KUALA LUMPUR: Pusat Penyelarasan dan Kawalan Siber Negara (NC4) Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) mendapati berlaku peningkatan insiden keselamatan siber di Malaysia sehingga Februari dan trend sama turut direkodkan di peringkat global.
NACSA dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelaku menyasarkan laman sesawang, sistem dalam talian, rangkaian dan aplikasi milik organisasi swasta serta kerajaan di Malaysia yang berprofil tinggi dan mempunyai kerentanan.
Agensi dan organisasi yang terkesan terutamanya dari Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (CNII) telah melaporkan insiden berkenaan kepada NACSA bagi tujuan penyelarasan dan pemantauan.
"Berdasarkan analisis dan corak serangan oleh pelaku, terdapat peningkatan serangan melalui credential yang dicuri seperti nama pengguna dan kata laluan dari peranti mangsa yang terjejas akibat perisian hasad jenis infostealer.
"Teknik ini tidak memerlukan tahap kefahaman dan kemahiran teknikal yang tinggi kerana ia bergantung kepada kecuaian dan kelemahan dalam perlindungan identiti di persekitaran teknologi maklumat," menurut NACSA.
Menurut kenyataan itu, NACSA pada 26 Jan dan 12 Feb lepas telah mengeluarkan dua khidmat nasihat serta amaran mengenai langkah berjaga-jaga yang perlu dilaksanakan oleh organisasi kerajaan dan swasta.
Selain itu, NACSA melalui Mesyuarat Kumpulan Kerja Krisis Siber Negara Bilangan 1 2024 pada 29 Jan lepas bersetuju untuk meningkatkan tahap ancaman siber negara dari rendah (hijau) ke sederhana (biru).
Keputusan berkenaan bertujuan untuk melaksanakan langkah proaktif dalam meningkatkan kesiapsiagaan organisasi dan agensi dalam melindungi aset kritikal.
"Antara penyelesaian jangka pendek yang disarankan termasuk pemasangan perisian antivirus yang sah pada peranti pengguna dan melaksanakan penukaran kata laluan yang lebih selamat.
"Bagi meningkatkan tahap keselamatan terhadap capaian sistem dan aplikasi disarankan supaya Pengesahan Pelbagai Faktor (MFA) digunakan untuk mengekang vektor serangan yang memfokuskan kepada kata laluan pengguna yang tiris," menurut kenyataan itu.
NACSA turut memaklumkan bahawa Rang Undang-undang (RUU) Keselamatan Siber bakal dibentangkan dalam persidangan Parlimen kali ini dan ia akan memberi mandat kepada NACSA untuk menetapkan satu piawaian keselamatan siber yang perlu dipatuhi oleh NCII serta mengenakan tindakan undang-undang bagi sebarang ketidakpatuhan.
Agensi itu juga sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan luar negara bagi membantu siasatan, mengesan dan memberkas pelaku.
"NACSA sentiasa komited memantau aktiviti ancaman siber negara melalui NC4 dengan menaik taraf keupayaan dan kapasiti sama ada dari aspek teknologi atau kepakaran agar kedaulatan dan keselamatan negara dapat dipelihara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2024
Pelaku menyasarkan laman sesawang, sistem dalam talian, rangkaian dan aplikasi milik organisasi swasta serta kerajaan di Malaysia.
Penunggang motosikal maut tersepit bawah kereta
Mangsa berusia 35 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
AWANI Ringkas: Semua konsert di Selangor dihentikan serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] Diplomasi filem – Mencari ASEAN di layar
Perfileman mampu menjadi platform dialog ke arah membina hubungan yang lebih baik dengan pelbagai pihak, individu dan organisasi, yang berada dalam wilayah ini.
Senarai lokasi hartanah premium didedahkan
Kaset Nawamin-Ram Intra dan Bang Na-Samut Prakan tersenarai sebagai lokasi hartanah di Bangkok yang mendapat permintaan tertinggi pada tahun 2024.
Guru pondok di Pahang terima imbuhan RM1,000
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) akan memberikan imbuhan khas RM1,000 kepada setiap guru pondok di negeri itu membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM650,000.
Ugut Baby Shima: Pemandu lori didenda RM4,000
Seorang pemandu lori berusia 32 tahun didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Sibu selepas mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah terhadap Baby Shima.
Lima cedera diserang lelaki mengamuk di restoran
Tiga wanita antara lima cedera selepas diserang lelaki bersenjata parang dan tukul di sebuah restoran di Batu 3, Sandakan pada Jumaat.
Selisih faham, 'overdose' dadah antara elemen siasatan
Polis sedang menyiasat kematian seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yua, yang mayatnya ditemukan di Rancangan Tanah Belia (RTB) Sungai Changgung, Banting pada Sabtu lalu. Siasatan awal mendapati kematiannya berkemungkinan berpunca daripada pengambilan dadah berlebihan serta perselisihan faham dengan teman lelakinya.
Kementerian Komunikasi terap konsep musyawarah untuk tingkat produktiviti - Fahmi
Kementerian Komunikasi menerapkan konsep musyawarah bagi mendapatkan pandangan dan suara di semua peringkat seperti ditekankan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam meningkatkan lagi produktiviti.
Muzium Negeri Sembilan kenakan bayaran tiket masuk bermula Februari
Muzium Negeri, Negeri Sembilan yang terletak di Kompleks Taman Seni Budaya Seremban akan mula mengenakan bayaran tiket masuk ke galeri pamerannya bermula bulan depan setelah beroperasi lebih 40 tahun.
Malaysia sasar capai kemajuan bersama menerusi kerjasama erat dengan China - TPM
Malaysia menyasarkan untuk mencapai kemajuan bersama melalui kerjasama erat dengan China yang memfokus kepada langkah menggalakkan pengagihan kekayaan saksama.
Malaysia berupaya menjadi peneraju keselamatan siber - Anwar
JKSN sokong usaha NACSA untuk terus meneraju inisiatif pengukuhan keselamatan siber negara terutamanya dalam melindungi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII).
PDRM sokong MCMC perkenal INSG
Polis menyokong penuh langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan Garis Panduan Keselamatan Maklumat dan Rangkaian untuk Industri Komunikasi dan Multimedia (INSG).
MCMC perkenal garis panduan keselamatan maklumat dan rangkaian untuk memperkukuh keselamatan siber
MCMC berkata INSG berfungsi sebagai satu kerangka amalan terbaik dan tidak mandatori buat ketika ini.
Tiada kebocoran data MyKad - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada insiden kebocoran data MyKad atau transaksi mencurigakan dikesan dalam sistem jabatan berkenaan.
Malaysia catat 19.62 juta serangan berasaskan web pada separuh pertama 2024 - Kaspersky
Ini diikuti oleh Indonesia yang mengalami 3.2 juta ancaman berasaskan web.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Ancaman siber semakin kompleks, perlu tindakan bersama - Gobind
Ancaman yang sering kali kompleks dan berkembang dengan pantas memerlukan tindakan kolektif antara pihak industri dan kerajaan.
UTEM komited lahirkan 300,000 pakar bidang AI, keselamatan siber menjelang 2030
FAIX akan mula menerima pelajar baharu bagi kemasukan tahun 2025/2026 dan pengambilan dijadualkan Oktober 2025.
Kerjasama akademik Iran-Malaysia kukuhkan hubungan terjalin selama beberapa dekad
Kerjasama akademik dan saintifik antara Iran dan Malaysia dijangka semakin kukuh, mencerminkan hubungan diplomatik yang erat selama beberapa dekad.