ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kulim menyita 222 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi yang dipercayai 'disorokkan' di sebuah premis di Taman Makmur dekat Kulim, semalam.
Pengarah KPDN Kedah Muhammad Nizam Jamaludin berkata sepasukan anggota KPDN Kulim melakukan tindakan penguatkuasaan kira-kira 12 tengah hari terhadap premis yang didapati enggan menjual barang kawalan itu.
Beliau berkata tindakan awal dilakukan dengan membuat uji beli melalui Op Samar dan mendapati tiada minyak masak peket satu kg dipamerkan di rak jualan.
"Setelah bertanya kepada seorang pekerja lelaki tempatan, anggota dimaklumkkan minyak masak peket satu kg di kedai runcit itu kehabisan stok. Pasukan kemudian menjalankan pemeriksaan lanjut dan menemukan sejumlah minyak masak peket disimpan di dalam stor.
"Anggota kemudian menyita minyak masak bersubsidi yang dianggarkan bernilai RM555 itu untuk tindakan lanjut," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 16A (1) (a) Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] di sini hari ini.
Muhammad Nizam berkata sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Bagi syarikat denda tidak melebihi RM2 juta, manakala kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta dan kes juga boleh disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) [Akta 613].
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 08 2024

Muhammad Nizam berkata sepasukan anggota KPDN Kulim melakukan tindakan penguatkuasaan kira-kira 12 tengah hari terhadap premis yang didapati enggan menjual barang kawalan itu. - Gambar FB KPDN Kedah

Tema raya ‘Meriah lain macam’, Astro bakal himpun 160 rancangan
Bertemakan Meriah lain macam pada raya tahun ini, Astro bakal menghimpunkan lebih daripada 160 kandungan raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga.

ICJ adakan pendengaran awam berkaitan kewajipan Israel di Wilayah Palestin yang diduduki
Mahkamah akan mengadakan pendengaran awam yang dijadualkan bermula Isnin, 28 April 2025, di Peace Palace, The Hague, ibu pejabat ICJ.

LPP sasar lahirkan 5,000 usahawan tahun ini
Lembaga Pertubuhan Peladang menyasarkan untuk melahirkan 5,000 usahawan dalam kalangan peladang dan anak peladang yang berpendapatan bersih tidak kurang RM5,000 tahun ini.

Utusan Khas Trump akan ke Moscow bincang gencatan senjata - White House
Utusan khas Presiden Trump bagi Timur Tengah dijadual berkunjung ke Moscow hujung minggu ini untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai Rusia.

Muat naik kandungan palsu sentuh sensitiviti agama, lelaki disiasat MCMC
Kandungan tersebut dipercayai dimuat naik pada 9 Mac, yang mendakwa laungan azan melalui pembesar suara di Masjid Ayer Kuning tidak lagi dibenarkan.

Harimau Malaya lawan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim - FAM
Keputusan untuk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim selepas mendapat perkenan daripada Pemangku Sultan Johor sebagai tanda permulaan revolusi Harimau Malaya.

Baca al-Quran empat jam sehari rutin harian Neelofa sepanjang Ramadan
Neelofa memulakan harinya seawal jam 4.30 pagi dengan mengerjakan solat sunat sebelum bersahur dengan suami.
AWANI Pagi: Panduan Mahu Kaya, Jadi Bangsa Enam Angka
8:30 pagi Khamis bersama pempengaruh kewangan dan penulis buku kewangan, Azraei Muhamad berkongsi buku tulisannya yang menawarkan panduan untuk menjadi kaya dan mengumpul kejayaan sehingga muncul sebagai bangsa enam angka dalam masa ditetapkan.
Pembiayaan lebih 1 bilion kepada Sapura, apa nasib vendor?
Presiden MOGSC, Ts. Syed Saggaf Syed Ahmad, membincangkan kesan pembiayaan lebih RM1 bilion kepada Sapura serta implikasinya terhadap vendor industri minyak dan gas. Adakah langkah ini memberi kelegaan atau menambah ketidaktentuan?

Suntikan RM1.1 bilion bukan dana hangus, dilaksanakan dalam bentuk pinjaman - PM Anwar
Keputusan itu dibuat selepas melalui proses ketat termasuk pelaksanaan audit forensik oleh firma perakaunan Ernst & Young, tegas Anwar.

Lebih 3,000 pemeriksaan menerusi Ops Pantau di seluruh negara - Fuziah
Lokasi tumpuan termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya dan kedai runcit.

KPDN laksana Ops Pantau sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri
Operasi itu dilaksana di seluruh negara dengan tumpuan di bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya dan kedai runcit.

Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan
Sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta manakala untuk individu pula, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.

Krismas: 14 barangan di bawah Skim Harga Maksimum
Armizan berkata, penguatkuasaan itu akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Disember ini.

KPDN teliti mekanisme kesan ketirisan rantaian minyak masak
KPDN melihat mekanisme seperti batch number atau nombor siri sebagai kaedah pengesanan bagi menyekat aktiviti penyeludupan minyak masak bersubsidi.

KPDN perkenal dua strategi interim lindungi hak pengguna sebelum Lemon Law dimuktamad
Armizan berkata ketika ini melalui perundangan sedia ada, platform untuk pengguna menuntut hak mereka ialah Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM).

KPDN pastikan Orang Asli tidak terputus barangan keperluan asas
Antara langkah dilaksanakan termasuk Jualan Rahmah di perkampungan masyarakat itu yang menawarkan pelbagai barangan pada harga rendah.

Pengusaha stesen minyak di Kedah dilarang jual diesel, petrol berulang
Arahan itu telah diserahkan kepada semua pengusaha stesen minyak di negeri ini dalam satu pertemuan pagi tadi.

KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan
Sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenarkan menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan.

Muat turun aplikasi 'Price Catcher' untuk bantu KPDN atasi kenaikan harga mendadak - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa Komuniti MADANI untuk memuat turun aplikasi "Price Catcher" bagi membantu menangani masalah kenaikan harga barang yang mendadak.