TEMERLOH: Pelaksanaan sistem amaran awal banjir merupakan panduan untuk memindahkan penduduk di kawasan terjejas lebih awal sebelum berlaku luruan hujan luar biasa pada Monsun Timur Laut (MTL), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata acuan sistem itu berdasarkan kelaziman banjir yang berlaku setiap tahun dan antara daerah dikenal pasti sebagai lokasi berkemungkinan mengalami luruan hujan luar biasa ialah Temerloh, Pahang, Segamat dan Kota Tinggi (Johor) serta Kota Belud dan Marudu (Sabah).
"Koordinasi semua pihak (agensi terlibat banjir) telah dibuat supaya pemindahan mereka (dapat dibuat) lebih awal kerana paling penting kita mahu mengelakkan daripada berlaku kehilangan nyawa selain dapat menyelamatkan harta benda dan dokumen penting.
"Sebab itu, kita perlu mengambil langkah proaktif...tidak mahu sudah terhantuk baru tergadah dan pusat pemindahan sementara (PPS) juga kena bersedia. Kita berharap kesiapsiagaan yang dilakukan dapat mengatasi permasalahan (yang pernah berlaku sebelum ini)," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan projek pembangunan lembangan sungai bersepadu (PLSB) Sungai Semantan Fasa Satu di sini, selain turut menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana serta meninjau PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Temerloh hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.
Menyentuh koordinasi agensi, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata kerjasama turut melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memobilisasikan lori 10 tan ke lokasi terlibat selain berharap penglibatan lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) semasa bencana itu berlaku.
Ditanya mengenai pengagihan wang ihsan kepada mangsa banjir bagi MTL 2023/2024, Ahmad Zahid berkata pengagihannya dibuat mengikut piawaian dan syarat yang ditetapkan iaitu mereka yang terjejas perlu berpindah.
"Terdapat permasalahan bila orang yang tidak berpindah juga mahu namanya didaftarkan (untuk wang ihsan). Kita nasihatkan kerana ini (mesti berpindah) adalah peraturan yang mesti diikuti. Kita buta warna dalam isu ini (tidak mengira latar belakang penerima) tetapi jangan mengambil kesempatan dalam kesempitan," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan menyantuni semua dan mengetepikan sebarang sentimen dalam menyalurkan bantuan kepada mereka yang terjejas banjir.
Menyentuh daerah Temerloh, Ahmad Zahid berkata pengurusan banjir daerah itu antara yang terbaik walaupun perlu mengendalikan 39,000 orang di PPS dalam satu-satu masa semasa teruk terjejas bencana, hasil kerjasama semua agensi dan jabatan termasuk yang bukan khusus dalam menangani banjir.
Pada lawatannya, Ahmad Zahid juga meluluskan perolehan 14 buah bot berserta peralatan bernilai RM259,000 dan peruntukan KKDW bagi pembinaan rumah lima penduduk terlibat projek PLSB serta RM5 juta untuk pembinaan dewan tertutup di PPS SMK Seberang Temerloh.
Beliau juga mengumumkan bantuan RM5,000 kepada setiap 5,100 pemilik rumah terlibat banjir pada 2021 dan 2022 yang masih belum menerima bantuan serta meluluskan permohonan peruntukan di bawah Program Pemajuan Kawasan (PPK) di bawah KKDW bagi penempatan semula penduduk terjejas banjir sekitar Lanchang dan Mentakab di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan melihat pelan perancangan mitigasi keseluruhan pembangunan lembangan sungai bersepadu Sungai Semantan ketika hadir meninjau kemajuan projek tersebut hari ini. - Foto Bernama
AWANI Global: Risiko perubahan iklim semakin mengherot
Sejauh mana Persidangan Perubahan Iklim COP29 serius mencari penyelesaian terhadap pelan tindakan iklim yang baharu? Ikuti diskusi dan analisis dalam Awani Global 9 malam ini.
Cukai taksiran tidak boleh dinaikkan secara mendadak - Nga
Proses penilaian semula cukai taksiran mesti mementingkan kebajikan rakyat dengan kadar cukai berkenaan tidak boleh dinaikkan secara mendadak kerana langkah itu boleh membebankan rakyat.
AWANI Ringkas: Presiden Persatuan Bolasepak Brunei dipecat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 24 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 24 November 2024
1️⃣ Dasar Kanak-Kanak Negara jamin suara kanak-kanak didengar
2️⃣ 20% pegawai, anggota bomba dibeku cuti
3️⃣ Presiden Persatuan Bolasepak Brunei dipecat
#awaniringkas
1️⃣ Dasar Kanak-Kanak Negara jamin suara kanak-kanak didengar
2️⃣ 20% pegawai, anggota bomba dibeku cuti
3️⃣ Presiden Persatuan Bolasepak Brunei dipecat
#awaniringkas
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
GV - 'Kembali menyengat', 14 peserta bawakan lagu hit pertama mereka
Pentas Gegar Vaganza musim ke-11 akan membuka tirainya malam ini.
Bertemakan kembali menyengat, 14 peserta yang bersaing akan membawakan lagu hit pertama mereka dalam industri seni suara.
Bertemakan kembali menyengat, 14 peserta yang bersaing akan membawakan lagu hit pertama mereka dalam industri seni suara.
[LAPORAN KHAS] Kita perlu selamatkan lebah, bukan bunuh atau hapuskan (Siri 2)
Bila anda nampak sarang lebah, apa perkara pertama bermain di fikiran anda?
Biasanya, pasti kita akan bakar, seterusnya menghapuskan sarang lebah itu. Bukan?
Tahukah anda, ada cara lebih baik untuk menanganinya?
Tak perlu bunuh, tapi selamatkan.
Ikuti siri akhir, laporan Ridauddin Daud, bercakap dengan lebah.
Biasanya, pasti kita akan bakar, seterusnya menghapuskan sarang lebah itu. Bukan?
Tahukah anda, ada cara lebih baik untuk menanganinya?
Tak perlu bunuh, tapi selamatkan.
Ikuti siri akhir, laporan Ridauddin Daud, bercakap dengan lebah.
Muzik Ahmad Nawab akan kekal selama-lamanya - Freddie Fernandez
Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez menyifatkan Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab seorang pemurah dan sentiasa memberi panduan kepada penyanyi di bawah bimbingannya.
Tingkatkan mutu kerja, tiada ruang untuk penjawat awam malas dan cuai - KSN
Warga perkhidmatan awam diseru supaya meningkatkan mutu kerja, komitmen dan dedikasi selaras pengenalan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
[TERKINI] Mangsa banjir hilang IC, surat beranak dikecualikan denda
Mangsa banjir yang kehilangan dokumen termasuk kad pengenalan dan surat beranak dikecualikan denda ketika memohon gantian.
Pelaksanaan sistem amaran awal banjir panduan pindah penduduk lebih awal - TPM Zahid
Pelaksanaan sistem amaran awal banjir merupakan panduan untuk memindahkan penduduk di kawasan terjejas lebih awal sebelum berlaku luruan hujan luar biasa pada Monsun Timur Laut (MTL).