AHLI perniagaan Tiko Aryawardhana, yang juga suami kepada Bunga Citra Lestari, didakwa menggelapkan sejumlah wang bernilai RM1.7 juta milik syarikatnya PT Arjuna Advaya Sanjaya (AAS).
Memetik laporan Kompas, syarikat perusahaan makanan dan minuman tersebut ditubuhkan bersama bekas isterinya Arina Winarto, dan perbuatan itu didakwa dilakukan antara 2015 hingga 2021.
Peguam Arina, Leo Siregar dalam satu kenyataan media berkata, Tiko bertindak sebagai pengarah urusan, manakala Arina yang mengeluarkan modal pula menjadi pengarah, yang juga pemegang saham majoriti syarikat tersebut.
“Tiko mempunyai kuasa penuh untuk menguruskan kegiatan syarikat, termasuk kewangan, dan Arina lebih pasif dan hanya mahu melihat urusan syarikat berjalan lancar. Bagaimanapun pada 2019, Tiko telah menyatakan hasrat untuk menutup syarikat, atas alasan tidak mampu membayar sewa.
“Memandangkan dokumen keuntungan dan kerugian yang mencurigakan, Arina mula menyiasat dan membuat laporan bahawa dokumen itu telah dimanipulasi. Arina kemudian melakukan siasatan dan audit, sebelum mendapati dana sebanyak RM1.7 juta telah digunakan,” menurut peguam itu lagi.
Leo berkata, Arina kemudian telah membuat laporan polis pada 2022 selepas Tiko gagal menjelaskan mengenai audit syarikat, dan kini sedang dalam tindakan pihak berkuasa.
Untuk rekod, Tiko dan Arina bernikah pada Jun 2014, dan dikurniakan sepasang kembar, sebelum berpisah pada Oktober 2021.
Tiko kemudian melangsungkan perkahwinan dengan Bunga pada Disember tahun lepas.
Astro Awani
Tue Jun 04 2024

Tiko melangsungkan perkahwinan dengan Bunga pada Disember tahun lepas. - Gambar fail/ IG itsmebcl

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Suami Bunga Citra Lestari didakwa gelapkan RM1.7 juta
Tiko Aryawardhana, suami Bunga Citra Lestari, telah didakwa menggelapkan sejumlah wang bernilai RM1.7 juta milik AAS

'Rasa sakit itu akan selamanya ada' - BCL luah isi hati selepas kembali bergelar isteri
Penyanyi lagu Cinta Sejati ini juga memanjatkan rasa syukur kerana akhirnya dia dipertemukan dengan seorang lelaki yang telah berjaya menawan dan mengisi kekosongan hatinya.

Bunga Citra Lestari, Tiko sah bergelar suami isteri
Difahamkan, majlis pernikahan BCL hanya dihadiri 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat terdekat.

Resort mewah di Bali jadi tumpuan pernikahan Bunga Citra Lestari, Tiko
Ketua Polis daerah menyatakan bahawa belum ada sebarang permintaan bantuan keselamatan berhubung majlis perkahwinan BCL dan Tiko.

Bakal kahwini Tiko, Bunga Citra Lestari tukar gelaran IG, tiada lagi nama Sinclair
Bunga atau BCL akan menikah kali kedua dengan kekasihnya, Tiko Aryawardhana, pada 2 Disember 2023 di Bali.