KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya Tourism Malaysia menganjurkan Pavillion Malaysia di Ekspo 2020 Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 26 hingga 31 Dis ini, dengan mempromosi Malaysia sebagai destinasi ekopelancongan pilihan di dunia.
MOTAC dalam kenyataan semalam memaklumkan, Malaysia disertai 16 organisasi yang terdiri daripada lima lembaga pelancongan negeri, tiga persatuan, satu rangkaian hotel, satu pemilik produk dan enam operator pelancongan.
"Sepanjang Minggu Ekopelancongan Tourism Malaysia, peserta dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang perspektif berbeza mengenai ekopelancongan di Malaysia," menurut kenyataan itu.
Penyertaan Malaysia dalam Ekspo 2020 Dubai, yang berakhir pada 31 Mac 2022, diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia (MGTC) sebagai agensi pelaksana.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri akan turut menghadiri majlis makan malam bersama penggiat pelancongan serta media di UAE hari ini (Khamis) sebagai sebahagian daripada Misi Jualan Pelancongan beliau yang pertama ke Asia Barat.
Dijadual berlangsung dari 1 hingga 5 Jan, misi itu bertujuan memulih dan mempertingkat komitmen Malaysia ke arah mewujudkan kerjasama pelancongan yang baik, melibatkan kolaborasi masa depan dan menjalin usaha sama dalam industri pelancongan.
"Penyertaan kita dalam ekspo ini dan usaha menjalin kerjasama global pintar serta strategik adalah penting bukan sahaja untuk mempromosi Malaysia sebagai destinasi pilihan tetapi lebih penting ialah memastikan pemain industri dan rangkaian nilai pelancongan kita yang terjejas sejak dua tahun lepas dapat menjana semula pendapatan sambil kita terus mempromosi Gelembung Perjalanan Langkawi di peringkat antarabangsa," kata Nancy.
Kerajaan telah melancarkan Gelembung Perjalanan Antarabangsa pertamanya dengan pembukaan semula Pulau Langkawi kepada pelancong antarabangsa yang lengkap vaksinasi bermula 15 Nov lepas tanpa syarat kuarantin.
Setakat 27 Dis lepas, sebanyak 97.6 peratus penduduk dewasa Malaysia telah menerima suntikan penuh manakala 78.4 peratus jumlah populasinya telah selesai divaksinasi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 29 2021

MOTAC melalui Tourism Malaysia menganjurkan Pavillion Malaysia di Ekspo 2020 Dubai, Emiriah Arab Bersatu dari 26 hingga 31 Dis ini.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MOTAC anjur sesi libat urus dengan pemain industri sempena kempen VM2026
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya, Tourism Malaysia, telah mengadakan sesi libat urus bersama pemain dan pemegang taruh industri pelancongan Wilayah Tengah, hari ini.

TMM2026: Tourism Malaysia optimis capai sasaran kedatangan lebih 35.6 juta pelancong
Tourism Malaysia optimis kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) mampu mencapai sasaran kedatangan lebih 35.6 juta pelancong tahun depan sekali gus merancakkan sektor pelancongan negara.

Perak catat lebih 8.4 juta kedatangan pelancong, atasi sasaran 8.3 juta
Soal selidik Tourism Malaysia juga menunjukkan sehingga September 2024, seramai 627,292 pelancong antarabangsa telah melawat negeri Perak.

Program Jualan Tengah Malam bakal diperluas ke Pantai Timur - Tourism Malaysia
Sebanyak tujuh program diadakan di seluruh negara dengan dua daripadanya di Kelantan dan Terengganu.

Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.

Malaysia Midnight Sale 2024 dilancar, tarik pelancong bermalam
Tourism Malaysia lancar Malaysia Midnight Sale 2024 di Johor Bahru bagi menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa berbelanja dan bermalam di Johor.

KCCM 2024: Pelbagai tarikan perhebat pelancongan domestik
Pengunjung yang hadir ke KCCM 2024 berpeluang memilih lebih daripada 200 pakej pelancongan yang ditawarkan lebih 100 penggiat industri.

Pelancongan, seni dan budaya Malaysia ke arah Tahun Melawat Malaysia 2026
Bagi merancakkan produk pelancongan tempatan dan menarik lebih ramai pelancong domestik, Tourism Malaysia menganjurkan Karnival Cuti-Cuti Malaysia (KCCM) 2024.

Tourism Malaysia lancar jualan tengah malam untuk warga Singapura sempena Deepavali di JB
Ia menawarkan tempoh beli-belah yang dilanjutkan hingga tengah malam, hiburan dan tawaran eksklusif di beberapa pusat beli-belah.

KCCM 2024 meriahkan pelancongan domestik dengan diskaun sehingga 50 peratus
Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2024 (KCCM 2024), yang akan berlangsung dari 25 hingga 27 Oktober di Kompleks Kraf menjanjikan pelbagai tawaran menarik.