TUMPAT: Kerajaan Kelantan perlu mencari jalan penyelesaian segera bagi menangani masalah air di negeri ini dan tidak mengharapkan rakyat mencari jalan sendiri dengan membina telaga tiub, kata Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) Aiman Yusri Mohd Yusof.
Beliau berkata, walaupun ramai yang bergantung kepada telaga tiub sekarang, ia bukanlah jalan penyelesaian kerana air yang di dalam tanah kebanyakan keruh selain kos yang agak tinggi.
"Kita semua sedia maklum, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.1 bilion kepada Kelantan, Sabah dan Labuan pada Belanjawan 2024 lepas bagi menyelesaikan masalah air.
"Sebaiknya peruntukan itu digunakan oleh Air Kelantan Sendirian Berhad untuk mempercepatkan proses berkaitan masalah air di negeri ini sejak sekian lama," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai masalah air yang tidak dapat diselesaikan walaupun peruntukan telah diberi Kerajaan Pusat.
Beliau berkata demikian selepas Program Agihan 3,000 botol air mineral kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa dan Sekokah Kebangsaan Sri Tumpat 2, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Aiman Yusri berkata meskipun peruntukan daripada kerajaan Persekutuan telah disalurkan, namun mutu perkhidmatan air di negeri berkenaan masih tidak banyak berubah dan rakyat masih lagi merungut kerana bekalan air terawat terputus.
Katanya ada penduduk yang mendakwa air yang keluar daripada paip berkarat dan berwarna merah selain terpaksa membayar bil air dengan sia-sia kerana hanya angin yang keluar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024

Meskipun peruntukan daripada kerajaan Persekutuan telah disalurkan, namun mutu perkhidmatan air di kelantan masih tidak banyak berubah dan rakyat masih lagi merungut. - Gambar hiasan

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.

Kelantan tetapkan kadar sewa tapak bazar Ramadan mengikut kawasan jajahan bermula RM200
Harga ditawarkan itu adalah sangat rendah berbanding harga sewaan tapak bazar Ramadan yang dikenakan oleh pihak swasta.

Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan
Kilang itu akan dibuka di Meranti, Pasir Mas bagi menyokong pengusaha padi tempatan dan memastikan hasil padi dapat dikilangkan sendiri.

Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong
Individu yang dikesan membuang sampah di luar tong disediakan bakal didenda sehingga RM2,000 oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini.

Perak berpesta gol benam Kelantan 7-0 di Manjung
Perak FC melonjak ke tangga kelima Liga Super selepas membelasah Kelantan Darul Naim FC 7-0.

264 menara telekomunikasi terjejas di Kelantan selesai dibaik pulih - Fahmi
Menara yang terlibat kini telah beroperasi seperti biasa dan fungsinya akan terus ditambah baik.

Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dibentangkan Julai ini
Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 akan dibentangkan Julai ini, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamed Fadzli Hassan.

Amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri
Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip berkata empat negeri terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Banjir diramal landa Kelantan, Pahang bermula hari ini - JPS
JPS memaklumkan 10 daripada 11 jajahan di Kelantan dijangka terlibat iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.

Polis tahan dua lelaki miliki senjata api, dadah di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menahan dua lelaki berusia 19 dan 34 tahun yang disyaki memiliki senjata api dan dadah di Kampung Degong, Pasir Mas, semalam.