SINGAPURA: Singapura merampas S$6 bilion (S$1=RM3.47) yang dikaitkan dengan aktiviti jenayah dan pengubahan wang haram antara Januari 2019 dan Jun 2024.
Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Kementerian Kewangan (MOF) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) berkata daripada jumlah itu, S$416 juta telah dikembalikan kepada mangsa dan S$1 bilion telah dilucuthakkan kepada negara.
"Sebahagian besar bakinya dikaitkan dengan siasatan atau prosiding mahkamah yang sedang berjalan," menurut mereka dalam kenyataan bersama pada Rabu.
Singapura pada Rabu menerbitkan Strategi Pemulihan Aset Kebangsaan pertamanya, yang menggariskan pendekatan menyeluruh republik itu terhadap pemulihan dana dan aset haram daripada penjenayah serta pelucuthakan aset itu atau pemulangannya kepada mangsa.
Strategi itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan Singapura untuk meningkatkan rejim Antipengubahan Wang Haram dan Membanteras Pembiayaan Keganasan (AML/CFT).
Strategi itu menumpukan kepada empat teras iaitu mengesan aktiviti mencurigakan dan jenayah dengan menjejaki dana haram, menghalang penjenayah daripada hasil haram mereka melalui rampasan dan penyitaan segera, memastikan pemulihan maksimum aset untuk pelucuthakan dan pemulangan kepada mangsa dan menghalang penjenayah daripada menggunakan Singapura untuk menyembunyikan, mengalihkan atau menikmati aset haram mereka.
Singapura melaksanakan empat teras itu melalui usaha pencegahan kerugian di peringkat awal, pendekatan seluruh masyarakat serta mengukuhkan kerjasama dengan rakan sejawat antarabangsa, pihak berkepentingan masyarakat dan sektor swasta dalam usaha pemulihan aset dan pencegahan kerugian.
"Sebagai contoh, Komando Antipenipuan Pasukan Polis Singapura dan bank-bank tempatan menghantar lebih 16,700 makluman SMS dari Mac hingga April 2024 untuk memberi amaran kepada lebih 12,500 pelanggan bank, yang dikesan pihak berkuasa sedang dalam proses ditipu," menurut kenyataan itu.
Ini telah berjaya menggagalkan lebih 3,000 penipuan dan mengelakkan kerugian lebih S$100 juta.
Di Singapura, sebahagian besar kes pengubahan wang haram bersifat transnasional, melibatkan kesalahan predikat asing dan sindiket jenayah asing yang menggunakan kaedah yang canggih dan kompleks, termasuk taktik berlapis dan teknologi digital, untuk menyembunyikan pergerakan rentas sempadan dana haram mereka.
Sementara itu, Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong pada pembukaan Mesyuarat Plenari Pasukan Petugas Tindakan Kewangan pada pagi Rabu berkata Singapura menjadikan pemulihan aset sebagai keutamaan dalam rejim antipengubahan wang kebangsaannya.
"Singapura mengambil pendekatan tegas terhadap jenayah kewangan. Tetapi toleransi sifar tidak bermakna kejadian sifar.
"Jadi kami mengamalkan pendekatan berdasarkan risiko. Kami memberi tumpuan kepada memahami trend dan perkembangan terkini dalam dunia kewangan yang boleh dieksploitasi oleh penjenayah dan kami membangunkan alat dan rangka kerja undang-undang yang membolehkan kami mengesan individu dan aktiviti mencurigakan lebih awal," katanya.
Wong berkata pada Ogos tahun lepas, agensi penguatkuasaan undang-undang negara itu menjalankan satu daripada operasi antipengubahan wang terbesar di dunia dan merampas lebih S$3 bilion aset daripada 27 suspek.
Sepuluh suspek telah disabitkan kesalahan dalam tempoh setahun selepas penahanan mereka dan kira-kira S$940 juta aset mereka telah dilucuthakkan kepada negara, yang merupakan lebih 90 peratus daripada apa yang dirampas daripada mereka.
"Siasatan masih dijalankan terhadap 17 suspek lain yang kini berada di luar negara," katanya.
Wong berkata pengalaman dan pengajaran yang diperoleh daripada operasi itu akan digunakan untuk mengukuhkan peraturan dan penguatkuasaan di Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 26 2024
Singapura pada Rabu menerbitkan Strategi Pemulihan Aset Kebangsaan pertamanya. - Foto Unsplash
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
Singapura sedia iktiraf negara Palestin pada masa sesuai - Menteri Luar
Singapura bersedia secara prinsip untuk mengiktiraf negara Palestin pada masa yang sesuai, kata Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan.
Pengiriman wang kekal berisiko tinggi untuk aktiviti pembiayaan keganasan di Singapura
Pengiriman wang kekal sebagai sektor berisiko tertinggi dieksploitasi untuk Pembiayaan Keganasan (TF) di Singapura, menurut laporan yang diterbitkan pada Isnin.
Singapura ketatkan had pelepasan asap kenderaan diesel asing mulai April 2026
Had 50 HSU adalah selaras dengan piawaian pelepasan di bawah Perjanjian Rangka Kerja ASEAN mengenai Kemudahan Barangan dalam Transit.
Pasar Singapura promosi gaya hidup sihat, kelestarian dan keterangkuman
Pasar Central Singapura yang dianjurkan oleh CDC bertujuan memenuhi slogan 'A Market with a Difference'.
Apple Vision Pro dijual di beberapa negara bermula 12 Julai
Apple Vision Pro kini tersedia di beberapa negara selain Amerika Syarikat termasuk China, Hong Kong, Jepun dan Singapura.
Seabad Tambak Johor: Peranannya menghubungkan budaya dan sejarah
Adam berkata, pada 1970-an dia sering ke Johor Bahru melalui Tambak Johor untuk menonton wayang, rawatan perubatan dan melawat datuk di Pontian.
PM Singapura mahu hubungan lebih erat dengan Malaysia sempena 100 tahun Tambak Johor
Wong berkata Tambak Johor yang dibuka secara rasmi pada 28 Jun 1924, telah menjadi penghubung antara rakyat dari kedua-dua negara selama 100 tahun.
Singapura rampas S$6 bilion hasil kegiatan jenayah, pengubahan wang haram sejak 2019
Singapura merampas S$6 bilion yang dikaitkan dengan aktiviti jenayah dan pengubahan wang haram antara Januari 2019 dan Jun 2024.
Ikhlas Capital milik Nazir Razak melabur sehingga RM188.5 juta dalam Food Empire Singapura
Menurut theedgesingapore.com, pelaburan itu dibuat melalui syarikat tujuan khas di bawah firma pelaburan Ikhlas Capital Singapura.
Tumpahan minyak: Pihak berkuasa Singapura hubungi Malaysia
Pihak berkuasa Singapura sedang berhubung dengan rakan sejawat mereka dari Malaysia untuk bekerjasama dalam usaha menangani sebarang kesan lanjut daripada tumpahan minyak.