Pejabat Ketua Menteri Sarawak telah mengeluarkan arahan larangan memasuki Sarawak terhadap ahli akademik, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah sejak dua hari lepas.
Mohd Ridhuan dijadual menyampaikan ceramah agama di Masjid Kecil Daerah Lundu, sebuah kawasan dalam Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu, kira-kira satu setengah jam perjalanan dengan kereta dari Kuching, pada 8 malam ini.
Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem merupakan Adun Tanjung Datu.
Timbalan Pengarah Imigresen Sarawak Hamfatullah Syawal Hamdan ketika dihubungi Bernama di sini mengesahkan bahawa Jabatan Imigresen mendapat arahan daripada Pejabat Ketua Menteri untuk tidak membenarkan Mohd Ridhuan memasuki Sarawak.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Imigresen Sarawak menjelaskan bahawa Mohd Ridhuan tidak muncul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini.
Katanya beliau menunggu ketibaan Mohd Ridhuan, yang dijadual tiba pagi ini, sehingga 12 tengah hari namun ahli akademik itu tidak muncul.
Beliau berkata mengikut Undang-undang Imigresen, mana-mana orang yang datang ke Sarawak dan jika dia tidak dikehendaki pihak berkuasa negeri, pihak Jabatan Imigresen akan melaksanakan arahan melarangnya daripada memasuki negeri ini.
Seorang sumber yang dihubungi Bernama berkata: "Ketua Menteri (Tan Sri Adenan Satem) kurang setuju dengan kehadiran Mohd Ridhuan di Lundu malam ini, jadi majlis diarahkan untuk dibatalkan."
Sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang dihalang daripada memasuki Sarawak di LTAK dan Lapangan Terbang Sibu.
Adenan, yang dilantik sebagai ketua menteri Sarawak pada hujung Februari lepas, pernah mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan pentaksub agama atau golongan pelampau ke dalam negeri ini.
Bernama
Fri Dec 26 2014

Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dilarang daripada memasuki Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK). -Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Hajiji yakin Sabah terus makmur bawah naungan Tun Musa Aman
Beliau berkata Musa adalah payung bagi seluruh rakyat, simbol kedaulatan negeri yang bermaruah serta pengukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan budaya.

Pengganti Chow untuk terajui DAP Pulau Pinang diketahui hari ini
Pengerusi DAP negeri baharu akan menggalas tugas membuat persediaan menuju pilihan raya umum seterusnya.

Chow terus fokus agenda kerajaan negeri Pulau Pinang, tidak peduli pengkritik
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berikrar akan terus memberikan fokus terhadap agenda pembangunan kerajaan negeri itu walaupun dikritik.

#AgongKita: Menteri Besar, Ketua Menteri sembah tahniah sempena Istiadat Pertabalan
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad turut mendoakan agar Malaysia terus berkembang di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong
Menteri Besar dan Ketua Menteri mmenzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.

Mohd Ali dilantik semula sebagai YDP Melaka bagi penggal kedua
Istiadat pengurniaan itu berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara yang turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerja baiki paip bocor Sungai Perai ambil masa 24 - 48 jam - Kon Yeow
PBAPP juga telah menggerakkan lori-lori tangki untuk menyediakan bekalan air kepada pengguna yang terjejas.

Melaka kaji cadangan pelarasan tarif air - Ketua Menteri
Kerajaan Melaka sedang melakukan kajian terperinci berkaitan cadangan pelarasan kadar tarif air bagi pengguna domestik di negeri itu.

COVID-19 di Melaka terkawal - Ketua Menteri
Rakyat tidak perlu bimbang atau panik kerana Jabatan Kesihatan Melaka sentiasa memantau situasi terkini kes COVID-19 di negeri itu.

Tiada gerakan jatuhkan Chow sebagai Ketua Menteri P.Pinang - Anthony Loke
Seluruh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu memberikan sokongan kepada Chow untuk menerajui Pulau Pinang hingga habis penggal.