IPOH: Orang ramai khususnya di negeri ini dinasihatkan agar berhati-hati terhadap aktiviti yang melibatkan ancaman kepala air susulan negara kini memasuki musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula November ini.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata di Perak terdapat tujuh 'hotspot' kepala air iaitu di Sungai Bil Behrang, Sungai Dang, Sungai Kampung Ruah Batu 7, Sungai Lata Kinjang, Sungai Lata Iskandar, Sungai Ulu Slim dan Sungai Trolak.
"Pesanan ini bertepatan dengan peranan JBPM selaku urus setia Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA) yang terletak di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT)," katanya ketika berucap pada Karnival Keselamatan Kebakaran Peringkat JBPM Perak di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru Raya di sini pada Ahad.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Sandrea Ng Shy Ching dan Pengarah JBPM Perak Sayani Saidon,
Karnival bermula semalam itu, berjaya menarik lebih 4,000 pengunjung dengan pelbagai aktiviti dijalankan seperti pertandingan mewarna, ceramah kesedaran dan pencegahan kebakaran, demonstrasi pemadaman kebakaran dapur, pertandingan kawad operasi dan pameran jentera.
Sementara itu, Abdul Wahab berkata JBPM akan terus berusaha memperkasakan kesedaran keselamatan awam melibatkan kebakaran menerusi 'Fire Learning Hub Centre' di balai-balai bomba seluruh negara, iaitu inisiatif diperkenalkan KPKT di bawah Dasar Malaysia MADANI.
"Ia adalah inisiatif Belanjawan 2024 di bawah Peruntukan Mengurus menerusi Program Community Fire Evacuation Awareness Escape Tent iaitu sebanyak RM825,000 dan telah diperhalusi pada Bengkel Pengislahan Pelan Strategik KPKT 2023-2025 lalu.
"Pihak kementerian sentiasa cakna perkara yang melibatkan masyarakat khususnya melibatkan elemen kesedaran keselamatan kebakaran dan kita berharap ia dapat memberikan impak positif," katanya.
Sayani dalam ucapannya pula berkata orang awam perlu diberi kesedaran mengenai keselamatan persekitaran, langkah pencegahan dan tugas serta tanggungjawab selaras Dasar Kebombaan dan Penyelamatan Negara yang dibangunkan oleh KPKT.
"Dasar ini meliputi teras, strategi dan pelaksanaan program yang bersepadu dalam membangunkan kefahaman, kesedaran serta pembudayaan amalan keselamatan awam yang baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 29 2023
![MTL: Orang ramai dinasihat waspada aktiviti libatkan ancaman kepala air MTL: Orang ramai dinasihat waspada aktiviti libatkan ancaman kepala air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694515821_TBWAHABMATYASIN.jpg)
Abdul Wahab berkata di Perak terdapat tujuh 'hotspot' kepala air iaitu di Sungai Bil Behrang, Sungai Dang, Sungai Kampung Ruah Batu 7, Sungai Lata Kinjang, Sungai Lata Iskandar, Sungai Ulu Slim dan Sungai Trolak. - Foto fail/BERNAMA
![LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720347992_TBMaalHijrah.jpg)
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
![DGIM bantu pastikan pengurusan banjir lebih sistematik, lancar DGIM bantu pastikan pengurusan banjir lebih sistematik, lancar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700733162_TBArmizanjpg.jpg)
DGIM bantu pastikan pengurusan banjir lebih sistematik, lancar
DGIM yang dibangunkan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) setakat ini diguna pakai di Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) dan beroperasi selama 24 jam.
![Pelaksanaan sistem amaran awal banjir panduan pindah penduduk lebih awal - TPM Zahid Pelaksanaan sistem amaran awal banjir panduan pindah penduduk lebih awal - TPM Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699952039_AhmadZahidHamidi.jpg)
Pelaksanaan sistem amaran awal banjir panduan pindah penduduk lebih awal - TPM Zahid
Pelaksanaan sistem amaran awal banjir merupakan panduan untuk memindahkan penduduk di kawasan terjejas lebih awal sebelum berlaku luruan hujan luar biasa pada Monsun Timur Laut (MTL).
![Terengganu adakan latihan simulasi hadapi bencana banjir - MB Terengganu adakan latihan simulasi hadapi bencana banjir - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699860198_AhmadSamsuriMokhta.jpg)
Terengganu adakan latihan simulasi hadapi bencana banjir - MB
Kerajaan Terengganu telah menjalankan latihan simulasi sebagai persediaan menghadapi bencana banjir berikutan musim Monsun Timur Laut.
![MTL: 8,481 PPS muatkan lebih 2.1 juta orang disediakan bagi hadapi banjir - Armizan MTL: 8,481 PPS muatkan lebih 2.1 juta orang disediakan bagi hadapi banjir - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699790328_TBMTL.jpg)
MTL: 8,481 PPS muatkan lebih 2.1 juta orang disediakan bagi hadapi banjir - Armizan
Sebanyak 8,841 PPS yang mampu memuatkan lebih 2.1 juta orang, disediakan bagi menghadapi banjir akibat MTL melanda negara yang diramal bermula bulan ini.
![61,839 anggota, pegawai pelbagai agensi kerajaan siap siaga hadapi MTL 61,839 anggota, pegawai pelbagai agensi kerajaan siap siaga hadapi MTL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699030622_MonsunTimurLaut.jpg)
61,839 anggota, pegawai pelbagai agensi kerajaan siap siaga hadapi MTL
Seramai 61,839 pegawai dan anggota agensi kerajaan berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).
![Kerajaan Selangor dapatkan laporan lengkap banjir, rangka langkah depani MTL Kerajaan Selangor dapatkan laporan lengkap banjir, rangka langkah depani MTL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699436850_AmirudinShari.jpg)
Kerajaan Selangor dapatkan laporan lengkap banjir, rangka langkah depani MTL
Kerajaan Selangor akan mendapatkan laporan lengkap daripada Unit Pengurusan Bencana Selangor dan pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung kejadian banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri itu.
![Polis Kelantan siap siaga aset, anggota hadapi musim banjir Polis Kelantan siap siaga aset, anggota hadapi musim banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699354037_MuhammadZakiHarun.jpg)
Polis Kelantan siap siaga aset, anggota hadapi musim banjir
Polis Kelantan siap siaga termasuk dari aspek aset dan keanggotaan bagi menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berlaku pada hujung November ini.
![Musim tengkujuh: Bekalan ikan cukup, jangan naikkan harga - LKIM Musim tengkujuh: Bekalan ikan cukup, jangan naikkan harga - LKIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699254754_beliikan.jpg)
Musim tengkujuh: Bekalan ikan cukup, jangan naikkan harga - LKIM
LKIM meminta pihak pemborong dan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga hasil laut terutama ikan ketika musim Monsun Timur Laut (MTL).
![Jakoa selaras bantuan kepada Orang Asli dalam tempoh MTL Jakoa selaras bantuan kepada Orang Asli dalam tempoh MTL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698644897_TBPOSALAR.jpg)
Jakoa selaras bantuan kepada Orang Asli dalam tempoh MTL
Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) akan menjadi penyelaras bagi semua jenis bantuan yang ingin disalurkan kepada masyarakat Orang Asli di Gua Musang dalam tempoh Monsun Timur Laut (MTL).
![MTL: Orang ramai dinasihat waspada aktiviti libatkan ancaman kepala air MTL: Orang ramai dinasihat waspada aktiviti libatkan ancaman kepala air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694515821_TBWAHABMATYASIN.jpg)
MTL: Orang ramai dinasihat waspada aktiviti libatkan ancaman kepala air
Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati terhadap aktiviti yang melibatkan ancaman kepala air susulan negara kini memasuki musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula November ini.