BUKIT MERTAJAM: Titisan air dari sebuah kereta yang diletak di tepi jalan di sebuah taman perumahan di Taman Sri Rambai, di sini, membawa kepada penemuan dua mayat.
Mayat dua wanita dipercayai berusia lingkungan 20-an ditemui orang awam kira-kira jam 5.30 petang semalam, sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.
Pemeriksaan pasukan polis dan bomba mendapati mayat sudah kembung dan berbau busuk, berada di tempat duduk hadapan kereta jenis Honda WR-V.
Siasatan awal mendapati kedua-dua si mati berkemungkinan sudah meninggal dunia lebih daripada lima hari.
Terdahulu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang memaklumkan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perda bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan meminta bantuan membuka pintu kereta terkunci pada jam 7.41 malam.
Sebaik tiba, pasukan penyelamat yang lengkap dengan pemakaian PPE (pakaian perlindungan diri) berjaya membuka pintu kereta yang terkunci menggunakan peralatan khas.
Katanya, terdapat dua mayat perempuan dewasa berada di tempat duduk hadapan kereta berkenaan.
Pihaknya kemudian menyerahkan kes itu kepada polis bagi tindakan lanjut.
Salah seorang mangsa dipercayai berasal dari Negeri Sembilan namun identiti kedua-duanya belum dapat disahkan buat masa ini.
Semasa pemeriksaan, turut ditemui nombor telefon ahli keluarga salah seorang mangsa yang diletakkan di atas papan pemuka kereta berkenaan.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.
Astro Awani
Wed Jul 10 2024

Pasukan penyelamat lengkap memakai PPE berjaya membuka pintu kereta yang terkunci menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan dua mayat di dalamnya, dalam kejadian di Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam, petang semalam. - Foto Astro AWANI

Azerbaijan labur AS$2 bilion di Pakistan - Shehbaz
Presiden Azerbaijan dan PM Pakistan memuktamadkan portfolio pelaburan Azerbaijan bernilai AS$2 bilion dalam projek yang memberi manfaat bersama di Pakistan.

Remaja perempuan dua kali ganda berisiko murung - Noraini
Golongan remaja perempuan Malaysia berdepan dengan risiko menghidap masalah kesihatan berkaitan mental termasuk kemurungan, dua kali ganda lebih tinggi berbanding remaja lelaki.

Tenaga kerja: Kerjasama semua agensi tangani perubahan landskap pekerjaan
Zambry berkata, kerjasama semua pihak adalah penting untuk menangani landskap pekerjaan yang berubah dengan pantas.

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.
Pesawat American Airlines dilencong ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter tentera udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat.
Pilihan Raya Jerman: Kepimpinan Olaf Scholz disifatkan 'malapetaka'
Ramai berpendapat keputusan pilihan raya pada Ahad memperlihatkan kekuatan parti Christian Democratic Union of Germany (CDU), pimpinan calon canselor, Friedrich Merz, namun tidak kurang juga mendakwa keputusan itu meragukan.
[TERKINI] Roberta Flack, penyanyi lagu 'Killing Me Softly With His Song', meninggal dunia
Pemilik suara emas bagi lagu malar segar, The First Time Ever I Saw Your Face dan Killing Me Softly With His Song, Roberta Flack, meninggal dunia pada pagi Isnin.

Mayat pengawal keselamatan ditemukan dalam but kereta
Seorang pengawal keselamatan dipercayai dibunuh selepas mayatnya ditemukan di dalam but sebuah kereta di Sabak Bernam.

Dua wanita maut dalam kereta akibat terhidu gas helium - Polis
Punca kematian dua wanita yang ditemui meninggal dunia dalam sebuah kenderaan di Jalan Tembikai, Bukit Mertajam adalah akibat terhidu gas helium.

Dua mayat ditemui kembung, berbau dalam kereta di tepi jalan
Siasatan awal mendapati kedua-dua si mati berkemungkinan sudah meninggal dunia lebih daripada lima hari.

Mayat dalam kereta: 3 lagi suspek termasuk teman wanita mangsa ditahan
Seramai tiga lagi individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki melarikan seorang lelaki, sebelum mayatnya ditemui dalam sebuah kereta di Batu 14, pada 6 September lalu.

Mayat dalam kereta: Polis berkas lima lelaki
Hasil siasatan mendapati kes ini berkaitan satu laporan polis bersabit Bukit Jalil 8063/23 yang disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Lelaki ditemui mati selepas dilarikan empat rakan
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa berusia 26 tahun itu dilarikan

Lelaki hilang ditemui maut dalam kereta terbabas
Misteri kehilangan seorang lelaki yang sudah dua hari tidak pulang ke rumah terjawab apabila mayatnya ditemui di dalam sebuah kereta di bahu jalan.

Mayat ditemui terbaring dalam kereta
Mayat seorang lelaki ditemukan di dalam kereta di sebuah bukit di Jalan Bukit Malut, kira-kira jam 11.45 pagi Isnin.