Ada kisah di sebalik setiap nama yang diberikan ibu bapa kepada cahaya mata mereka.
Bagaimana nama seseorang diperolehi juga pasti ada ceritanya.
Ada di antara kita yang mempunyai nama ringkas, panjang atau berkait dengan sesuatu peristiwa.
Wanita berusia 32 tahun, S Rusli, mungkin merupakan antara pemilik nama paling pendek di negara ini atau mungkin juga di seluruh dunia.
Menurutnya yang bekerja sebagai pelukis pelan, namanya menjadi bualan bukan sahaja ketika zaman belajar malah sehingga melangkah ke alam pekerjaan.
Katanya, ramai yang tidak percaya ketika dia memperkenalkan diri dengan nama itu.
"Kadang-kadang kita beritahu orang nama, tetapi dia ingat itu nama samaran. Jadi saya kena keluarkan kad pengenalan.
"Kalau kita tulis borang, ada gelak ketawa kerana nama macam pelik. Kalau tengok reaksi pelik, kita sudah gelak, saya cakap memang nama saya macam itu.
"Ayah saya bagi nama mcm itu tetapi saya gembira, tidak ada masalah semasa sekolah. Ada juga yang mengejek S nama Superman tetapi tidak apalah, simbol S ok," katanya.
Pemegang Diploma Teknologi Seni Bina dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata, dia sangat selesa dengan nama pendek pemberian ayahnya, Rusli Ahmad Abdul Karim, 57 tahun.
Selain S, nama adik-adiknya juga pendek, ringkas dan mudah diingat iaitu Liz (29 tahun), Maz (18 tahun) dan Hani, 15 tahun.
S yang bertugas sebagai pelukis pelan bangunan di syarikat swasta berkata, nama yang ringkas juga mempunyai kesukaran dari segi kepercayaan.
Jelasnya, ada di kalangan kawan, kakitangan awam dan pihak sekolah yang tidak percaya ketika dia mendaftarkan namanya.
Kerana itu, S selalu membawa kad pengenalannya ke mana-mana walaupun ketika menemani anak beriadah di taman permainan berdekatan.
Kata S, walaupun namanya hanya satu huruf, suaminya Nuzrul Hasan, 38 tahun, terlalu gemuruh sehingga terpaksa mengulang akad tujuh kali sebelum sah bergelar suami isteri.
"Pernah semasa di klinik gigi dahulu, semasa pendaftaran doktor memarahi jururawat kerana tidak mengisi nama penuh.
"Sekali lagi semasa akad nikah, suami lafaz tujuh kali sebelum sah bergelar suami isteri," jelasnya.
Ibu kepada tiga anak itu juga memilih untuk memberikan nama yang ringkas kepada anak-anaknya iaitu Yani (10 tahun), Dani (4 tahun) dan Wani (1 tahun).
Sementara itu, Rusli berkata, nama S diberikan kerana nama bapanya, Ahmad Abdul Karim yang terlalu panjang.
"S itu bermakna senang kalau hendak dihuraikan. InsyaAllah, senang sampai bila-bila. Kehidupan S pun Alhamdulillah senang," ujarnya.
Pada Rusli, apa pun nama yang diberikan,sudah cukup jika ia memudahkan orang lain untuk menyebut dan mengingatinya.
Astro Awani
Thu Dec 20 2018

S: Nama menjadi bualan bukan sahaja ketika zaman belajar malah sehingga melangkah ke alam pekerjaan. - Gambar Astro AWANI

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Peniaga warga Indonesia didenda RM6,000 miliki kad pengenalan mengandungi maklumat palsu
Seorang warga Indonesia didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki kad pengenalan mengandungi maklumat palsu.

Mayat reput ditemukan di Jalan Rawang Bypass disahkan lelaki tempatan
Mayat tersebut dijumpai dalam keadaan terbaring, lengkap berpakaian serta memakai topi keledar.

Banjir: JPN buka kaunter, bas bergerak ganti dokumen hilang secara percuma
Penggantian dokumen secara percuma itu termasuk bagi sijil lahir dan kad pengenalan yang hilang.

Tentera upahan: PDRM masih tunggu maklum balas Kedutaan Rusia - KPN
PDRM masih menunggu maklum balas daripada pihak Kedutaan Rusia berhubung dakwaan tersebut.

Polis siasat kesahihan kad pengenalan, lesen memandu ditemukan di Ukraine - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat kesahihan maklumat berhubung dakwaan penemuan kad pengenalan dan lesen memandu Malaysia dipercayai milik rakyat negara ini di Ukraine.

Tujuh tahun ulang-alik JPN, wanita lega anak angkat dapat dokumen pengenalan diri
Selepas tujuh tahun berusaha mendapatkan dokumen pengenalan diri untuk anak angkat perempuannya, seorang wanita menarik nafas lega apabila berjaya memperoleh kad pengenalan hari ini.

Gani Pelangi akhirnya miliki sijil kelahiran pada usia 44 tahun
Penantian masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Keniam, Ulu Tembeling di sini untuk memiliki sijil kelahiran akhirnya tercapai.

Turkiye rancang ambil cap jari individu yang memasuki negara - Laporan
Turkiye merancang untuk melaksanakan projek yang mewajibkan pengambilan cap jari semua individu yang memasuki negara itu.

PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi diingatkan bawa kad pengenalan esok
Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), diingatkan untuk membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian, bagi memudahkan semakan nama serta memba

Suspek kes tembak di KLIA miliki empat kad pengenalan individu lain
Suspek yang melepaskan tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dikatakan mempunyai empat kad pengenalan milik individu lain bersamanya.