Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan 39 pemilik strata pusat beli-belah Ampang Park untuk menangguhkan sementara kerja-kerja meroboh pusat beli-belah itu bagi projek pembinaan MRT Stesen Ampang Park.
Hakim Datuk Hanipah Farikullah membuat keputusan itu dalam kamarnya dan memerintahkan bahawa pentadbir tanah tidak boleh mengeluarkan Borang K iaitu borang pengambilan tanah sehingga 28 Sept 2016.
Peguam Jason Ng Kau yang mewakili 39 pemilik strata pusat beli-belah itu berkata dengan keputusan itu ia bermakna Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan pentadbir tanah tidak boleh mengambil milikan pusat beli-belah itu serta merobohkannya sehingga pendengaran kedua-dua pihak bagi penangguhan pelaksanaan pengambilan tanah, pada 28 Sept.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas prosiding kes itu hari ini, yang turut dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, dan Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan.
Tiga puluh sembilan pemilik strata itu memohon penangguhan itu sementara menunggu rayuan mereka di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 30 Jun lepas yang menolak permohonan semakan kehakiman mereka bagi mencabar pengambilan tanah untuk projek pembinaan MRT Stesen Ampang Park.
Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa pengambilan tanah itu dibuat mengikut peruntukan undang-undang.
Pada 8 Jan lepas, 39 peniaga berkenaan memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman dengan menamakan Kementerian Wilayah Persekutuan; Kerajaan Malaysia; Pengarah Tanah dan Galian dan Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai responden.
Bagaimanapun, pada 20 Jan lepas, kumpulan itu menggugurkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kerajaan Malaysia sebagai responden dalam permohonan semakan kehakiman itu.
Mereka memohon deklarasi bahawa Borang D bertarikh 17 Ogos 2015 dan Borang E bertarikh 22 Okt 2015 Akta Pengambilan Tanah 1960 yang dikeluarkan responden adalah tidak berperlembagaan, menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.
Pada 18 April lepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan MRT Corp sebagai pencelah dan dinamakan sebagai responden dalam saman itu.
Bernama
Tue Aug 16 2016

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa pengambilan tanah itu dibuat mengikut peruntukan undang-undang. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

1MDB: Permohonan kebenaran semakan kehakiman ditetapkan 18 Nov
Hakim Datuk Hanipah Farikullah menetapkan 18 Nov untuk pendengaran bagi permohonan kebenaran semakan kehakiman oleh Muhammad Zahid Md Arip.

MRT: Kerja meroboh pusat beli-belah Ampang Park ditangguh sementara
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan 39 pemilik strata pusat beli-belah Ampang Park untuk menangguhkan sementara kerja-kerja meroboh pusat beli-belah itu bagi projek pembinaan MRT.

Pemilik premis Ampang Park dibenar cabar keputusan ambil tanah projek MRT
Mahkamah mengeluarkan perintah sementara sehingga 29 Feb kepada pentadbir tanah daripada mengambil tanah atau mengeluarkan sebarang award terhadapnya.