KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Sabah bermula esok.
Lawatan itu dijangka mengukuhkan lagi kerjasama sedia ada antara kerajaan negeri dan Persekutuan selain memudahkan perancangan pembangunan menyeluruh buat Negeri Di Bawah Bayu itu.
Ia lawatan sulung beliau ke negeri ini selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS ) membentuk kerajaan negeri setelah memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah September tahun lepas.
Menurut jurucakap Pejabat Ketua Menteri hari ini, Perdana Menteri akan memulakan lawatan itu dengan menghadiri Program Pimpinan Bersama Rakyat di Magellan Sutera Harbour Resort di sini, esok.
Pada hari kedua lawatan, Muhyiddin dijadual menghadiri taklimat dan sesi Balai Rakyat 'Makmur Bersama Sabah 2030' di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS); dan turut dijadual melawat Pusat Vaksinasi COVID-19 daerah Kota Kinabalu di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Perdana Menteri kemudian dijadual mengadakan kunjung hormat kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri dan menghadiri pelancaran Projek Lok Kawi Resort City dan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) inisiatif pelaburan asing serta domestik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.
Muhyiddin juga akan turun padang beramah mesra bersama rakyat Sabah pada program Ziarah Prihatin melibatkan golongan B40 di sekitar Kota Kinabalu; sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada lewat petang itu.
Lawatan ini juga dijangka dapat memastikan hala tuju pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang baru dibentuk oleh Kerajaan GRS Sabah dapat bergerak seiring dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) di peringkat nasional.
Pelan pembangunan SMJ akan bergerak dalam kerangka utama agenda pembangunan nasional di bawah WKB dan akan memberi manfaat besar kepada rakyat Sabah menerusi pelaksanaan projek serta program berimpak tinggi yang memerlukan bantuan dan sokongan kerajaan Persekutuan.
Perdana Menteri dalam satu wawancara khas sempena setahun pentadbiran sebelum ini menyatakan komitmen kerajaan PN kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak bagi memastikan kedua-dua negeri diberi layanan yang sama adil sebagaimana negeri lain di Semenanjung. - BERNAMA
Bernama
Sat Mar 20 2021
Lawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Sabah dijangka mengukuhkan lagi kerjasama sedia ada antara kerajaan negeri dan Persekutuan selain memudahkan perancangan pembangunan menyeluruh buat Negeri Di Bawah Bayu itu. - Gambar fail
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Dua beranak mengaku tidak bersalah tipu pelaburan durian
Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura, tahun lalu.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Daim
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan siasatan ke atas keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung perolehan aset-aset di luar negara masih diteruskan.
[TERKINI] Bachok daerah pertama dilanda banjirm hujan berterusan sejak Rabu
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu dan sebuah PPS dibuka.
Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Cadangan Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri itu kepada empat hari setengah tidak akan menjejaskan produktiviti sektor awam.
AWANI Borneo [22/11/2024] – Masuk laluan bertengangan | Rampasan lebih RM20 | Kedudukan Sabah strategik
AWANI Borneo Jumaat, 22 November 2024 bersama Assim Hassan
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
PBB beri amaran lebih 2 juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan
PBB memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, dengan lebih dua juta nyawa rakyat Palestin kini terancam.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam lawat Petronas
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam mengadakan lawatan ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Menara Berkembar Petronas hari ini.
Sarawak labur RM100 bilion bangunkan prasara bertaraf dunia
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan ia antara agenda meningkatkan pendapatan Sarawak yang akan dilaksanakan dalam fasa kedua PCDS bermula 2025.
PM Anwar mahu Malaysia jadi negara MADANI yang hidupkan penghayatan roh Islam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dikenali sebagai negara MADANI yang gigih berusaha memacu pertumbuhan, tetapi dalam masa yang sama menghidupkan penghayatan roh Islam.
2TM: Orang ramai dipelawa tukar al-Quran tiada perakuan KDN, rosak
Orang ramai dipelawa menyerahkan al-Quran tiada perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau rosak untuk diganti dengan yang baharu, bersempena dengan Program 2TM.
Isu dibangkitkan persidangan tiga negara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu utama yang dibangkitkan pada persidangan berkaitan di Peru, Brazil dan Riyadh antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Sehingga kini, Malaysia tidak pernah iktiraf negara haram Israel - Fahmi
Dalam wawancara Perdana Menteri bersama CNN yang tular baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jelas menyatakan pendirian Malaysia untuk melindungi kewujudan Palestin.
Lawatan rasmi PM ke Mesir jana potensi eksport bernilai RM4.8 bilion - MITI
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesir telah berjaya mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Mesir, sekali gus menjana potensi eksport bernilai RM4.8 bilion (US$1.1 bilion).
PM Anwar tiba di Peru, lawatan sulung ke benua Amerika Selatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Lima pada malam Selasa bagi memulakan lawatan rasmi sulung beliau ke benua Amerika Selatan.
Jangan harap perlindungan jika ada terbabit kes rasuah - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Tiada perlindungan akan diberikan bagi sesiapa yang terbabit dalam kes rasuah.
Alix Didier angkat sumpah perdana menteri baharu Haiti
Alix Didier Fils-Aime mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Haiti pada Isnin, lapor Xinhua memetik The Haitian Times.
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.
PM Anwar, delegasi Malaysia diberi penghormatan tinggi dalam lawatan kerja ketiga ke China
Malaysia menerima penghormatan besar oleh China dalam siri lawatan kerja ketiga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke republik itu yang bermula 4 hingga 7 November 2024.