KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah tidak mudah melatah apabila ada segelintir pihak yang tidak senang dengan kenyataan yang diberikannya terhadap sebarang isu yang mrmbabitkan permasalahan di negeri itu.
Bahkan, kata Mohd Amar, beliau tidak mempunyai sebarang masalah berhubung pihak yang sering mengkritik dan menghamburkan tohmahan terhadapnya.
"Saya tiada masalah orang nak kata apa-apa pun sebab saya tahu diri saya dan saya tahu apa jawapan yang saya berikan dan dalam konteks apa.
"Saya bukan Tok Guru (Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat). Sedangkan Tok Guru pun ramai orang kata macam-macam," katanya ketika ditanya perasaannya sering menjadi mangsa kec aman warga netizen.
Mohd Amar turut menjelaskan, segelintir netizen tidak memahami konteks penyampaian beliau berhubung sesuatu penjelasan yang dibuat.
"Mereka (netizen) tidak tahu konteks kita bercakap. Sebab ini pun masalah dari akhbar juga. Cara akhbar membawa satu-satu berita itu, penuh sensasi, jadi orang yang tak tahu latar belakang, mereka dia hanya tengok tajuk dan hentam.
"Mereka tak tahu kita bercakap dalam konteks macam mana dan bagaimana kita respon kepada soalan. Saya tak buat kenyataan media secara terbuka, saya hanya respon kepada soalan dan hanya menjawabnya. Setiap jawapan bergantung kepada soalan. Setiap soalan yang baik akan memperoleh jawapan yang baik," katanya selepas melancarkan majlis perasmian Hari Dapur Hijau Peringkat Negeri Kelantan 2022, di sini, hari ini.
Tambah beliau, perkara ini menjadi sensasi apabila isu pawagam diperbesarkan sedangkan ia bukan isu yang besar dan tidak ada seorang pun yang melakukan protes secara terbuka.
"Peluang untuk berhibur itu masih banyak. Banyak cara dan ia tetap terbuka. Ketiadaan pawagam bukan satu isu. Lainlah kalau kita tutup semua komunikasi sampai orang nak tengok Netflix pun tak boleh.
"Itu hak masing-masing. Bukan saya nak menggalakkan benda tak baik. Sebab sudah ada Netflix… ada yang bagus ada yang tak bagus. Memang kita tahu ada filem- filem yang tak sesuai dan ada cerita yang baik dan tak baik. Saya tengok dalam Netflix ada filem baik. Jadi kita kena tahu memilih," kata Mohd Amar menitip pesanan.
Wanna Abd Rahim
Sun Jul 03 2022
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah tidak mudah melatah apabila ada segelintir pihak yang tidak senang dengan kenyataan yang diberikannya terhadap sebarang isu yang mrmbabitkan permasalahan di negeri itu. - Gambar fail BERNAMA
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat 12,470 orang, penduduk di Bintulu masih fobia biarpun banjir sudah surut
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat kepada 12,470 orang membabitkan 3,618 keluarga di 62 pusat pemindahan sementara (PPS).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.
Kerajaan disaran pertimbang laksana semula cukai GST pada kadar dua peratus - CEO Mranti
Katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus.
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.
Isu tanah Kesedar: Kerajaan negeri dapatkan maklumat status tanah
Kerajaan negeri Kelantan akan mendapatkan maklumat tepat berhubung status tanah sama ada ia milik Kesedar atau sebaliknya.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Keputusan petisyen Nik Elin: Kelantan kecewa - Timbalan MB
Mohamed Fadzil berkata, pihaknya akan memaklumkan dengan segera kepada Sultan Kelantan berhubung keputusan tersebut.
Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan meninggal dunia
Datuk Abdul Halim Abdul Rahman meninggal dunia pada usia 82 tahun akibat jangkitan paru-paru.
Mohd Amar tidak marah dikecam netizen
Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, ramai orang tidak memahami penjelasan yang dibuatnya mengenai sesuatu isu.
COVID-19: Timbalan MB Kelantan jalani kuarantin
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjalani kuarantin di rumah selepas menjadi kontak rapat pesakit COVID-19 dan bergejala.
Kelantan warta 1,644 hektar kawasan sebagai penempatan dan pertanian Orang Asli
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata ia melibatkan lapan kawasan perkampungan atau pos Orang Asli di Gua Musang dan sebuah di Jeli.
Selepas Mercedes, Exco Kelantan dapat 'durian runtuh' RM50,000 pula
Sebanyak 11 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Kelantan dan tiga ahli ex-officionya menerima pemberian khas sebanyak RM50,000 seorang, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Royalti petroleum Kelantan dibayar sekiranya ada keputusan dibuat - Amiruddin
Kementerian Kewangan akan melaksanakan pembayaran sekiranya ada keputusan tertentu yang dibuat oleh kerajaan dan juga Kabinet berhubung pembayaran tuntutan royalti petroleum oleh kerajaan Kelantan.
Ibu Timbalan MB Kelantan meninggal dunia
Ibu Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Tengku Chik Tengku Ibrahim meninggal dunia, awal pagi tadi.