PUTRAJAYA: Seramai 61,839 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi kerajaan dengan sokongan pelbagai aset, berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata negara dijangka mengalami sebanyak empat hingga enam episod hujan lebat berterusan yang berpotensi mengakibatkan kejadian banjir khususnya di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak.
Menurutnya, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan media pada Selasa lepas (7 Nov) menjangkakan MTL 2023/2024 akan bermula pada 11 Nov ini sehingga Mac 2024.
"Sungguhpun MTL 2023/2024 hanya (dijangka) bermula 11 Nov, (namun) dari 23 Okt hingga 8 Nov, secara kumulatif sebanyak 20 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan 962 keluarga melibatkan 3,116 mangsa akibat bencana banjir di Kedah, Pahang, Perak dan Selangor," katanya.
Bagi menghadapi sebarang kejadian bencana sepanjang MTL tersebut, beliau berkata Agensi Bencana Negara (NADMA) selaku sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) bertanggungjawab memastikan semua cabang agensi merangka persiapan untuk memastikan kesiapsiagaan di semua peringkat.
"JPBP telah mengarahkan semua Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah diaktifkan bagi tujuan pemantauan dan koordinasi pengurusan bencana.
"Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) juga diminta untuk melaksanakan persediaan sewajarnya lebih awal bagi memastikan penyampaian bantuan sewaktu bencana berjalan dengan lancar," katanya.
Armizan berkata Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), NADMA telah mula beroperasi selama 24 jam setiap hari dan akan menyediakan notis serta-merta kepada syarikat telekomunikasi bagi tujuan sebaran sistem pesanan ringkas (SMS) dan Flash Broadcast secara bersasar kepada penduduk di kawasan yang berisiko banjir setelah menerima amaran banjir daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Menurutnya, JPS telah mengenal pasti 5,648 lokasi hotspot banjir meliputi 161 daerah di seluruh negara.
Pada masa yang sama, katanya NDCC akan sentiasa berkongsi info terkini dan amaran bencana kepada pelbagai pihak termasuk pegawai daerah selaku Pengerusi JPBD dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi meningkatkan lagi tahap kesiapsiagaan menghadapi bencana.
"Semua pihak dinasihati untuk sentiasa peka dengan situasi semasa dan amaran yang dikeluarkan pihak berwajib. Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, orang awam turut diminta untuk mematuhi sebarang arahan untuk berpindah dan mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya," katanya.
Menurut Armizan setakat 6 pagi ini, 15 PPS sedang beroperasi menempatkan 341 keluarga membabitkan 1,249 mangsa keseluruhan di Perak dan Selangor serta dijangka kawasan dan mangsa yang terkesan akan terus meningkat dalam tempoh MTL.
Orang ramai boleh mengakses laman web METMalaysia www.met.gov.my dan JPS https://publicinfobanjir.water.gov.my/ramalan/amaran-banjir/ atau melalui media sosial rasmi jabatan serta memuat turun aplikasi mobil myCuaca dan MyPublic Infobanjir bagi mendapatkan maklumat sahih mengenai ramalan cuaca dan amaran banjir terkini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 09 2023
![61,839 anggota, pegawai pelbagai agensi kerajaan siap siaga hadapi MTL 61,839 anggota, pegawai pelbagai agensi kerajaan siap siaga hadapi MTL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699030622_MonsunTimurLaut.jpg)
Negara dijangka mengalami sebanyak empat hingga enam episod hujan lebat berterusan yang berpotensi mengakibatkan kejadian banjir khususnya di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak. - Gambar fail
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
![Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
![LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720314538_Flood.jpg)
Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh
Keadaan banjir mungkin bertambah buruk di bahagian utara negara itu dalam beberapa hari akan datang.
![UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720230443_tbUNhumanitarians.jpg)
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
![Hujan lebat di China semakin memburuk Hujan lebat di China semakin memburuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720230373_FloadHebei.jpg)
Hujan lebat di China semakin memburuk
Sebuah jalan di daerah Badong terputus akibat hujan lebat yang melanda Hubei, yang terletak di tengah China.
![Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719971161_banjirpenampangs.jpg)
Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah
Kemudahan ini ditawarkan bagi mengurangkan beban dan kesulitan yang dihadapi pelanggan sekali gus berharap dapat memberi kelegaan kepada mereka yang terjejas.
![Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719911403_TBbanjirSabah.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat
Kesemua mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat daerah.
![Banjir Sabah: MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi Banjir Sabah: MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719957920_BanjirSabah.jpg)
Banjir Sabah: MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi
MCMC berjaya memulihkan 14 daripada 41 menara pemancar telekomunikasi di beberapa kawasan Pantai Barat Sabah.
![Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 400 orang berada di PPS Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 400 orang berada di PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719808253_banjirpenampangs.jpg)
Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 400 orang berada di PPS
Jumlah mangsa banjir di Sabah setakat pagi ini meningkat kepada 464 orang daripada 140 keluarga yang berada di empat PPS.
![Banjir: 10 sekolah di Sabah ditutup hari ini Banjir: 10 sekolah di Sabah ditutup hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719808253_banjirpenampangs.jpg)
Banjir: 10 sekolah di Sabah ditutup hari ini
Lebih 5,000 murid dan 307 guru terjejas, melibatkan enam sekolah di Penampang, dua di Tuaran, masing-masing satu di Papar dan Sipitang.
![Mangsa banjir di Penampang meningkat, satu PPS dibuka di Putatan Mangsa banjir di Penampang meningkat, satu PPS dibuka di Putatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719795344_APM.jpg)
Mangsa banjir di Penampang meningkat, satu PPS dibuka di Putatan
Mangsa banjir di Penampang meningkat kepada 112 orang daripada 40 keluarga pagi ini berbanding 78 orang daripada 28 keluarga semalam.
![Banjir: Operasi IPD Penampang terjejas akibat dinaiki air Banjir: Operasi IPD Penampang terjejas akibat dinaiki air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719788564_banjir.jpg)
Banjir: Operasi IPD Penampang terjejas akibat dinaiki air
Hampir kesemua fasiliti di kawasan ini terjejas teruk akibat banjir dan menyukarkan pasukan petugas untuk keluar memberikan bantuan.