CYBERJAYA: Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MyGCC), yang sebelum ini di bawah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), kini diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi, kata Menterinya Fahmi Fadzil.
Beliau berkata keputusan itu diambil kerana agensi berkenaan dilihat memainkan peranan penting sebagai komunikasi pertama antara kerajaan dan rakyat bagi mendapatkan maklumat dan mengemukakan aduan.
Katanya MyDIGITAL Corporation yang sebelum ini ditempatkan di bawah Kementerian Ekonomi pula dipindahkan ke Kementerian Digital.
"Ada beberapa lagi agensi sama ada baru atau sedang dalam proses disahkan perpindahannya. Sebelum hujung bulan, akan diterbitkan Ministerial Function Order yang akan menetapkan kementerian, dan juga agensi yang diwartakan, dan itu akan menjadi direktori rasmi di mana agensi-agensi berada," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat MyGCC di sini hari ini. Turut bersama beliau dalam lawatan ialah timbalannya Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Jabatan Penerangan (JaPen), Jabatan Penyiaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan MyCreative Ventures kekal di bawah Kementerian Komunikasi.
Mengenai MyGCC, Fahmi berkata pusat panggilan itu menerima kira-kira 955,867 transaksi sepanjang tahun lepas menerusi pelbagai paltform, dengan 99.26 peratus daripadanya dibuat melalui panggilan telefon.
Beliau berkata kebanyakan panggilan dibuat berkaitan Kementerian Dalam Negeri dan agensi di bawahnya seperti Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara selain Jabatan Pengangkutan Jalan.
"Memandangkan sekarang ramai juga yang berinteraksi dalam aplikasi seperti WhatsApp, Telegram dan sebagainya, saya minta nanti pihak MyGCC untuk kaji apa yang boleh kita lakukan untuk tambah baik proses komunikasi termasuk mengadaptasi AI (kecerdasan buatan) untuk memanfaatkan platform-platform yang bukan panggilan tapi seperti WhatsApp dan sebagainya," katanya.
Pada masa ini orang ramai boleh membuat pertanyaan, aduan, cadangan atau maklum balas, perkhidmatan pemindahan talian dan penerimaan penghargaan kepada semua agensi kerajaan melalui tujuh saluran komunikasi dengan menggunakan satu nombor, tanpa perlu hadir ke agensi kerajaan atau kementerian berkenaan.
Tujuh saluran itu ialah panggilan suara; Sistem Pesanan Ringkas; e-mel; facebook; Twitter (kini dikenali X); instagram; dan Aplikasi Chatbot SITI@MyGCC.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 15 2024

Fahmi berkata keputusan itu diambil kerana agensi berkenaan dilihat memainkan peranan penting sebagai komunikasi pertama antara kerajaan dan rakyat bagi mendapatkan maklumat dan mengemukakan aduan. - Gambar Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

MyGCC di bawah Kementerian Komunikasi - Fahmi
Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MyGCC), yang sebelum ini di bawah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), kini diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi.

MAMPU jadi medium melancarkan khidmat kerajaan digital
MyGCC memainkan peranan penting sebagai 'kerajaan digital' dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat berkaitan perkhidmatan awam.