SHAH ALAM: Kerajaan akan menetapkan lokasi bekalan minyak masak paket bersubsidi kepada premis peruncitan, bagi memastikan ketirisan barang kawalan itu tidak lagi berlaku.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenarkan menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan.
"Jadi selepas ini, bukan lagi (syarikat pembungkusan) menentukannya tapi KPDN tentukan senarai bekalan. Kita (KPDN) akan serahkan (senarai) kepada syarikat pembungkusan melihat kepada keperluan di suatu daerah itu," katanya kepada pemberita selepas program Sesi Dailog Rakyat di sini hari ini.
Armizan berkata langkah itu diambil KPDN selepas pihaknya melakukan audit audit dalaman bagi mengenal pasti aktiviti dan punca penyelewengan barangan kawalan itu.
Beliau berkata sesi libat urus berhubung langkah itu, kini dijalankan di semua negeri dan ketua-ketua cawangan KPDN di peringkat daerah sedang menentukan premis peruncitan yang memerlukan bekalan tersebut.
ARMIZAN-MINYAK MASAK 2 (AKHIR) SHAH ALAM
Armizan berkata menerusi langkah itu, KPDN akan memantau syarikat pembungkusan menerusi sistem eCOSS, sama ada mereka menghantar bekalan mengikut senarai yang ditetapkan atau sebaliknya.
Sementara itu Armizan berkata KPDN telah membuat keputusan untuk mewajibkan syarikat pembungkusan minyak, menghantar bekalan minyak masak paket bersubsidi ke penganjuran Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara.
Beliau berkata perkara itu bagi memastikan bekalan minyak masak paket bersubsidi, sampai kepada golongan sasar yang memerlukan.
Sementara itu, Armizan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengarahkan satu kempen besar-besaran peringkat nasional diketuai Kementerian Kesihatan (KKM), bagi mengurangkan penggunaan gula dalam kalangan rakyat.
"Pihak-pihak terlibat akan membincangkan langkah yang akan dilaksanakan berhubung kempen mengurangkan penggunaan gula sebagaimana diarahkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2024

Sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenar menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan. - Gambar fail

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan
Sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenarkan menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan.