Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penggantian dokumen itu termasuk bagi sijil lahir dan kad pengenalan yang hilang.
"Sementara agensi-agensi KDN turun membantu mangsa banjir, JPN juga akan tawarkan penggantian dokumen seperti sijil lahir dan kad pengenalan secara percuma kepada mereka yang kehilangan dokumen tersebut.
"Selesai musim banjir ini, Pegawai JPN akan membuka kaunter dan menggerakkan bas bergerak ke kawasan terjejas banjir untuk memastikan urusan dapat dilakukan dengan segera.
"Saya berharap usaha kami akan sedikit sebanyak membantu mangsa-mangsa yang terkesan bagi memudahkan urusan mereka pasca banjir nanti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.