KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya mengarahkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi supaya bekerjasama dengan Kementerian Kewangan (MOF), Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, 63, berkata Najib, yang memegang pelbagai jawatan termasuk Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi lembaga penasihat 1MDB pada masa itu, sepatutnya boleh mengarahkan Shahrol dari segi menyediakan dokumen berhubung permohonan jaminan kerajaan (GG) kepada pegawai MOF.
Mohd Irwan berulang kali berkata pengurusan 1MDB tidak bekerjasama dalam menyediakan dokumen kepada kementerian dan beliau ada menyebut kepada bekas perdana menteri itu bahawa Shahrol Azral sombong dan sentiasa memberi alasan tetapi Najib tidak berkata apa-apa mengenainya.
Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed pada perbicaraan bekas Ahli Parlimen Pekan itu membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB.
Wan Aizuddin: Apa yang kamu harap PM lakukan? Apakah arahan yang sepatutnya dikeluarkan (kepada Shahrol)? Telefon dan suruh Shahrol untuk beri kerjasama?
Mohd Irwan: Ya. Begitu juga beliau (Shahrol) perlu menyediakan segala dokumen yang diminta oleh MOF.
Terdahulu, Mohd Irwan memberi contoh pertemuannya dengan pengurusan 1MDB apabila dana pengurusan kekayaan negara itu mengemukakan surat saranan (LOC) kepada MOF, yang kelihatan seperti GG.
"Mereka mengemukakan LOC yang bersamaan dengan GG. Apabila saya dan pegawai undang-undang saya menelitinya, kami mendapati ia seperti GG, yang perlu dibentangkan kepada Kabinet. Kami memerlukan cadangan terperinci, yang tidak disediakan oleh 1MDB.
"Kami (MOF) memberitahu mereka bahawa kami memerlukan cadangan terperinci tetapi mereka tidak mengendahkan permintaan kami. Mereka berkata mereka sudah memberi taklimat kepada PM ketika itu," kata Mohd Irwan.
Wan Aizuddin kemudian mencadangkan bahawa Najib tidak boleh dipersalahkan atas sikap Shahrol dan pengurusan 1MDB, yang Mohd Irwan menjawab: "Saya tidak pasti betapa berkuasanya CEO 1MDB itu".
Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 5 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 24 2022
![Najib sepatutnya arah CEO 1MDB bekerjasama dengan MOF - Irwan Serigar Najib sepatutnya arah CEO 1MDB bekerjasama dengan MOF - Irwan Serigar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/81540380317_IRWANSERIGAR.jpg)
Irwan (kanan) berkata, Najib sepatutnya boleh mengarahkan Shahrol dari segi menyediakan dokumen berhubung permohonan jaminan kerajaan (GG) kepada pegawai MOF. - Gambar fail
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Najib sepatutnya arah CEO 1MDB bekerjasama dengan MOF - Irwan Serigar Najib sepatutnya arah CEO 1MDB bekerjasama dengan MOF - Irwan Serigar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/81540380317_IRWANSERIGAR.jpg)
Najib sepatutnya arah CEO 1MDB bekerjasama dengan MOF - Irwan Serigar
Irwan berkata, Najib sepatutnya boleh mengarahkan Shahrol dari segi menyediakan dokumen berhubung permohonan jaminan kerajaan (GG) kepada pegawai MOF.