KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan pada perbicaraan kes Tan Sri Shahrir Ab Samad yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta diterima daripada bekas perdana menteri itu pada 22 Dis ini.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Azmi memberitahu mahkamah bahawa Najib yang kini dibicarakan bagi kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hanya berkelapangan pada tarikh berkenaan.
"Pihak pendakwaan boleh memanggil saksi seterusnya iaitu pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan esok, manakala Datuk Seri Najib memberi keterangan pada 22 Dis. Pihak pendakwaan boleh memanggil semula pegawai penyiasat itu selepas Datuk Seri Najib selesai beri keterangan," kata hakim.
Beliau berkata demikian pada perbicaraan kes bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Najib melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 Nov 2013 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Terdahulu, Rasyidah Murni berkata pihaknya memohon perbicaraan bersambung esok dan 15 Dis ini dilapangkan dan disambung pada 22 Dis untuk Najib memberi keterangan.
"Keterangan Datuk Seri Najib perlu didengar dahulu sebelum pegawai penyiasat SPRM dipanggil memberi keterangan," katanya.
Bagaimanapun, peguam Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros, mewakili Shahrir, membantah permohonan pendakwaan untuk melapangkan tarikh tersebut kerana perbicaraan kes itu akan berpanjangan dan membuang masa mahkamah
"Semakin lama kes ini berlarutan, semakin lama anak guam saya terpaksa hadir ke mahkamah walaupun ada isu peribadi termasuk anak sakit di hospital.
"Kalau boleh pengawai penyiasat SPRM dipanggil dahulu esok dan Khamis (15 Dis) untuk tidak membuang masa mahkamah dan kami cadangkan saksi itu (pegawai penyiasat) dipanggil semula selepas Datuk Seri Najib memberi keterangan," kata peguam itu.
Pada prosiding hari ini, saksi pendakwaan ke-21 iaitu Timbalan Ketua Unit Audit Meja Selebriti, Penghibur Awam dan Pelbagai, Bahagian Penaksiran LHDN, Tuan Zulkfli Tuan Lah menyambung keterangannya.
Shahrir, 72, didakwamembabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Bekas Pengerusi Felda itu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini, pada 25 April 2014 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
Akta tersebut memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 13 2022
![Najib beri keterangan dalam kes Shahrir pada 22 Dis Najib beri keterangan dalam kes Shahrir pada 22 Dis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670922741_TanSriShahrir.jpg)
Shahrir, 72, didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.- Foto BERNAMA
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
![Polis Singapura siasat 528 individu disyaki terbabit penipuan Polis Singapura siasat 528 individu disyaki terbabit penipuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718614275_scam.jpg)
Polis Singapura siasat 528 individu disyaki terbabit penipuan
Seramai 425 orang disiasat atas kesalahan penipuan dan pengubahan wang haram.
![KPDN Kulim sita 222 kg minyak masak peket KPDN Kulim sita 222 kg minyak masak peket](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720432985_MinyakMasakPaket.jpg)
KPDN Kulim sita 222 kg minyak masak peket
KPDN Kulim menyita 222 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi yang dipercayai 'disorokkan' di sebuah premis di Taman Makmur dekat Kulim, semalam.
![Kerugian akibat scam berjumlah RM203.33 juta setakat Mei 2024 - PM Anwar Kerugian akibat scam berjumlah RM203.33 juta setakat Mei 2024 - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707299365_scam.jpg)
Kerugian akibat scam berjumlah RM203.33 juta setakat Mei 2024 - PM Anwar
Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) telah menerima sebanyak 37,002 panggilan mangsa scam (penipuan) dengan jumlah kerugian yang dilaporkan sebanyak RM203.33 juta setakat Mei 2024.
![Singapura rampas S$6 bilion hasil kegiatan jenayah, pengubahan wang haram sejak 2019 Singapura rampas S$6 bilion hasil kegiatan jenayah, pengubahan wang haram sejak 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711614697_tbSingapore.jpg)
Singapura rampas S$6 bilion hasil kegiatan jenayah, pengubahan wang haram sejak 2019
Singapura merampas S$6 bilion yang dikaitkan dengan aktiviti jenayah dan pengubahan wang haram antara Januari 2019 dan Jun 2024.
![Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Wan Saiful ditangguh ke 24 Jun Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Wan Saiful ditangguh ke 24 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718773678_WanSaifulWanJan.jpg)
Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Wan Saiful ditangguh ke 24 Jun
Perbicaraan kes pengubahan wang haram dan rasuah dihadapi Wan Saiful Wan Jan berhubung projek Jana Wibawa ditangguhkan ke 24 Jun.
!['Datuk' dilepas tanpa bebas 12 pertuduhan lupus, pindah wang lebih RM4 juta 'Datuk' dilepas tanpa bebas 12 pertuduhan lupus, pindah wang lebih RM4 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718272198_Datukrasuah.jpg)
'Datuk' dilepas tanpa bebas 12 pertuduhan lupus, pindah wang lebih RM4 juta
Mahkamah melepas tanpa membebaskan seorang lelaki bergelar 'Datuk' daripada 12 pertuduhan melupus dan memindahkan wang hasil aktiviti haram berjumlah lebih RM4 juta.
![Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan ditangguh lagi ke 9 Julai Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan ditangguh lagi ke 9 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711536682_AdamRadlan.jpg)
Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan ditangguh lagi ke 9 Julai
Selain 9 Julai, mahkamah turut mengekalkan tarikh perbicaraan pada 10 dan 11 Julai, 22 hingga 24 Julai dan 5 hingga 7 Ogos 2024.
![Op Transit: 7 individu termasuk pengarah syarikat, penguat kuasa ditahan reman Op Transit: 7 individu termasuk pengarah syarikat, penguat kuasa ditahan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717750240_SPRM.jpg)
Op Transit: 7 individu termasuk pengarah syarikat, penguat kuasa ditahan reman
Tujuh individu termasuk pengarah syarikat dan tiga penguat kuasa ditahan reman tiga hari sehingga Ahad ini kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket penyeludupan barangan import di Pelabuhan Klang.
![Suami Bunga Citra Lestari didakwa gelapkan RM1.7 juta Suami Bunga Citra Lestari didakwa gelapkan RM1.7 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717491253_TikodanBungaCInta.jpg)
Suami Bunga Citra Lestari didakwa gelapkan RM1.7 juta
Tiko Aryawardhana, suami Bunga Citra Lestari, telah didakwa menggelapkan sejumlah wang bernilai RM1.7 juta milik AAS