KOTA KINABALU: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ranau yang telah siap sepenuhnya pada 25 September lepas akan menerima kumpulan pertama pelajar pada Mac tahun depan, kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berkata pengambilan pelajar tingkatan satu dan empat itu melibatkan seramai 180 orang pelajar untuk MRSM berkenaan yang terletak pada ketinggian 721 meter dari aras laut menjadikan ia MRSM tertinggi di negara ini.
"MRSM Ranau ini boleh memuatkan seramai 450 pelajar," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan MRSM Ranau daripada Petronas kepada kerajaan Sabah dan MARA di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, dan Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik.
MRSM Ranau yang mula dibina pada penghujung 2018 dengan pembiayaan daripada Petronas, terletak di kaki Gunung Kinabalu dan 122 kilometer dari Kota Kinabalu dengan perjalanan mengambil masa lebih dua jam.
MRSM Ranau adalah MRSM kelima di Sabah dan yang ke-57 di seluruh negara.
Asyraf Wajdi berkata cadangan untuk menamakan semula MRSM Ranau kepada nama tempatan akan dibawa untuk perbincangan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
"Soal nama ini ia perlu melalui proses tapi sudah tentu pandangan daripada Datuk Seri Masidi Manjun adalah sangat baik, mengambil kira sentimen dan sejarah yang bertapak dalam kalangan kaum Kadazan Dusun di Ranau.
"Pembinaan di sana (MRSM Ranau) pun mengambil kira aspirasi untuk membantu lebih ramai anak-anak bumiputera dalam kalangan masyarakat tempatan," katanya.
Sementara itu, Hajiji dalam ucapannya yang dibacakan Masidi berkata MRSM Ranau itu dilihat akan membantu memacu pendidikan di Sabah khususnya di kawasan luar bandar negeri itu.
Beliau berkata MRSM Ranau akan dapat membuka ruang dan peluang luas kepada pelajar tempatan untuk mengambil bidang sains serta bidang pengkhususan akademik berasaskan teknologi untuk memastikan lebih ramai pelajar terlibat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Kerajaan negeri, kata beliau, amat berbangga kerana Petronas telah berjaya merealisasikan projek MRSM Ranau dengan menyediakan pelbagai kemudahan pembelajaran terkini yang akan dikelolakan oleh MARA.
"Saya yakin konsep MRSM ini bukan saja memberi bangunan sekolah yang terbaik tetapi juga kakitangan akademik yang terbaik dan akan memberi manfaat bukan saja kepada Ranau tetapi juga daerah lain di sekelilingnya," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023

Pengambilan pelajar tingkatan satu dan empat itu melibatkan seramai 180 orang pelajar untuk MRSM berkenaan yang terletak pada ketinggian 721 meter dari aras laut. - Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

MRSM Ranau terima kumpulan pertama pelajar Mac tahun depan
Pengambilan pelajar tingkatan satu dan empat itu melibatkan seramai 180 orang pelajar.