KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas tanpa membebaskan seorang lelaki bergelar 'Datuk' daripada 12 pertuduhan melupus dan memindahkan wang hasil aktiviti haram berjumlah lebih RM4 juta, lapan tahun lepas.
Hakim Suzana Hussin membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Rozaliana Zakaria memaklumkan pihaknya menarik balik semua pertuduhan terhadap Datuk Ahmad Azwan Aboo Mansoor, 54.
"Sebelum ini, tertuduh menghadapi 16 pertuduhan dan mohon mahkamah melepas tanpa membebaskan tertuduh daripada 12 pertuduhan yang ditarik balik manakala baki empat lagi pertuduhan akan diteruskan oleh pihak pendakwaan," kata Rozaliana.
Peguam Harjinder Singh Sandhu, yang mewakili tertuduh, tidak mengemukakan sebarang bantahan.
Mengikut pertuduhan pertama hingga ketujuh, Ahmad Azwan didakwa melupuskan wang berjumlah RM815,863.06 yang merupakan hasil aktiviti haram daripada akaun simpanan miliknya di Bank Islam Malaysia Berhad, Cawangan Taman Melawati di sini antara April 2016 hingga April 2018.
Ahmad Azwan turut berdepan lima pertuduhan memindahkan wang berjumlah RM3,020,299.98 iaitu hasil aktiviti haram daripada akaun simpanan miliknya ke satu lagi akaun bank beliau dan dua akaun bank masing-masing milik seorang lelaki serta sebuah syarikat di tempat sama antara 11 Jun 2016 hingga 20 Dis 2017.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali nilai hasil aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa ia dilakukan atau RM5 juta mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Rozaliana memaklumkan mahkamah terdapat pindaan membabitkan empat lagi pertuduhan terhadap Ahmad Azwan dan memohon kesemuanya dibacakan kepada tertuduh yang mengaku tidak bersalah.
Beliau didakwa menerima wang berjumlah RM3,961,003.03 iaitu hasil aktiviti haram yang didepositkan ke dalam akaun miliknya di Bank Islam cawangan Taman Melawati antara 11 Jan 2016 dan 9 Mac 2018.
Pada prosiding hari ini, Rozaliana dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd 'Afif Ali dan Haresh Prakash Somiah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 13 2024

Timbalan Pendakwa Raya Rozaliana Zakaria memaklumkan pihaknya menarik balik semua pertuduhan terhadap Datuk Ahmad Azwan Aboo Mansoor. - Gambar fail/Bernama
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

'Datuk' dilepas tanpa bebas 12 pertuduhan lupus, pindah wang lebih RM4 juta
Mahkamah melepas tanpa membebaskan seorang lelaki bergelar 'Datuk' daripada 12 pertuduhan melupus dan memindahkan wang hasil aktiviti haram berjumlah lebih RM4 juta.