SEJAK 2019, Tidal menawarkan sokongan penstriman audio berkualiti tinggi menerusi format MQA (Master Quality Authenticated).

Minggu ini mereka melakukan pengumuman akan menghentikan sokongan format MQA dengan ia akan digantikan dengan fail FLAC 16-bit, 44.1 kbps bermula 24 Julai depan.

Menurut Tidal, keputusan diambil kerana FLAC ialah format sumber terbuka yang membolehkan artis menawarkan muzik pada kualiti tinggi tanpa menerusi pihak ketiga.

Pelanggan yang memuat turun lagu dalam format MQA akan diminta mengemaskini aplikasi dan memuat turun semula lagu dalam format FLAC.

Proses menggantikan semua lagu MQA sedang dilakukan oleh itu lagu yang belum mempunyai versi FLAC tidak boleh diakses buat sementara waktu.

Tidal juga menghentikan sokongan 360 Reality Audio dan ia digantikan pula dengan audio dalam format Dolby Atmos.

Keputusan ini pula diambil kerana Dolby Atmos kini adalah format audio spatial yang paling popular dengan sokongan perkakasan audio yang lebih meluas. -Amanz