Kekurangan RM18 bilion dalam bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak dilakukan dalam masa satu bulan, tetapi ia tidak dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun lalu sejak 1 April, 2015, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Lim berkata Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 10 Mei, 2018, manakala beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Kewangan pada 21 Mei, 2018.
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan bagaimana Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri membelanjakan RM18 bilion dalam masa tiga minggu atau beliau selaku Menteri Kewangan menghabiskan wang itu dalam masa 10 hari seperti didakwa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Bolehkah Najib membuktikan dakwaannya bahawa kerajaan baharu Pakatan Harapan telah membelanjakan RM18 bilion dalam masa tiga minggu sahaja apabila Najib gagal memulangkan bayaran balik GST dalam masa tiga tahun?
"Apa undang-undang yang diperlukan untuk membuat bayaran balik dalam masa dua minggu?," katanya dalam kenyataan hari ini.
Lim turut mempersoalkan sama ada Najib, yang juga bekas Menteri Kewangan, telah memberikan kuasa penuh kepada Tan Sri Mohd Irwan Siregar Abdullah, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, untuk tidak memasukkan RM18 bilion ke dalam Akaun Amanah Bayaran Balik GST.
"Jika Irwan menafikan bahawa wang bayaran balik GST itu hilang, mengapa pembayar cukai masih lagi tidak menerima bayaran balik dan antaranya sudah menunggu sehingga tiga tahun?" katanya.
Pada Jumaat, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk Seri Subromaniam Tholasy mengeluarkan kenyataan bahawa beliau telah memohon RM82.9 bilion untuk dimasukkan ke dalam Tabung Amanah GST pada mesyuarat bulanan jawatankuasa Tabung Amanah yang dipengerusikan oleh Irwan sejak 2015.
"Ini tidak dilaksanakan oleh Irwan walaupun JKDM telah menuntut pada mesyuarat bulanan yang dipengerusikan oleh Irwan.
"Subromaniam mengesahkan RM19.4 bilion masih lagi belum dipindahkan sehingga 31 Mei, 2018," kata Lim.
Beliau berkata laporan penuh siasatan dalaman yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang baharu, Datuk Seri Ismail Bakar akan disiapkan secepat mungkin, diikuti dengan cadangan kepada Perdana Menteri dan Kabinet untuk melaksanakan siasatan terbuka yang diketuai oleh ahli profesional.
Lim berkata Kementerian Kewangan akan turut bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menyiasat isu itu.
Menurut laporan berita, Najib menafikan pentadbirannya telah menyalahgunakan kredit cukai input RM18 bilion di bawah GST dan mendakwa PH mungkin telah membelanjakan wang itu daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk menampung perbelanjaan bulanan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 11 2018
![Najib perlu buktikan dakwaan PH belanja RM18 bilion dalam masa tiga minggu - Guan Eng Najib perlu buktikan dakwaan PH belanja RM18 bilion dalam masa tiga minggu - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/81533723011_TBLIMGUANENG.jpg)
Kekurangan RM18 bilion dalam bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak dilakukan dalam masa satu bulan, kata Lim - Gambar fail
![Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM
Ia membantu mengelak kejutan terhadap perniagaan terutama yang mungkin tiada fleksibiliti kewangan untuk menyerap kenaikan kos buruh.
![Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723119891_AhmadMaslan.jpg)
Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang
Kerajaan memperuntukkan RM7.45 juta bagi kerja pembaikan cerun di Gua Musang yang bakal memberi manfaat kepada hampir 5,000 penduduk.
![JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719746052_TBVapingjpg.jpg)
JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini
JKNT keluarkan 5,431 notis bernilai RM1.3 juta berkaitan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas 15,356 premis melalui 831 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri Terengganu.
![Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723719935_tbPekSumberKebajik.jpg)
Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan
DVS bangunkan pek sumber kebajikan haiwan sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran di semua prasekolah di bawah KPM seluruh negara.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
![Kastam Perlis sita empat kenderaan termasuk kereta mewah lebih RM1.6 juta Kastam Perlis sita empat kenderaan termasuk kereta mewah lebih RM1.6 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722605931_kastamperlis.jpg)
Kastam Perlis sita empat kenderaan termasuk kereta mewah lebih RM1.6 juta
Kenderaan yang disita dalam rampasan secara berasingan antara Jun dan Julai lepas di Kangar dan Kuala Perlis itu membabitkan cukai sebanyak RM2,239,475.
![Rayuan Najib tangguh prosiding kebankrapan ditolak Rayuan Najib tangguh prosiding kebankrapan ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716969412_Najib.jpg)
Rayuan Najib tangguh prosiding kebankrapan ditolak
Mahkamah Tinggi KL menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin untuk menangguh prosiding kebankrapan tunggakan cukai lebih RM1.7 bilion dan RM37.6 juta kepada LHDN.
![G20 bersetuju pastikan golongan kaya-raya dikenakan cukai dengan berkesan G20 bersetuju pastikan golongan kaya-raya dikenakan cukai dengan berkesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722070700_Tax.jpg)
G20 bersetuju pastikan golongan kaya-raya dikenakan cukai dengan berkesan
Penting bagi semua pembayar cukai, termasuk individu dengan pendapatan bersih yang tinggi untuk menyumbang bahagian cukai mereka secara adil.
![Pemulangan cukai: Pulau Pinang akan hantar permohonan rasmi kepada Anwar Pemulangan cukai: Pulau Pinang akan hantar permohonan rasmi kepada Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718018430_ChowKonYeowKetua.jpg)
Pemulangan cukai: Pulau Pinang akan hantar permohonan rasmi kepada Anwar
Pulau Pinang akan menghantar surat permohonan rasmi kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai cadangan mengembalikan 20 peratus hasil kutipan cukai kepada negeri.
![Kerajaan tidak perkenal cukai baharu, sasar subsidi lebih adil - PM Kerajaan tidak perkenal cukai baharu, sasar subsidi lebih adil - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716636092_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan tidak perkenal cukai baharu, sasar subsidi lebih adil - PM
Penyasaran subsidi diesel mengecualikan golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, pekebun kecil dan pemandu teksi daripada cukai itu.
![Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61711949236_LHDNburuwargaasi.jpg)
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
![Penerbitan ilmiah mampu tinggikan martabat bahasa Melayu - Pakar Penerbitan ilmiah mampu tinggikan martabat bahasa Melayu - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713413263_Forum.jpg)
Penerbitan ilmiah mampu tinggikan martabat bahasa Melayu - Pakar
Faktor seperti kemajuan sains dan teknologi, kesungguhan pemimpin dan budaya, antara cabaran utama dalam usaha mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu.
![Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam keputusan berkaitan pembaharuan percukaian negara - Amir Hamzah Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam keputusan berkaitan pembaharuan percukaian negara - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711578816_AmirHamzahAzizan.jpg)
Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam keputusan berkaitan pembaharuan percukaian negara - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk mengimbangi kesan pelaksanaan dengan menyediakan jaringan sosial untuk rakyat.
![Isu cukai, TVET, masalah bekalan air antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Isu cukai, TVET, masalah bekalan air antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61709167362_TBDEWANRAKYAT.jpg)
Isu cukai, TVET, masalah bekalan air antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu cukai, TVET, masalah bekalan air dan elektrik di Labuan antara yang jadi tumpuan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
![LHDN kutip cukai RM183.3 bilion pada 2023, tertinggi dalam sejarah LHDN kutip cukai RM183.3 bilion pada 2023, tertinggi dalam sejarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707985816_TBLHDN.jpg)
LHDN kutip cukai RM183.3 bilion pada 2023, tertinggi dalam sejarah
Beliau merakamkan penghargaan kepada semua pembayar cukai yang menyumbang kepada pendapatan negara.