Portal berita TV14 Isnin melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengarahkan peguam beliau supaya menuntut bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik untuk memohon maaf berhubung kenyataannya yang didakwa meminta Najib melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri.
Kenyataan Dr Ling itu didakwa disiarkan dalam sebuah portal berita berbahasa Inggeris tiga hari lepas.
Menurut portal berita TV14, surat berhubung tuntutan itu yang diserahkan terus kepada Dr Ling hari ini, dikeluarkan oleh Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak bagi pihak Najib dalam kapasiti peribadi beliau, dan antara lain menuntut Ling memohon maaf dalam masa tujuh hari selepas menerima surat berkenaan.
Sekiranya gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang bakal diambil terhadap bekas menteri pengangkutan itu, kata portal berita berkenaan.
Menurut TV14, peguam Datuk Hafarizam Harun yang mewakili firma guaman itu, dalam suratnya kepada Ling menyatakan bahawa kenyataan yang didakwa dibuat olehnya adalah satu fitnah, dan merosakkan reputasi perdana menteri selain mempunyai kecenderungan untuk merendahkan Najib dalam pemikiran masyarakat.
Portal itu menyatakan bahawa Hafarizam juga menuntut Ling supaya menarik balik kenyataan yang didakwa itu, membuat permohonan maaf tidak berbelah bahagi serta membayar pampasan yang munasabah ekoran kenyataan fitnah itu.
Bernama
Tue Oct 06 2015

Portal itu menyatakan bahawa Hafarizam juga menuntut Ling supaya menarik balik kenyataan yang didakwa itu, membuat permohonan maaf tidak berbelah bahagi serta membayar pampasan yang munasabah ekoran kenyataan fitnah itu. - Gambar Fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Malaysia Airlines diarah selesaikan masalah susun atur tempat duduk pesawat A350-900
MAB diarahkan untuk menyelesaikan masalah susun atur tempat duduk dan tandas di kelas perniagaan dalam pesawat Airbus A350-900XWB, kata Menteri Pengangkutan.

Kes saman Dr Ling: Permohonan Najib padam afidavit Dr Mahathir didengar 21 Jun
Perdana menteri memfailkan saman terhadap Dr Ling atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya pada 3 Okt tahun lepas.

Najib saman Liong Sik
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memfailkan saman terhadap bekas menteri kabinet Tun Dr Ling Liong Sik kerana didakwa menfitnah beliau.

"Saya tidak akan mohon maaf" - Liong Sik
Bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik tidak akan mohon maaf terhadap Datuk Seri Najib Razak selepas mengeluarkan kenyataan meminta peletakan jawatan beliau.

Najib arah peguam tuntut Ling Liong Sik mohon maaf - Portal Berita
Portal berita TV14 melaporkan Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan peguam beliau supaya menuntut bekas presiden MCA untuk memohon maaf berhubung kenyataannya terhadap Perdana Menteri itu.

Kenyataan Dr Ling terhadap Najib bersifat peribadi - MCA
Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata sebagai negara demokrasi, Dr Ling mempunyai hak untuk menyatakan pandangannya walaupun jelas parti kaum Cina itu menyokong penuh kepimpinan Najib.

Universiti perlu lengkap dengan bandar baharu - Tun Mahathir
Kewujudan universiti di sesuatu kawasan itu perlu dilengkapi dengan sebuah bandar baharu universiti, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Liong Sik sifatkan Karpal sebagai pelajar yang nakal
Ling Liong Sik mengingati Karpal Singh sebagai seorang pelajar nakal yang selalu gagal dalam peperiksaan.

Jabatan Peguam Negara tidak rayu kes Dr Ling Liong Sik
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang mengetuai barisan pendakwaan dalam kes itu mengesahkan perkara itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) Jumaat.

Usah lagi salah tanggap peranan Ling dalam PKFZ - Presiden MCA
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Tun Dr Ling Liong Sik sepatutnya menghapuskan sebarang salah tanggapan tentang peranan beliau dalam projek PKFZ.