucunya berusia 12 tahun dilaporkan hilang ketika menuju ke kebun durian di Bukit Buluh Telur, Kuala Kubu Baharu.
- JBPM Selangor menerima laporan pada jam 3.15 petang Ahad, dan menggerakkan dua jentera dengan lapan anggota untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).
- Operasi SAR terpaksa dihentikan selepas tiga jam kerana keadaan gelap dan hujan, dan akan disambung pada keesokan hari (Isnin) jam 8 pagi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam kenyataan memaklumkan, mereka menerima laporan tentang kehilangan tersebut pada jam 3.15 petang.
Menurut bomba, dua jentera dengan lapan anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) kedua-dua mangsa.
“Mangsa dilaporkan menghubungi anak sulung mangsa dan menyatakan telah sesat pada jam 12 tengah hari.
“Anak mangsa kemudian membuat laporan kehilangan kepada pihak polis pada jam 3 petang,” menurut kenyataan tersebut.
Selepas tiga jam melakukan pencarian, operasi SAR terpaksa dihentikan kerana keadaan sudah gelap dan cuaca hujan di kawasan tersebut.
“Operasi SAR ditangguhkan dan akan bersambung pada esok hari (Isnin), jam 8 pagi,” menurut kenyataan itu lagi.