BALING: Polis masih menunggu laporan daripada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) berkaitan kereta Proton Persona yang terjunam dalam sungai di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani-Baling, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, kenderaan terbabit telah dihantar ke Puspakom untuk menjalani pemeriksaan mekanikal termasuk berkaitan brek kereta.
Katanya, proses pemeriksaan itu mengambil masa kira-kira seminggu untuk membolehkan punca sebenar diketahui sekiranya terdapat masalah pada kenderaan.
"Kereta itu masuk dalam air ketika kejadian, jadi memang Puspakom perlukan masa untuk periksa satu persatu bahagian dalaman kereta," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Shamsudin berkata, beliau menolak andaian wujudnya unsur jenayah atau mangsa dikejar ketika kejadian.
"Kalau kita lihat kesan di lokasi, ia memang kemalangan biasa dan mangsa terbabas ketika itu.
"Sama ada brek kereta tidak berfungsi atau dia bawa laju dan terlelap, kita tidak pasti yang itu. Apa pun kita tunggu laporan seterusnya dari Puspakom," katanya.
Beliau turut memohon saksi kejadian tampil untuk memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk melancarkan proses siasatan.
Dalam kejadian jam 6.42 petang Sabtu, Masyitoh Ibrahim, 37, bersama dua anaknya, Muhammad Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Muhammad Ziyad Haziq, 5, yang menaiki kereta dipercayai terbabas dan terjunam ke dalam sungai di Jambatan Datuk Syed Omar yang merupakan sempadan daerah Kuala Muda dan Baling.
Kereta mangsa berjaya ditarik naik pada jam 3.30 pagi pada Ahad, bagaimanapun ketiga-tiga mangsa ditemukan lemas dalam keadaan seakan-akan berpelukan di bahagian belakang kereta.
Jenazah tiga beranak itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Masjid Az- Zaitun Kampung Lengkuas di sini pada Ahad. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 28 2022
Kereta Proton Persona milik mangsa berjaya ditarik naik pada jam 3.30 pagi pada Ahad. (Gambar kecil) Shamsudin
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Kerajaan tidak akan sambung konsesi Puspakom yang tamat 31 Ogos ini - Anthony Loke
Puspakom tidak ditutup, masih boleh beroperasi seperti biasa cuma perlu bersaing dengan pemain industri yang lain kerana tiada lagi hak eksklusif untuk mereka.
Peraturan baharu VISP boleh beri manfaat kepada orang ramai, kata pakar
Selain itu, pengguna juga boleh mendapat manfaat daripada masa menunggu yang lebih singkat.
Garis panduan permohonan pemeriksaan berkala kenderaan bermotor boleh diakses mulai 15 April
Garis panduan itu mengandungi antara lain syarat perkhidmatan, prosedur pemeriksaan, peralatan pemeriksaan, dan syarat pengoperasian pusat pemeriksaan.
Pemandu bas, lori perlu lampir slip pemeriksaan brek sebelum mulakan perjalanan - JPJ Perlis
JPJ Perlis melihat kegagalan teknikal yang sering diabaikan oleh pengguna kenderaan berat tidak seharusnya dipandang ringan.
Lelaki pukul anggota JPJ dipenjara sehari, denda RM4,000
Seorang lelaki memukul anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tular di media sosial telah dipenjara satu hari dan didenda RM4,000.
Langgar guru: Polis tunggu laporan kimia, Puspakom pemandu mabuk
Suspek telah dibebaskan dengan jaminan sebaik sahaja tempoh reman selama tiga hari berakhir pada Isnin.
Mahmood Razak CEO baharu Puspakom
Puspakom mengumumkan pelantikan Mahmood Razak Bahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 Oktober.
Puspakom perkenal program PAR, elak pelanggan tertipu manipulasi harga orang tengah
Ada segolongan orang tengah yang memanipulasi, mengenakan caj perkhidmatan yang tinggi dan memberi maklumat palsu kepada pelanggan.
Puspakom tawar pemeriksaan kenderaan sukarela percuma sempena Aidilfitri
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) menganjurkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma kepada semua pemandu dan pemilik kenderaan persendirian bermula esok.
Hapus monopoli Puspakom buka ruang tambah baik perkhidmatan - PPIM
Keputusan kerajaan untuk menamatkan monopoli Puspakom bermula tahun hadapan, merupakan langkah wajar bagi menambah baik perkhidmatan yang ditawarkan.