Muhyiddin percaya PDRM akan siasat secara terperinci kes kematian Adib
Tan Sri Muhyiddin Yasin percaya PDRM akan menyiasat secara terperinci kes kematian anggota bomba dan penyelamat, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.
Nursyazwani Saiful Sham
Fri Sep 27 2019
Pada Jumaat, Hakim Mahkamah Koroner Rofiah Mohammad umumkan keputusan itu selepas meneliti keterangan saksi selari dengan kejadian.
Muhyiddin dalam satu kenyataan menerusi perkongsian di Facebooknya berkata, PDRM akan lakukan siasatan sebaik mungkin untuk memastikan mereka yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan.
"Kerajaan menerima keputusan inkues kematian Allahyarham dan menyerahkan kepada pihak PDRM untuk meneruskan siasatan kes ini menurut undang-undang jenayah negara," katanya.
Pada Jumaat, Hakim Mahkamah Koroner Rofiah Mohammad umumkan keputusan itu selepas meneliti keterangan saksi selari dengan kejadian.
Dalam keputusannya, Rofiah berkata kecederaan lung chest trauma dialami Muhammad Adib disebabkan oleh dirinya ditarik keluar dari van unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS).