KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) berhasrat membuka semula permohonan lesen teksi dan kereta sewa kepada syarikat dengan penambahbaikan modul baharu.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata inisiatif itu mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam teksi dan kereta sewa serta memberi peluang pekerjaan kepada rakyat yang tidak mampu memiliki kenderaan sendiri.
"Ini merupakan dasar yang kita akan perkenalkan semula dan mana-mana pihak yang ingin melabur dalam industri teksi serta kereta sewa boleh membuat permohonan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara itu, Loke berkata kementerian belum bercadang membina rangkaian kereta api bagi menghubungkan Sarawak, Brunei, Sabah dan ibu kota baharu Indonesia iaitu Nusantara.
Di Sarawak, menurutnya tumpuan sedang diberikan kepada penyediaan rangkaian rel bandar di bawah Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) yang diterajui Sarawak Metro, manakala di Sabah fokus diberikan untuk penambahbaikan infrastruktur kereta api serta mutu perkhidmatan pengangkutan itu yang diterajui Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS).
Menyentuh projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), beliau berkata sehingga Januari tahun ini pembinaan keseluruhan projek itu telah mencapai kemajuan 39.64 peratus, dengan 2023 sebagai tahun puncak pembinaannya yang melibatkan kerja beam launching, pembinaan stesen, pemasangan landasan dan lain-lain.
"Pada masa ini, kebanyakan kerja pembinaan seperti jambatan yang menggunakan jentera beam launcher, kerja-kerja pengorekan dan pembinaan terowong sedang giat dijalankan dari Kelantan hingga Pahang," katanya.
Selain itu, Loke berkata kerja-kerja struktur seperti jambatan, jejambat dan aktiviti subgred juga sedang rancak dijalankan di sepanjang jajaran ECRL.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2023

Inisiatif itu mampu memberi peluang pekerjaan kepada rakyat yang tidak mampu memiliki kenderaan sendiri. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

MOT hasrat buka semula permohonan lesen teksi, kereta sewa kepada syarikat
Inisiatif itu mampu memberi peluang pekerjaan kepada rakyat yang tidak mampu memiliki kenderaan sendiri.

Permohonan lesen teksi dan kereta sewa dibuka kepada orang awam - Wee Ka Siong
APAD membuka permohonan Lesen Kelas Teksi dan Kereta Sewa kepada individu awam di bawah perniagaan Milikan Tunggal atau Perkongsian bermula 18 April hingga 30 Jun ini.