SEPANG: Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menggariskan 10 inisiatif bagi memacu kecemerlangan pendidikan tinggi negara.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Datuk Mohammad Shatar Sabran berkata, inisiatif terbabit digarap bagi merealisasikan agenda MQA untuk muncul sebagai pemimpin dalam kalangan badan jaminan kualiti.
Beliau berkata, antara inisiatif berkenaan ialah MQA memainkan peranan sebagai pemudah cara untuk semua institusi pendidikan tinggi (IPT) tanpa mengira awam atau swasta dengan memperhebat kerjasama bagi meningkatkan kualiti pendidikan secara bersama.
"MQA juga komited untuk menyahut agenda pendigitalan yang diuar-uarkan kerajaan dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terutama membabitkan kerja memproses penilaian dan penghantaran dokumen.
"Bagi memperkukuh jaminan kualiti dalaman IPT tempatan, MQA akan meningkatkan jumlah graduan program Certified Officer in Quality Assurance of Higher Education menerusi penawaran program itu yang dikendalikan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu Ketua Pegawai Eksekutif MQA 2023 dengan tajuk `Pendidikan Tinggi Berkualiti Global' di Mercu MQA, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti) MQA, Prof Ir Khairul Salleh Mohamed Sahari; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MQA Halinordina Mat Saat; Pengarah Kanan Pembangunan Dasar dan Kepakaran MQA, Mohamad Dzafir Mustafa; Pengarah Kanan (Akreditasi), Mohd Khairul Nizam Ibrahim dan Ahli Majlis MQA.
Dalam usaha memperkasa agenda pengantarabangsaan pula, Mohammad Shatar berkata, MQA akan membuka jaringan baharu bermula tahun ini dengan badan jaminan kualiti di Afrika, Asia Tengah, Amerika Selatan, India, China dan Asia Barat.
Katanya, pihaknya merancang untuk menjayakan 'Malaysian Week' di luar negara dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), agensi lain di bawah KPT dan IPT tempatan bagi mempromosi pendidikan tinggi Malaysia.
"Kita mahu menjadikan MQA sebagai rujukan jaminan kualiti global dengan menonjolkan reputasi kualiti pendidikan tinggi Malaysia yang baik.
"Usaha ini juga selaras dengan hasrat Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagi menjadikan Malaysia sebagai hab bakat dan pengetahuan atau pusat ilmu sejagat," katanya.
Astro Awani
Fri Feb 17 2023
![MQA rangka 10 inisiatif lonjak pendidikan tinggi negara MQA rangka 10 inisiatif lonjak pendidikan tinggi negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676641663_ShatarSabran.jpg)
Mohammad Shatar berkata, inisiatif terbabit digarap bagi merealisasikan agenda MQA untuk muncul sebagai pemimpin dalam kalangan badan jaminan kualiti. - Gambar fail
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Cabaran dunia pendidikan tinggi tuntut pendekatan lebih inovatif, fleksibel Cabaran dunia pendidikan tinggi tuntut pendekatan lebih inovatif, fleksibel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731322490_KPTAI.jpg)
Cabaran dunia pendidikan tinggi tuntut pendekatan lebih inovatif, fleksibel
Perubahan pesat dalam teknologi dan keperluan pasaran global menuntut pendekatan pendidikan yang lebih inovatif dan fleksibel.
![Rusia punyai potensi besar untuk kerjasama dengan IPT Malaysia Rusia punyai potensi besar untuk kerjasama dengan IPT Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729162760_PendidikanRusia.jpg)
Rusia punyai potensi besar untuk kerjasama dengan IPT Malaysia
Kunjungan delegasi Malaysia ke Rusia membuka lembaran baharu kepada pendidikan tinggi negara untuk melebarkan sayap ke negara itu.
![ILKKM Sungai Buloh lahirkan 23,295 graduan berdaya saing ILKKM Sungai Buloh lahirkan 23,295 graduan berdaya saing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725942072_tbDrDzulkeflyILKK.jpg)
ILKKM Sungai Buloh lahirkan 23,295 graduan berdaya saing
Sebanyak 27 program ILKKM di seluruh negara menerima akreditasi MQA - bukti komitmen tinggi ILLKM kepada kecemerlangan dalam segala aspek.
![Pindaan Akta Perubatan 1971 tidak jejas peranan MQA - Dzulkefly Pindaan Akta Perubatan 1971 tidak jejas peranan MQA - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722300367_DzulkeflyAhmad.jpg)
Pindaan Akta Perubatan 1971 tidak jejas peranan MQA - Dzulkefly
MQA akan terus menjadi badan akreditasi kepada program sarjana perubatan yang menilai permohonan daripada universiti.
![Tidal tamatkan sokongan format MQA, digantikan dengan FLAC Tidal tamatkan sokongan format MQA, digantikan dengan FLAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719032502_tbTidal.jpg)
Tidal tamatkan sokongan format MQA, digantikan dengan FLAC
Menurut Tidal, keputusan diambil kerana FLAC ialah format sumber terbuka yang membolehkan artis menawarkan muzik pada kualiti tinggi tanpa menerusi pihak ketiga. Pelanggan yang memuat tur
!['Parallel pathway': MQA tidak terbabit secara langsung 'Parallel pathway': MQA tidak terbabit secara langsung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717819218_MohammadShatarSabr.jpg)
'Parallel pathway': MQA tidak terbabit secara langsung
MQA tidak terbabit secara langsung dalam kemelut pendaftaran doktor perubatan yang mendapatkan kelayakan kepakaran melalui program latihan ijazah kepakaran atau 'parallel pathway'.
![MQA lancar e-MAS, platform bersepadu sistem akreditasi pendidikan tinggi negara MQA lancar e-MAS, platform bersepadu sistem akreditasi pendidikan tinggi negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713781120_TBEMAS.jpg)
MQA lancar e-MAS, platform bersepadu sistem akreditasi pendidikan tinggi negara
MQA melancarkan sistem akreditasi untuk membolehkan permohonan akreditasi program dibuat sepenuhnya secara atas talian iaitu menerusi e-MAS.
![MQA, Islamic Azad University, Iran setuju beri pengiktirafan bersama MQA, Islamic Azad University, Iran setuju beri pengiktirafan bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697177240_MQA.jpg)
MQA, Islamic Azad University, Iran setuju beri pengiktirafan bersama
MQA bersetuju untuk menjalin kerjasama dengan Islamic Azad University, Iran yang mempunyai jaringan 400 cawangan di seluruh negara Asia Barat itu.
![MQA, UMSU meterai MoU tubuh Pusat Penilaian APEL antarabangsa pertama di Indonesia MQA, UMSU meterai MoU tubuh Pusat Penilaian APEL antarabangsa pertama di Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689936464_KhaledNordinPusat.jpg)
MQA, UMSU meterai MoU tubuh Pusat Penilaian APEL antarabangsa pertama di Indonesia
MQA menubuhkan Pusat Penilaian Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) pertama di luar negara di Indonesia.
![Peluang pekerja masuk universiti guna pengalaman kerja Peluang pekerja masuk universiti guna pengalaman kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71688689252_UnIPSAS.jpg)
Peluang pekerja masuk universiti guna pengalaman kerja
Tawaran dibuat selepas mendapat kelulusan MQA untuk melaksanakan APEL kepada mereka yang tiada sijil kelayakan memasuki universiti.