Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) yang akan beroperasi sepenuhnya mulai Isnin depan bakal merancakkan lagi aktiviti ekonomi di sepanjang jajaran 51 kilometer itu.
Pengarah Pusat Perancangan dan Pembangunan Inovatif (CIPD) Universiti Teknologi Malaysia Prof Dr Amran Hamzah berkata ini berikutan trend masa kini yang mahukan kepelbagaian kemudahan di kawasan yang ada pengangkutan awam efisien.
"Perhubungan jaringan yang baik telah menarik minat pemaju hartanah untuk membangunkan pelbagai projek termasuk pusat beli-belah, perumahan dan ruang pejabat.
"Berdasarkan pengalaman pembangunan LRT, kawasan yang mempunyai pengangkutan yang baik akan menjadi tumpuan orang ramai untuk mendiami atau bekerja di kawasan tersebut disebabkan kelebihan dari segi mengelakkan kesesakan," katanya.
Beliau berkata kewujudan laluan MRT itu juga mampu menarik pasaran yang lebih besar, sekaligus merancakkan lagi aktiviti ekonomi dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan.
Selain itu, kewujudan kawasan penempatan baharu juga akan berlaku dengan pesat selagi terdapat ruang untuk aktiviti pembangunan berlaku di sepanjang laluan SBK itu.
Malah, kata Amran, ini ditambah dengan faktor laluan SBK yang dibina diintegrasikan dengan stesen Komunter, Transit Aliran Ringan (LRT) dan stesen Monorel bakal menarik mereka di pinggir bandar untuk berulang-alik ke pusat bandar, selain menghidupkan aktiviti malam dan informal di kawasan tertentu.
Kawasan yang dijangka mengalami pembangunan pesat paling ketara adalah di Sungai Buloh, Cheras, Taman Mutiara dan Bandar Tun Hussein Onn yang bakal dibangunkan dengan pusat beli-belah, ruang pejabat dan kawasan perumahan baharu susulan faktor kepadatan penduduk dan masih terdapat ruang yang boleh dimaksimumkan pembangunannya.
Pembukaan fasa kedua laluan Semantan-Kajang sepanjang 30km ini akan melengkapkan Laluan SBK sepanjang 51km dengan melalui kawasan berpopulasi tinggi seperti Kajang dan Cheras serta destinasi popular pelancong seperti Muzium Negara dan Pasar Seni.
Laluan SBK itu bakal menghubungkan pengguna dengan 19 sekolah, 22 tempat beribadat, lapan kemudahan penjagaan kesihatan, selain 44 pusat beli-belah.
Sementara itu pemaju hartanah Datuk Seri Lim Keng Cheng mengakui projek MRT itu telah memberikan kelebihan kepada syarikatnya untuk membangunkan sebuah pusat beli-belah di Cheras.
Katanya pusat beli-belah itu yang dijadualkan siap tahun depan berhubung terus dengan stesen MRT Taman Mutiara itu bakal menjadi satu lagi tarikan kepada penduduk Cheras dan sekitarnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2017

Sebuah tren Transit Aliran Massa (MRT) melalui terowong bawah tanah di Stesen MRT Muzium Negara sewaktu tinjauan fotoBernama pada Sesi Taklimat Media Pra Pelancaran MRT Aliran Sungai Buloh-Kajang (SBK). - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

ASEAN berada di landasan jadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030 - Nik Nazmi
ASEAN berada di landasan untuk muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, namun memerlukan pertumbuhan inklusif bagi memastikan seluruh komuniti mendapat manfaat.

Ekonomi keempat terbesar: ASEAN perlu fokus pembangunan mampan – Nik Nazmi
Sasaran ASEAN untuk menjadi ekonomi keempat terbesar dunia tidak diletakkan hanya pada kemajuan ekonomi semata-mata.

Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.

Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari
Indeks pengeluaran industri nasional Vietnam menyusut 9.2 peratus pada Januari berbanding bulan sebelumnya.

Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.

Tarif elektrik baharu tidak beban pengguna domestik, ambil kira keperluan ekonomi - ST
Suruhanjaya Tenaga memaklumkan jadual tarif baharu yang akan dimuktamadkan itu mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar.

ASEAN Coin: Berikut lima sebab mata wang digital ASEAN sukar dilaksana...
Kepelbagaian ekonomi dan sistem kewangan di setiap negara anggota ASEAN menjadikan perjalanan ke arah penyatuan mata wang digital seragam satu proses yang kompleks namun penuh potensi.

Sarawak antara lima negeri teratas prestasi ekonomi terbaik - Abang Johari
Sarawak berada dalam kelompok lima negeri teratas di Malaysia dari segi prestasi ekonomi pada tahun lepas.