PUCHONG: Lima individu diberkas susulan kes seorang lelaki yang disyaki dibunuh sebelum mayatnya ditemui dalam sebuah kereta di Batu 14, di sini, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya sebelum itu menerima maklumat berkaitan penemuan mayat mangsa kira-kira jam 12.55 pagi.
Menurut beliau, mayat ditemui dalam sebuah kereta yang berkunci di tepi jalan.
"Mayat ditemui di bahagian tempat duduk belakang kereta dan bertutup dengan sehelai jaket.
"Hasil siasatan lanjut mendapati kes ini berkaitan satu laporan polis bersabit Bukit Jalil 8063/23 yang disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Katanya, satu kertas siasatan kemudian dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Hasil maklumat kemudian membawa kepada tangkapan lima lelaki tempatan berumur antara 27 hingga 33 tahun yang kemudiannya direman empat hari bagi siasatan lanjut.
"Semakan mendapati kesemua suspek memiliki rekod jenayah lampau," katanya.
Rabu lalu, Sinar Harian melaporkan mangsa berusia 26 tahun itu dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki dipercayai rakannya ketika berada di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, di sini, pada Ahad.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, bapa mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil, di sini, pada jam 5 pagi, Isnin.
"Bapa mangsa mengetahui tentang anaknya dilarikan selepas dimaklumkan oleh teman wanita anaknya," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 08 2023

Mayat mangsa ditemui dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di 14 pada Rabu lalu. -Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mayat dalam kereta: Polis berkas lima lelaki
Hasil siasatan mendapati kes ini berkaitan satu laporan polis bersabit Bukit Jalil 8063/23 yang disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.