KUALA LUMPUR:Bagi memudahkan perancangan perjalanan dan mengetahui situasi terkini keadaan banjir terutamanya ketika musim tengkujuh, orang ramai digalak memuat turun aplikasi MyPublicInfoBanjir menerusi telefon pintar masing-masing.
Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata melalui aplikasi itu, terdapat 1,500 kawasan di seluruh negara yang dipaparkan data berkaitan seperti aras air sungai semasa dan info banjir secara tepat menerusi penempatan stesen telemetri hidrologi di kawasan berkenaan.
"Kita nak masyarakat gunakan aplikasi ini, ianya akan memberikan data sangat spesifik berkaitan banjir. Misalnya kalau nak balik kampung, mungkin tengah jalan ada berlaku banjir dan sebagainya," katanya selepas meninjau Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara di sini hari ini.
Zaini berkata lebih banyak stesen telemetri hidrologi dijangka ditambah pada masa akan datang supaya akses kepada data banjir di lebih banyak lokaliti khususnya di kawasan kampung dapat diperoleh.
MyPublicInfoBanjir yang dilancarkan pada 12 Nov lepas, dibangunkan untuk kegunaan semua pengguna telefon pintar mudah alih supaya maklumat notifikasi berkenaan situasi hujan dan aras air sungai semasa dan hebahan amaran banjir boleh diakses secara real-time.
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara merekodkan sebanyak 232 kejadian banjir dari November 2019 hingga 3 Jan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 05 2021

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara merekodkan sebanyak 232 kejadian banjir dari November 2019 hingga 3 Jan lepas. - Gambar fail

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar ucap takziah kepada mangsa banjir di Beaufort - Shamsul Iskandar
Kerajaan persekutuan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada mangsa banjir melalui NADMA dan menyeru kerjasama agensi persekutuan serta negeri dalam misi pascabanjir.

Banjir: Pekan Beaufort terjejas teruk, penduduk sukar dapatkan barangan keperluan
Banjir berkenaan mengakibatkan jalan raya kini hanya boleh dilalui kenderaan berat dan perkhidmatan kereta api terputus.

Banjir: Jumlah mangsa meningkat kepada 4,122 orang di Sabah, 352 di Sarawak pagi ini
Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan, lapan PPS di Tenom menempatkan 743 orang daripada 276 keluarga.

Jalan terputus hubungan akibat banjir dan cerun runtuh di Sabah
Beberapa jalan di daerah Beaufort, Tenom, dan Keningau terputus hubungan hari ini akibat banjir serta cerun runtuh berikutan hujan lebat berterusan yang melanda kawasan tersebut.

Sarawak mula dilanda banjir, situasi di Sabah semakin buruk
Di Sarawak, 35 penduduk dari empat kampung di Trusan, Lawas dipindahkan ke PPS yang dibuka di Dewan Trusan hari ini.

Banjir di Sabah semakin buruk, Melaka beransur pulih
Situasi banjir di Sabah bertambah buruk dengan peningkatan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan banjir (PPS) petang ini manakala keadaan di Melaka beransur pulih.

Banjir dahsyat landa Indonesia
Ribuan penduduk hilang tempat tinggal dan terpaksa berpindah akibat banjir dahsyat yang telah melumpuhkan Jakarta.

Enam maut selepas ribut landa dua bandar di Argentina
Ribut yang melanda turut menyebabkan banjir besar dan memaksa pemindahan kecemasan dari kediaman dan pusat kesihatan.

Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 330 orang pagi ini
Kesemua mereka melibatkan penduduk yang terjejas di dua daerah, iaitu Melaka Tengah dan Jasin, dengan mangsa ditempatkan di lima PPS.

Paetongtarn, Anwar bincang mitigasi banjir dan pembangunan infrastruktur rentas sempadan
Paetongtarn dan Anwar Ibrahim, mengadakan perbincangan mengenai tebatan banjir dan pembangunan infrastruktur rentas sempadan pada Khamis.