PITAS: Sebanyak 8,841 pusat pemindahan sementara (PPS) yang mampu memuatkan lebih 2.1 juta orang, disediakan bagi menghadapi banjir akibat Monsun Timur Laut (MTL) melanda negara yang diramal bermula bulan ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, daripada jumlah itu, 332 PPS yang mampu memuatkan 129,096 orang disediakan di Sabah.
"Kita mahu ambil tindakan proaktif dalam tindakan bencana negara, setiap tahun sebelum bencana kita buat persediaan termasuk komponen penting penyediaan PPS. Kita mahu bersiap siaga bagi hadapi sebarang kemungkinan pada MTL ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) Daerah Pitas dan meninjau Program Jualan Ramah, di sini, pada Ahad.
Pada 7 Nov, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah dilaporkan berkata, empat hingga enam episod hujan lebat diramal berlaku sepanjang musim MTL yang diramal bermula 11 Nov dan berterusan sehingga Mac 2024.
Sementara itu, Armizan berkata, pembinaan PPKB Daerah Pitas merupakan yang pertama seumpanya di Sabah dan merupakan salah satu daripada sembilan PPKB yang bakal dibina oleh kerajaan Persekutuan seperti diumumkan dalam Belanjawan MADANI 2024.
Beliau berkata, pembinaan PPKB Daerah Pitas itu, melibatkan kos RM6.9 juta dan mampu memuatkan minimum 500 mangsa bencana.
"Pembinaan PPKB ini bertujuan menyediakan prasarana penempatan bencana khusus bertaraf kekal untuk tempat perlindungan sementara mangsa, bakal mempunyai kemudahan yang lebih baik berbanding PPS.
"Pusat ini akan dilengkapi kemudahan yang bersesuaian seperti dewan penginapan, tandas, bilik mandi, ruang embasuh pakaian, dapur dan sudut makan ruang khas wanita, bilik pentadbiran dan petugas, stor makanan dan keperluan asas, bilik rawatan dan surau," katanya.
Armizan berkata, selain inisiatif pembinaan PPKB, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) juga akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, untuk pelaksanaan projek-projek pembaikan kecil dan naik taraf tandas, bilik mandi dan stor di PPS sedia ada secara berperingkat.
Kerajaan dalam Belanjawan MADANI 2024 dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Okt, telah meluluskan pembinaan sembilan PPKB di sembilan negeri yang sering dilanda banjir termasuk Sabah dan Sarawak. - BERNAMA
Bernama
Sun Nov 12 2023
![MTL: 8,481 PPS muatkan lebih 2.1 juta orang disediakan bagi hadapi banjir - Armizan MTL: 8,481 PPS muatkan lebih 2.1 juta orang disediakan bagi hadapi banjir - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699790328_TBMTL.jpg)
Armizan berkata, daripada jumlah itu, 332 PPS yang mampu memuatkan 129,096 orang disediakan di Sabah. - Gambar Bernama
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
Pengarah filem Mansor Puteh meninggal dunia akibat kemalangan
Pengarah dan pengkritik filem serta budaya, Mansor Puteh, 70, dilapor meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya terbabas di Alam Damai, Cheras, pada Ahad.
![Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720343650_WanJunaidi.jpg)
Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari
Penghijrahan Sarawak mendapat perhatian dan pengiktirafan dunia terutama dari segi tadbir urus yang menekankan isu alam sekitar dan kelestarian.
![MTL: 8,481 PPS muatkan lebih 2.1 juta orang disediakan bagi hadapi banjir - Armizan MTL: 8,481 PPS muatkan lebih 2.1 juta orang disediakan bagi hadapi banjir - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699790328_TBMTL.jpg)
MTL: 8,481 PPS muatkan lebih 2.1 juta orang disediakan bagi hadapi banjir - Armizan
Sebanyak 8,841 PPS yang mampu memuatkan lebih 2.1 juta orang, disediakan bagi menghadapi banjir akibat MTL melanda negara yang diramal bermula bulan ini.
![Kejadian kluster influenza JDT terkawal, tiada yang luar biasa Kejadian kluster influenza JDT terkawal, tiada yang luar biasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/71560164102_Vaccine.jpg)
Kejadian kluster influenza JDT terkawal, tiada yang luar biasa
Menurut Dr Shaharom, tindakan awal telah diambil bagi mencegah penularan antaranya disinfeksi pusat latihan pemain bola sepak di Padang Seri Gelam.